Saturday 26 June 2010

serikaya labu






Pagi tadi ke Arau, ambik Aliah. Dalam perjalanan balik, kami singgah kat tepi jalan makan roti canai dan nasi lemak di Jitra. Kat situ ada gerai buah dan disitu juga aku nampak buah labu comel. Teringat pula nak cuba buat serikaya labu.

Aku cuba buat petang ni untuk minum petang. Dalam hati was-was juga takut tak sedap sebab inilah pertama kali aku nak buat dan nak rasa. Cuba saja lah. Tawakkal. Kalau sedap aku buat lagi, kalau tak sedap, inilah yang terakhir.

Petang tadi, rancangan aku pun bermula. Dengan sebiji labu comel tu, aku cuma perlukan sebiji telur, sehelai daun pandan dan dua sudu besar santan pekat.Dua sudu besar gula pasir. Mula-mula ramas dulu telur, pandan dan gula serta sedikit garam untuk mengelakkan telur hanyir. Buang daun pandan dan blend campuran telur tadi. Potong labu dengan bahagian bawah ditinggalkan lebih banyak dan jadikan bahagian atas sebagai tudung buah labu tersebut.

Buang biji labu didalamnya dan biarkan labu tersebut tanpa biji. Tuangkan adunan telur tadi kedalam labu dan kukus dengan menutup dengan buah yang dipotong atasnya tadi. Biar hingga masak. Angkat, sejukkan baru dipotong seperti diatas.

Walla... tak sangka sedap juga dengan manis buah labu dan lemak serikaya tadi. Oleh kerana aku terguna 3 biji telur tadi, maka serikayanya jadi banyak la pula. Aku masukkan dalam bekas asing dan kukus bersama-sama labu tersebut. Bila masak, aku makan dengan tudung labu yang tiada serikaya tu. Ok, not bad walaupun aku tak kukus sekali dalam buah labu tersebut.

No comments: