Friday, 29 January 2010

Masih lagi hari ini.

Seperti pagi-pagi biasa hari bekerja, kami keluar dari rumah pukul 6.30 pagi dan paling lewat pun 7.30 pagi dah sampai ke HPP, tempat kerja aku. Tapi pagi tadi, mungkin feri tak cukup, kami terpaksa beratur kat jeti ni sampai pukul 7.30 pagi baru dapat naik feri. Aku ambik gambar ni dalam pukul 6.40 macam tu. Masa ni gelap lagi.





Gambar-gambar ni semua aku ambik dari dalam kereta. Gambar akhir sekali menunjukkan betapa banyaknya motor pagi tadi. Aku selalunya macam tu lah, tak sempat ambik bila benda didepan mata. Bila dah masuk kat tempat terakhir nak tunggu feri ni baru teringat nak ambik gambar.

Punch in tadi pukul 8.05am. Nasib baik tak terlambat sangat.Takut juga boss tak percaya tapi tak kisah lah, janji aku sampai.
Lepas tu kami ada lagi sambungan untuk PCR semalam. Aku proses sample pula hari ni. Terketar-ketar juga sebab pertama kali buat benda ni tapi Alhamdulillah, boleh lepas la. Lepas tu kami ada ujian pulak. Ok, not bad sebab, sebab apa ya, sebab ada rujukan didepan mata.
Habis dalam pukul 12.40 pm macam tu. Lepas punch out, naik atas, took our lunch, chicken rice, rehat sekejab, ada meeting pulak. Dalam masa tu call rumah tanya Aliah tapi yang jawabnya Aiman. Ni mesti something wrong somewhere sebab Aiman tak pergi sekolah.Rupanya 4 batang gigi dia terkeluar. Sakit dan malu sebab gigi depan tak ada. Minta balik awal, pukul 4 pm.
Babah pun keluar awal sebab takut jem Thaipusam sebab memang dikenal pasti kawasan HPP ni memang jem kalau Thaipusam. Jalan still clear dan lancar saja balik rumah. Oooops, tak balik lagi.
Pergi cari ubat tahan sakit kat Aiman, pergi cari buku Zuriat yang pnut dok pomot tu tapi depa kata buku tu dah tak ada sebab stock lama. Macam mana kak yati nak dapat buku tu, pnut?
Hari tu dok gila cari buku 9 nyawa tapi senang dapat sebab buku tu baru released dan best seller pulak tu. Sebab best seller la aku beli takut tak sempat, dah habis. Bacanya belum lagi. Tunggulah aku free nanti aku akan baca sebab kalau sedap, aku akan habiskan satu buku sekaligus. Hari tu aku boleh habiskan baca satu buku Travelodge Haji by Prof Mohd Kamil dalam masa singkat. Aku tak kisah benda lain dah kalau aku suka sangat sesuatu buku tu. Terimakasih babah sebab memahami dan dia tak suruh aku buat apa-apa pun kalau dia tengok aku tengah gila baca novel sebab dia tau mesti novel tu aku sangat-sangat suka. Kalau aku kurang suka sikit, berbulan baca pun belum tentu habis. Dah lama dah aku nak habiskan buku Cinta Hati Kita tapi sampai hari ni masih tersadai.
Aku pun macam novel reader yang lain, ada penulis yang aku suka dan aku tak berani beli novel dari penulis yang aku tak pernah baca kecuali aku dapat feedback yang baik dari pembaca lain ataupun aku tengok dalam list, novel tu adalah best seller, baru aku berani beli. Paling aku suka ialah Khadijah Hashim, Nurhisham Mustaffa, Prof Hamka (walaupun beliau menulis dalam bahasa Indonesia) dan beberapa penulis lama yang sekarang ni jarang aku jumpa dah. Masih kuingat lagi masa tu aku sangat-sangat teringin nak baca buku Prof Hamka, Tenggelamnya kapal Van devick sebab aku pernah baca masa sekolah rendah dulu. Cari punya cari punya cari, tak jumpa. Sampai satu masa aku pernah offer kat kawan-kawan sapa yang ada novel tu walaupun dah lama, aku sanggup beli. Tak ada juga. Akhirnya aku jumpa yang baru dicetak beberapa tahun lepas dan sebab aku memang gila sangat dengan buku tu aku beli dua naskhah. Entah apa-apa.Buku tu pun tak mahal sangat. Aku beli dua sebab aku takut satu buku hilang aku tak ada backup. Punya lah aku excited sangat dengan novel tu.
Dulu masa sekolah rendah, aku sangat gilakan buku Enid Blyton hingga hampir semua buku dia aku baca. Masa tu aku paling suka watak Georgiana dalam novel lima sekawan. Bagi orang yang gila novel, memang cakap pasal novel tak pernah selesai dan dulu aku pun pernah berangan-angan nak jadi penulis. Sekarang ni tulis blog saja lah dan aku pun sebenarnya bukan rajin pun menulis. Ok sudah-sudah lah tu cerita pasal buku.
Balik pergi pula rumah Ana kat Nyiur sebatang ambik kek yang aku tempah untuk hantaran anak Kak Midah. Lepas tu on the way balik singgah makan dulu sebab babah dah lapar.
Mulanya plan nak balik kampung malam ni tapi babah dah letih, tak larat nak memandu, jadi kami tangguhkan esok pagi. Sekian...

Thursday, 28 January 2010

Khamis

Hari ni kami masih lagi belum habis kursus PCR tu. Dah culture tak tumbuh pulak. Esok tak boleh la nak buat sensi. Tapi esok ada lagi. Briefing saja. Penat satu hari tambah lagi pagi-pagi tadi dah ngantuk sangat. Memanjang saja tidur bila naik kereta.

Balik petang, Alhamdulillah, jalan clear tapi Jalan Masjid Negeri,biasa la, jem. Aku tak boleh pi ikut highway Jelutong sebab rasa macam tak selesa. Biar jem pun, aku lebih suka jalan yang tu juga. Setiaku hanya disini. Cewah...

Balik, singgah TESCO, beli barang dapur yang dah habis. Segala grocerries dan harap-harap sampai hujung bulan tak yah beli dah. Sekarang ni kena belanja berhemah sebab pendapatan dah kurang ditambah lagi dengan ulangalik ke Penang setiap hari.

Singgah kat McD beli bubur nasi dan apple pie kat anak-anak. Aku tak sempat buat dan dah janji nak beli bubur ayam sebab Aiman sakit gigi. Kakak tak nak tapi beli juga apple pie sebab aku tau dia suka.

Balik dah dekat pukul 8 malam dah. Esok aku masih ada lagi satu hari PCR training.Hidup kena teruskan....he he he...

Wednesday, 27 January 2010

Kedai nasi kandar

Bukan nak cerita pasal nasi kandar tapi nak cerita pasal pekerja kedai nasi kandar.

Tengahari tadi aku minta Wan beli roti nan dan tandoori chicken kat kedai kapitan, Penang. Depa dok cerita, sedap sangat tandoori dan naan kat situ. Tapi Wan called bagitau dia sampai lambat sebab depa pi makan dulu. Tak ada masalah. Kami makan nasi dulu.

Petang, kami ada kursus mesin PCR. Tak sempat nak makan, lagipun dah kenyang. Aku bawa balik saja roti naan tu. Sebenarnya roti naan tu aku minta Wan beli tapi dia belanja pulak. Terimakasih Wan belanja kak Yati.

Hari ni cuaca elok jadi kami sampai cepat lah ke seberang. Sebab roti tu hanya sebiji dan aku tau Aliah memang suka sangat roti naan, aku cadangkan kat babah pi beli lagi sebiji kat kedai nasi kandar Pelita. Dalam banyak-banyak kedai nasi kandar kat Seberang ni, aku lebih prefer nasi kandar kat sini sebab lebih kena dengan selera aku.

Kami pun singgah ke kedai tu dekat market orang kaya di Chai Leng Park. Disinilah cerita lucu bermula. Masa kami sampai, tak ada orang pun tanya kami nak makan apa ka, nak minum apa ka? Kami tunggu lagi tapi tak ada juga yang mai. Aku lambai kat sorang pekerja dia kat situ. Maka aku pun order satu tandoori chicken, satu roti canai telur dan sup campur. Aku heran sebab apa pun depa tak buat sedangkan kami dah order dah. Sat saja lepas tu, dia bawa mai mee goreng kat kami. Aku kata kami tak order pun. Entah macam mana dia dengar tandoori chicken tu macam mee goreng agaknya. Order lagi sekali. Baru nampak macam chef dia dok buat. Tapi sup, yilek. Tak ada respon juga. Aku order ayam tandoori saja sebenarnya. Tapi depa buat juga roti naan tapi tak kisahlah sebab boleh juga makan tu.

Lepas tu tengok pekerja kat sup tu tak buat apa-apa pun, aku order lagi sekali. Tak ada juga. Rasanya dia ni tak faham bahasa kot. Aku minta babah pi bagitau kat pekerja tu sendiri, baru lah dia bungkus sup tu. Lepas tu, saja la aku minta roti benggali besar 2 ketul untuk makan esok hari tapi kawan dia pi letak 2 keping roti kecik saja.Tapi babah pulak pi tambah jadi 4 keping. Aku tengok kawan dia yang tak reti bahasa ni marah kawan yang sorang lagi sebab dia kata kawan tu pun sama tak faham macam dia sebab tadi kawan yang tu marah kat dia sebab dia tak faham. Bila kawan tu mai bagi makanan tu kat kami, aku kata kat dia, lain kali dengar dulu betul-betul. Memang dia ni baru mai dari India atau dia antara India yang hilang di Malaysia hari tu....

Tapi yang syoknya, dia senyum kambing sampai babah tanya aku balik samada dia faham atau tak? Susah la kalau pekerja macam ni. Kena kat aku, ok lah sebab aku rasa macam perangai dia kelakar tapi macam mana kalau dapat kat orang yang panas baran. Garenti kena jerkah atau kena penampar ni. Dia buat bodoh saja sebab dia memang tak faham apa yang kita cakap. Tak apa lah sekurang-kurangnya naan, tandoori dan sup tu sebahagiaannya dah masuk dalam perut.

Tuesday, 26 January 2010

Hari Selasa ini

Pagi tadi aku bawa rendang dengan pulut dan nasi impit ke tempat kerja. Kami makan ramai-ramai termasuk aku tapi aku ambik dalam sesudu saja. Lepas tu pi meeting 2 1/2jam. Ya Allah, mengantuknya aku. Tiba-tiba bos tanya, betul tak Yati? Terkulat-kulat aku sebab aku dok menguap mengantuk, tak fokus langsung kat meeting tu. Nasib baik lepas sekejab tu boss beralih tanya kat sorang member lagi. Lega aku.

Esok ada latihan lagi. Kat HPP ni, seronok. Awal tahun saja dah berhari-hari kursus, CME, tak sempat bulan 2 dah capai target 7 hari kursus. Kat HSJ, jangan harap, setahun sehari pun tak dapat sebab aku kerja sorang. Yang tak tahannya kat sini, sat-sat meeting, sat-sat pangge incharge, aku ni sebenarnya bukan pandai pun benda-benda macam ni. Kadang-kadang apa depa kata pun aku tak tau, baru nak belajar. Terkulat-kulat juga. Nasib baik ada budak-budak tu, boleh juga aku belajar kat depa.

Balik petang, hujan turun dengan lebatnya. Jambatan jem gila. Eksiden lagi. Entah berapa lama tersekat, aku tertidur disebelah babah. Bila tengok jam masa aku tersedar tu, dah pukul 6 lebih. Kereta masih lagi tak lepas kawasan jambatan. Aliah dah called suruh ambik Aiman sebab hujan lebat, dia tak leh keluar dengan motor. Babah janji tapi nampaknya lepas jem kat jambatan, jem lagi selepas jambatan,jem lagi kat simpang nak ke Sg Dua. Ada satu lagi eksiden dalam hujan tu.
Lepas tu tersekat dengan kereta banyak. Masa tu dah 6.30 petang. Memang rasa tak sempat sampai nak ambik Aiman. Called lagi Aliah minta tolong dia pergi ambik Aiman juga. Tapi selepas tu, Alhamdulillah, jalan clear. Sempat ambik Aiman tapi kesian Aliah, dia dah tunggu depan sekolah dah. Hujan lak tu.

Balik rumah, terus saja panaskan makanan dan makan sebab Aiman dah lapar. Kadang-kadang kesebokan macam ni membuatkan ingin saja aku dok rumah, menjadi surirumahtangga sepenuh masa, berniaga ka dari rumah. Tapi kata babah, aku kena set dulu nak meniaga apa, apa plannya. Budget bulan-bulan banyak woo. Nak buat macam mana,kena kerja la juga.

Saturday, 23 January 2010

Sabtu

Hari ni ada 2 jemputan kawen. Aku dah janji dengan Yan nak ke rumah dia, so aku kenalah tunaikan janji. Pergi dengan babah, Aliah dan Aiman. Abang tak nak ikut sebab dia ada plan lain.Tapi lupa pulak nak ambik gambar kat rumah dia.

Lepas habis makan kat rumah dia, kami terus ke kampung kastam Prai. Kenduri dekat rumah staff babah. Sempat la ambik gambar makanan yang aku makan saja la. Jumpa kawan-kawan kat situ, sembang saja yang lebih.

Sedap lauk rendang dia. Aku ambik rendang daging dan ayam berempah. Lepas tu babah ambik soto dan bubur kacang. Kenduri sekarang dah tak macam dulu. Dulu nasi minyak saja dengan lauk pauk tapi sekarang macam-macam ada.
Oops, silap. Ini bukan bihun sup kenduri tapi maggi mee dinner kami malam ni.
Lepas balik dari kenduri, kami ada lagi banyak agenda. Ambik game Aiman, beli novel,beli itu, beli ini, lepas tu baru balik. hujan lebat sangat. Babah dah risau kain baju yang dia sidai basah tapi bila balik kat tempat kami, jalan tak nampak pun bekas hujan. Tak hujan pun. Selamat kain babah.


Beberapa hari lepas, boring sebab dok tengok pemandangan yang sama saja masa pergi dan balik ikut bridge, aku saja ambik gambar.
Sekian cerita merapu aku hari ni. Terimakasih.

Friday, 22 January 2010

Sepetang Jumaat..

Hari ni dah 22 january. Cepat sungguh masa berlalu. Anak-anak dah makin besar. Mak bapa pula asyik dok kejar dunia tak habis-habis..Hari ni hari terakhir bekerja untuk minggu ni. Ingat esok nak bangun lambat sikit. Lambat bagi aku tak tau la pukul berapa sebab hari biasa aku bangun pukul 5 pagi. Mungkin esok pukul 6 pagi kot. Aiman dah cakap, dia ada merentas desa pukul 7.30 pagi esok. Abang pun akan sampai pagi juga. Mana ada peluang nak bangun lambat ni.

Plan nak buat cream puff. Anak-anak suka. Abang kononnya tak nak aku masak apa-apa. Tapi sebagai mak, mana boleh tak masak bila anak balik sesekali. Esok juga ada dua jemputan kenduri kawen. Ajak abang ikut tapi tak nak katanya. ada plan lain la tu.

Malas nak guna kamera kebelakangan ni. Cerita saja apa yang ada. Budak-budak kat tempat kerja tu dah ok. Ekin pun dah normal dah, baru lah seronok kerja.

Oh ya, tadi masa lunch aku keluar pi makan nasi Padang dengan babah. Aku ambik gulai lemak perut, sikit tempe goreng dan babah ambik sekor ikan bakar sambal kelapa dan kerabu kacang kelisa, RM 13. mahal tak? Pada aku agak mahal la. Jalan memang jem gila dari HPP nak kesitu tapi terimakasih la babah bawa juga aku pi makan kat situ bila aku kata teringin nak makan nasi padang. Bila masa mama nak kurus ni kalau bila mama sebut nak makan saja, babah bawa mama pi? Balik sebelum 1.30 petang sebab babah nak pi solat Jumaat pula. Ok la, nasib baik sempat sebab jalan memang sesak teruk tadi.

Masa balik pun jambatan jem juga. jalan pelan-pelan dan rupanya 4 biji kereta sekali kemalangan kat hampir tengah jambatan. Yang harunya semua pelankan kereta nak tengok kemalangan. Itu yang jadi jem tu. Bila lepas saja jambatan,jalan clear sesangat. Cepat saja sampai seberang.

Ingatkan nak sampai rumah cepat, babah pula nak singgah jumpa kawan dia kat NBCT. kami ikut pula highway pantai tapi bila sampai jalan nak masuk NBCT pula, lori kontena pula jem kat situ. Singgah tepi jalan dan jumpa kawan dia kat situ dan bertolak nak balik kononnya tapi belum juga nak balik.

Oleh sebab esok cuti, jadi tak kisah lah balik lambat sikit. Singgah pula kat kedai tomyam kampung gajah. Babah ajak makan tapi aku masih kenyang dengan nasi padang tadi. Babah makan bihun goreng dan order kue teow untuk anak dareku, nasi goreng pattaya untuk sicomelku dan bihun kerabu untuk aku. Makan lagi? weh, bila nak kurus ni? Kalau setakat nak tanya saja, baik tak yah ya?

Balik rumah, seperti biasa jengah saja lorong rumah, ada la ahli mesyuarat lorong kat tepi jalan. Aku memang segan bila mereka berkumpul macam tu. Nasib baik tak yah turun kereta nak buka tutup pagar.Masuk terus dalam kawasan rumah dan terus tutup pagar. Bukan smbong tapi aku segan la bila mereka berkumpul ramai-ramai macam tu. Esok cerita lagi ya...

Tuesday, 19 January 2010

Laksa

Semalam tengok Azizan makan laksa kat tearoom, chest clinic. Dia letak cucur udang.Nampak sedap. Aku dah kenyang masa tu jadi bercita-cita, hari ni nak makan laksa.

Tadi, ke gerai cari laksa tapi tak ada.Kat gerai Sarenande ada tapi aku nak cari laksa lain, bukan kat situ. So cita-cita nak makan masih ada. Tak apa, aku beli nasi dulu. petang baru cari laksa.
Petang, kenyang lagi pula sebab dah makan nasi tengahari tadi. Macam mana ni. Cita-cita (ewah, cita-cita tu...) nak makan laksa masih ada. Balik ngan babah dah lambat. 5.30 petang baru bertolak dari hospital.

Sampai seberang, perut pun dah mula lapar. OK, bagus ni, aku nak makan laksa. Singgah TESCO, beli barang-barang dapur sikit, turun foodcourt, order laksa kat gerai mi rebus pakngah. Minta dia letak cucur sebagai tambahan sebab dok terbayang laksa yang Azizan makan semalam.

Maka, makanlah aku dengan penuh selera. Sampai separuh jalan, jeng jeng jeng, aku terangkat seekor lalat dari dalam kuah. Terus patah selera. Aku bagi balik kat adik yang bubuh laksa kat aku tu. Bukannya nak minta maaf atas kecuaian yang dibuat, buat derk saja. Kalau nak ganti pun aku tak mau sebab dah hilang selera, tapi sepatah perkataan maaf pun tak ada. Ok lah, habis saja minum, kami keluar untuk balik rumah.

Dalam kereta, aku komplen juga pasai cara orang kita berniaga, tapi perangai babah yang terkenal dengan baik sangkanya( kadang-kadang ini boleh jadi bahan aku bising ngan dia), kata kat aku dia tengok dalam AFC atau Travel channel(dia pun tak ingat channel mana), ada orang tu terpaksa makan ular la, cacing la, ulat la, relax saja, inikan setakat lalat. Hampeh betui. Aku kata tu darurat, ini aman damai, kena la makan makanan bersih.

Malas nak bising, aku dok telan gula-gula nak bagi hilang rasa nak termuntah aku tu. Dalam pada tu dia dok sebok cerita pasai minah gebu la apa la, nak bagi naik darah aku. Lepas tu dia tanya pula, hilang dah meloya. Bila aku dah start cubit dia, dia kata tu la ubat hilang meloya. Cerita benda yangmenyakitkan hati aku.. Hampeh lagi sekali.

Saturday, 9 January 2010

Blog Sampah

Hari tu aku ada terbaca surat kabar yang merujuk kepada blog-blog yang bersepah ni sebagai blog sampah. Pada aku mungkin sampah pada orang lain tapi bukan sampah kepada penulis blog tu sendiri. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan kita kepada apa yang dah berlaku pada hari-hari tertentu. Rasanya tak ada istilah blog sampah pada aku hatta kalaupun menulis macam-macam benda tak senonoh pun. Mana tahu, satu hari Allah ubahkan hati kita dan kita dapat menilai balik apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya. InsyaAllah.

Pagi tadi pergi hantar barang-barang abang kat hostel dia. Sebagaimana biasa, selepas letak barang dia, sembang sikit, terus bertolak balik. Itu saja. Yang pastinya, singgah makan. Makan situ, makan sini tapi yang frustnya kat R&R Tapah tadi, ketupat atau lemang dah habis. Yang ada cuma rendang tok. Aku cari lemang. Waaa.... lemang tak ada tapi tak apa, esok nak balik kampung nak singgah kat Tikam Batu. Kat situ ada jual lemang. Esok kita makan lemang.

Bila aku baca balik apa yang aku tulis ni(kesan dari blog sampah), kadang-kadang aku rasa kelakar. Macam karangan budak sekolah rendah pun ada, macam serius sangat pun ada. Nak juga aku tulis sedap-sedap macam orang lain tapi bila baca tak sedap juga. Macam mana ya. BM aku dapat A juga tapi bila aku baca orang lain punya, jauh berganda-ganda sedap dari bahasa aku. Tak apa, boleh tulis lagi kan? Lama-lama nanti sedaplah ayat dia kan?.

Hari ni pi ambik cermin mata aku. Cermin mata yang lama hari tu patah dua sebab babah pi duduk atas dia. Nasib baik patah, dapat la aku yang baru. Selagi tak patah, selagi tu la aku kena pakai cermin mata yang selalu longgar tu. Setiap hari nak kena kunci dengan playa. Walaupun aku ni kerja dan ada gaji tapi bila melibatkan belanja yang banyak, aku tak boleh buat keputusan sendiri. Kalau 100 dua boleh lah tapi kalau dengan lebih dari tu, kena la tanya boss dulu. Kalau dia kata tak boleh, tak boleh la aku. Terkulat-kulat la tengok walaupun benda tu aku nak sangat. Nanti dia kata aku ketegark. Tak baik degil kat suami kan? Aku ni nak jadi isteri yang baik. Kena la ikut cakap dia walaupun kalau aku tak ikut pun dia tak berapa nak marah(bukan tak marah langsung) tapi demi keharmonian rumah tangga maka aku zip la mulut.Tak leh cakap apa-apa kalau sekali cakap dia kata, jangan. Tapi dicelah-celah diam aku tu, sesekali bolehla cucuk jarum. Jangan selalu. Lama-lama tercucuk juga.

OK, sekian cerita hari ni. Ni mata dok gatai la pulak. Kena apa tak tau.

Friday, 8 January 2010

Phisioteraphy dan Occuputional theraphy

Jari aku yang jatuh hari tu masih belum hilang sakit dan bengkak. selepas aku pergi jumpa pakar ortho hari tu, dia kata, jari aku masih belum elok. Jadi dia refer aku kat fisioterapi dan occupitional theraphy. Aku terpaksa lalui rutin latihan yang dah ditetapkan. Aku pun tak tau kenapa susah sangat jari ni nak hilang bengkak.


Anatara latihan yang terpaksa aku lalui ialah latihan untuk menguatkan semula jari kelingking aku tu.



Ini ialah latihan kat Occupitional theraphy.
Oleh sebab semalam aku tak tau yang nama aku ada juga untuk latihan kat fisio, maka aku tak pi. Pagi ni baru aku pi. Sebok budak-budak tu tanya buat apa aku ambik gambar. Nak masuk dalam blog la. aku bagitau depa kalau dok tengok ada orang tu yang tu ambik gambar, yang niambik gambar, mesti dia ada blog atau FB. He he he ...


Tangan aku dicelup lilin yang berdarjah 42'C-52'C
Ini dia budak-budak trainees yang baik hati tu. Jumpa lagi minggu depan ya.

Aku lupa la nak tanya budak ni nama apa. Tapi terimakasih la atas kesudian anda dengan lemahlembutnya mengurut jari makcik. Sakit sangat time dia tekan tu. Tapi control cun punya pasai, relax la. Amboi, makcik, tak nak tunjuk kata sakit.
Ni masih lagi dengan plastisin tapi kat sini keras sikit dari kat OT tu.

Salah satu latihan lagi untuk kuatkan jari. Jari lain ok la tapi bila kena tang jari kelingking, tak rapat aku tekan. InsyaAllah, selepas aku nanti buat latihan juga kat rumah, dia akan jadi biasa. Sekarang pun jari kelingking aku dah boleh genggam rapat dah.

Salam

Hari ni hari terakhir aku MC. Hari Isnin ni dah nak kena masuk kerja balik. Dah lama cuti ni, rasa macam nak resign saja. Tapi sapa nak bagi kat aku rm macam aku dapat tu. Kalau aku tak kerja, banyak la benda aku kena sacrifice. Alamak, tak leh, tak leh.

Aiman sekolah macam biasa sebab aku masih lagi bercuti. Pergi hantar, pergi ambik. Esok nanti bila aku dah kerja, cerita macam lain pulak. Ni salah satu faktor aku nak berhenti kerja.

Esok ada gotong royong kat lab. Macam mana ya? Aku nak pi ke dak? Jari masih tak elok lagi ni. Fikir, fikir, fikir.

Tuesday, 5 January 2010

Happy Birthday Aiman

Hari ni Aiman 13 tahun. Tahun ni kelamkabut dengan sekolah dia sampai tak buat apa-apa sambutan untuk dia. Hari ni pula dia kena serangan asthma. So, aku ajak dia makan-makan kat luar. Semalam ingatkan dah ok. Bawa dia pergi makan piza, balik saja terus kena asthma. Piza kan ke berlemak. So, aku dah tau, dia memang tak boleh makan benda berminyak macam tu. Hari ni absent sekolah sebab semput.

Pergi juga uruskan pertukaran sekolah dia. Tapi tak boleh tukar sebab sekolah pilihan dia tu penuh. Terpaksa tunggu lagi sampai hujung January. Harapnya dia akan dapat sekolah dekat sini juga nanti.

Doa mama anak mama akan jadi anak yang baik, taat dengan ibubapa, menjadi contoh tauladan yang berguna, tidak terlibat dengan benda-benda yang tidak baik, menjadi anak yang soleh dan doa mama untuk Aiman segala yang baik-baik saja. Sayang Aiman.

Sunday, 3 January 2010

Catatan Perjalanan 4



Setelah habis lawatan kemuzium perang tersebut ( hari sabtu muzium dibuka separuh hari.)yang syoknya tanpa amaran atau apa-apa perkataan lampu ditutup terus. Agaknya mereka memang bersikap macam tu sebab negara mereka sebelumnya adalah negara komunis, maka mereka bersikap kasar.
Kami terus pergi ambik lunch disatu kedai melayu Champa. Kedai Shamsudin. Kedai tu tersorok ke dalam dan tak nampak dari tepi jalan. Ada signboard saja.Makanan diatas antara yang dihidangkan. Nampak macam masakan kita tapi tak sama rasa. Aku sebenarnya dari awal-awal memang tak boleh nak terima tambahan lagi dengan sakit perut yang belum hilang.

Kemudian kami check in kat hotel Lan Lan 2, salah satu hotel yang bertaraf 3 bintang kat Vietnam ni.




Lepas saja check in hotel, maka acara beli belah pun bermula. Kami ke pasar Bhan Than, dekat saja dengan hotel kami dengan berjalan kaki. Pasar dia macam bazar penang atau pun pasar Siti Khadijah KB. Sama saja. Tu kami beli kain kat kedai Amoi tu. Dapatlah kain cotton sepasang 4 meter, 7 USD. Sutera Vietnam 12 USD. Boleh lah...Kami pun tak beli banyak sebab masih ada banyak hari lagi kat sini. Cuma yang aku tau kain cotton dia memang murah betul sebab sebelum keVietnam aku ada beli kain cotton yang berharga RM16.80 semeter. So, aku angkut dulu 5 pasang.

Selepas tengok sana tengok sini, kami makan dinner pula kat kedai India Muslim kat tengah-tengah bandar HCM. Kedai Ali Baba. Vietnam memang happening time ni dengan lampu bergemerlapan sebab nak sambut tahun baru.

Ni kedai alibaba. Kami sedang menuju kesana. Untuk pengetahuan, kami gunakan perkhidmatan bas yang sama kemana-mana selama kami berada disana.

Satu benda lagi kami diberitahu bahawa kediaman atau kedai-kedai di Vietnam sempit dan kecik sebab orang-orangnya semua kecik-kecik. Tengoklah kedai makan AliBaba ni. Sempit sangat. Cuma diletak dua deret meja untuk 4 kerusi. Kemudian kami dibawa belayar diatas feri dipelabuhan mereka. Dalam kawasan yang sama tapi kami masih naik bas.

Ini adalah laluan yang kami kena jalan selepas turun dari bas.

Tu nama tempat dia.



Sebenarnya yang berpakaian seperti kelasi kapal itu adalah pelayan dalam feri tersebut. Babah sedang jadi model nak naik tangga feri tersebut.




Syarat wajib nak naik feri ni adalah kami terpaksa order makanan tapi toke tour tu cuma minta air nyor saja untuk kami sebab mana kami berani makan makanan atas feri tersebut.Diragui kehalalannya.
Bulan diVietnam adakah sama dengan bulan Malaysia?Ha ha ha...



Disepanjang perjalanan dengan feri tersebut.

Pemandangan orang berjualan dengan pengandar adalah perkara biasa di sini. Ramai peniaga-peniaga seperti ini ditepi jalan khususnya pada waktu pagi. Malam pun masih ramai yang berjual dan ramai juga yang membeli. Kebanyakannya adalah peniaga makanan.

Catatan Perjalanan 5 & 6

Keesokan harinya selepas sarapan, kami mula berkumpul dilobby hotel pukul 7.30 pagi untuk bertolak kebandar Cu Chi. Kami direncanakan akan melawat terowong Cu Chi, terowong dimana rakyat Vietnam bersembunyi semasa peperangan dengan Amerika dulu.Perjalanan dari HCM city mengambil masa 1 jam untuk sampai ke situ.





Terlebih dahulu kami disambut dengan kedai cenderahati.

Kami sedang menunggu untuk masuk ke bahagian dalam hutan yang terletak terowong tersebut.
Ini ialah tempat dimana kami dikehendaki membeli tiket untuk masuk kedalamnya.

Kami terpaksa melalui terowong ini dahulu sebelum sampai kepondok briefing.

Ini ialah plan bagaimana puak Vietcong membina terowong bawah tanah semasa peperangan dahulu.

Dipondok inilah kami diberi briefing berkenaan terowong dan bagaimana semangat orang-orang Vietcong membina terowong tersebut.


Kemudian kami dibawa kedestinasi pertama perangkap yang dibina oleh orang-orang Vietcong kepada askar-askar Amerika.





Cara mereka membuat kulit popia.


Lesung dan antan mereka.
Ini ialah slipar yang mereka buat daripada getah tayar kereta atau lori yang mereka rampas dari askar Amerika.

Lubang kecik tempat orang-orang Vietcong bersembunyi dari musuh. Mereka berjalan secara merangkak.
Punggung siapakah ini? Ini sebenarnya punggung orang depan babah. Dalam lubang ni gelap sangat. Gambar ini diambil dengan menggunakan lampu kamera.
Ini tempat meeting mereka.

Kami dijamu ubikayu rebus cecah kacang tanah panggang + gula dan teh hijau. Kata mereka, makanan ini yang mereka makan setiap hari semasa perang dahulu. Macam kita juga.
Setiap pelawat yang nak masuk ke dalam kawasan terowong tersebut akan dilekatkan badge macam ni kat baju.






Selepas habis lawatan kat terowong tu,kami dibawa lunch di kedai Samsudin lagi. Menunya seperti diatas. Yang last tu adalah bengkang ubi. Kat Malaysia, aku jarang sangat makan bengkang ubi,tapi kat sana aku makan, macam sedap la pula. So bila balik sini,aku cuba cari bengkang ubi. Masih belum jumpa lagi untuk mengisi tekakku ini. ha ha ha..
Ini ialah salah sebuah masjid di HCM city.
Selepas tu kami dibawa pula ke pusat craft mereka. Tengok jalan mereka, tanpa line putih. sesuka hati mereka bawa motor atau kereta tapi semuanya seakan-akan faham arah mana mereka nak ikut. Di sinilah aku saksikan bagaimana U Turn dilakukan dimana saja mereka suka.

Masa ni dah letih sangat dah sebab berjalan banyak. Tapi masih bersemangat lagi.


Makan malam kami sebelum balik berehat dihotel di kedai alibaba. lauk yang serupa.Tapi aku suka roti nan dia. Lembut dan sesuai dengan selera aku.Kemudian balik hotel,berehat. Kami solat jamak dimana masjid yang kami jumpa. Aku tak kisah sangat sebab aku cuti masa tu.
Esoknya seperti biasa kami dikehendaki menunggu dilobi pada pukul 7.30 pagi. Kami bertolak pula ke delta Mekong. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Ini ialah restoran R&R yang kami berhenti tapi kami tak makan disini, cuma rehat saja. Mengikut tourist guide kami tu, ada juga rombongan orang Islam yang makan kat sini. Tapi tak tau lah taraf kehalalannya. Kami pergi dengan company tour orang islam,so perkara ini amat dijaga.


Dah sampai di sungai Mekong.




Kami menaiki bot untuk ke pulau Thoi Son.

Semasa kami dipulau ni, kami melihat bagaimana mereka memproses coconut candy secara tradisional dan kami juga membeli sabun yang dibuat dari santan kelapa.
Ini ialah kawasan dusun buah-buahan mereka yang ditanam dengan cantik sekali. Mereka membina saluran air atau parit disekeliling kawasan dusun tersebut.
Kami beratur untuk menaiki sampan disungai sempit ini.



Tengoklah bagaimana keadaan sungainya yang dijadikan sebahagian dari tarikan pelancung. Banyak sungguh sampan yang digunakan. aku sebenarnya takut, takut terbalik tapi sipengayuh sampan tu relax saja walaupun sampan terhoyong hayang kekiri dan kanan.

Malam pula, kami dibawa ke kedai yang menjual sampan. Kalau sesiapa yang minat dengan hiasan kapal ini, memang bagus. Murah sungguh. Satu kapal layar kecik yang pada aku, rumit juga nak membuatnya, nilainya cuma 1 dolar. Yang besar sekali tak sampai pun RM100 duit kita.Apa lagi, mengangkut sakanlah masing-masing. Kami tak beli sebab tak ada tempat nak simpan. Nanti jadi tempat kumpul habuk pula.
Pemandangan ni tak ada ditempat kita. Wayar berselirat disemua tempat. Kalau putus satu wayar, tak tau lah mana nak cari puncanya.
p/s- Sebenarnya banyak gambar yang aku upload, tapi banyak yang terdelete. So, aku dah tak larat nak upload lagi sebab pc aku ni mengong.