Hari-hari yang sangat sebok. Entah apa-apa. Pagi tadi memang rancangan nak pi pasar tapi terbangun lambat la pula sebab malam tadi susah nak tidur. Entah jam berapa aku tidur pun tak tau. Sejuk sangat sebab aircond macam tak terkawal pula.
Kesian kat Aiman sebab cuti panjang babah tak boleh bawa jalan-jalan. Babah sebok memanjang hingga tak dapat nak bercuti. Cadang kat babah bawa Aiman makan tutti frutti saja. Kami keluar lambat sikit tadi dan agaknya kami pelanggan pertama kiosk tu. Nasib baik tak ada orang lain. Itulah pertama kali makan kat situ. Main ambik saja dan nak tergelak pun ada sebab kami letak macam apa entah. Apa pun nanti boleh makan lagi. InsyaAllah.
Balik dari situ, singgah TESCO Xtra kat Seberang Jaya. Beli barang dapur. Hasrat hati nak buat Pavlova dan tadi dah ambik segala buah berry untuk kemasaman Pavlova. Hara-harap jadi la dalam minggu ni sebab takut pula rosak buahku yang mahal itu. Mahal sangat-sangat sampai terfikir dua tiga kali nak ambik ke tak. Ambik juga la sebab memang besar sangat hasrat hati nak cuba juga buat Pavlova. Biar orang kata manis tapi aku lebih teruja kemanisan nak memasak Pavlova dari nak merasanya.
Kalau beli barang dapur kat hypermarket kalau tak ada RM500 dalam tangan, tak payah la nak buat shopping besar-besaran. Aku sekarang kerja agak jauh dari kawasan hypermarket dan bila dah ada peluang nak membeli sesekali tu, memang akan beli habis-habisan sebelum ada peluang nak membeli lagi. Makanan semua, ya ampun mahal sangat. Beras dulu boleh dapat rm39, sekarang dah jadi rm 41. Itu baru beras, belum lagi telur, minyak, mentega,keju, roti dan macam-macam lagi. Kalau tak cukup duit ditangan, barang dapur pula banyak yang dah habis, aduh berdebar dah jantung. Harap-harap tuhan murahkan lah rezekiku hingga bila-bila.Ameen.
Beli saja nasi campur kat situ dan terus balik rumah. Huh...penat. Cuti seminggu tak terasa cuti sebab hari-hari pun sebok. esok dah mula kerja semula dan aku gembira dengan hidupku. Alhamdulillah.
Sunday, 18 December 2011
Saturday, 12 November 2011
Assalamualaikom
Makcik yati datang kembali selepas berbulan-bulan menyepikan diri. Selepas Ramadan, menyambut Aidilfitri, selepas AidilAdha dan kemudian muncul kembali. Alhamdulillah, masih menongkat bumi.
Terlebih dulu Alfatihah untuk semua umat Islam yang telah meninggal dunia dan terbaru abang sepupuku, abang Id.
Baru saja kami mengadakan perjumpaan keluarga. riang dia bersama kami. Allah tidak akan melambatkan atau mencepatkan walau seminit pun apa saja yang dikehendakinya.

Riang Allahyarham menyampaikan hadiah dalam cabutan bertuah pada hari perjumpaan keluarga tersebut. Alhamdulillah, telah selamat disemadikan malam tadi juga setelah mengalam kecederaan teruk dikepala.
Wednesday, 10 August 2011
Hari ke 9 Ramadan 1432H
Cepatnya masa berlalu. Dah 9 hari kita berpuasa. Aku pun dah mula dengar lagu raya kat radio tapi masih belum rasa meriah dihati. Segalanya berjalan macam biasa. Aku pun dah tak tau nak masak apa utuk iftar nanti. Fikir punya fikir, yang senang, cepat dan Aiman suka, aku buat saja maggi goreng dan benar Aiman memang suka.
Untuk aku, biasa la. Sejak 1 hari puasa hari tu sampai hari ni aku agak kurang selera nak makan nasi. Semalam ada order karipap segera dari Yan dan akhirnya hari ni aku goreng karipap saja. Not bad la rasanya. Boleh order lagi ni.

Hari ke8 ramadan 1432H
Hari ke8 Ramadan, Aiman minta piza. Senang. Aku letak inti tuna. Mulanya ingat nak buat satu saja tapi takut tak cukup pula. Bila buat 2 tak habis la pula. Tak ada orang lain lagi nak makan kecuali dia.
Hari ke7 Ramadan 1432H
Hari ni semua abang, Aliah dan babah balik ketempat masing-masing.Tinggal lagi kami berdua dengan Aiman. Sebelum tu aku masak sambal telur dan daging kaprau untuk babah dan abang bawa balik ketempat masing-masing tapi Aliah aku tak bagi sebab Aliah balik awal pagi.
Aiman? senang sebab kalau masak macam-macam pun bukannya dia nak makan. Cuma satu saja dia minta. Mertabak maggi. Dia sangat suka Alhamdulillah, dah memadai baginya.
Aku? Memadai dengan strawberry dan buah naga ni.

Saturday, 6 August 2011
Hari ke6 Ramadan 1432 H
Chicken chop ni terpekat pula sosnya. Hmmm...janji Aiman suka.
Alhamdulillah, semua suka. Aiman komplen sebab buat banyak-banyak takut membazir tapi aku bagi tau dia yang makanan tu juga untuk bersahur. Malam ni kami bersahur bersama-sama sebelum esoknya tinggal aku dan Aiman. Cepatlah babah transfer ke sini semula.
Hari ni semua ada di rumah. Anak bujang nak berbuka kat luar. Tinggal kami ber4. Atas permintaan Aliah yang nak makan salmon oren dan Aiman yang nak makan chicken chop, aku buat saja. Babah pula nak makan kerabu taugeh dengan udang dan sup tulang.
Alhamdulillah, semua suka. Aiman komplen sebab buat banyak-banyak takut membazir tapi aku bagi tau dia yang makanan tu juga untuk bersahur. Malam ni kami bersahur bersama-sama sebelum esoknya tinggal aku dan Aiman. Cepatlah babah transfer ke sini semula.
Hari ke5 Ramadan 1432
Setelah semalam aku report duty, hari ni aku kembali ketempat kerja dengan membawa surat penangguhan selama 2 minggu saja. Tak apa, aku tak kisah berapa lama pun penangguhan tu asalkan pasti aku dapat balik mainland.
Masalah lagi sebab minggu ni jadual aku tak menentu.Kerja pun tak sebanyak mana. Sekejab EL sekejab MC. Dah 4 hari macam tu. Hari kelima ni nak ambik time off petang pula sebab nak ambik Aliah balik dari Arau.Nak buat macam mana. Harapnya minggu depan tiada masalah lagi
Selepas ambik Aliah, kami singgah ke rumah adik di Alor Setar. Dah pesan dengan adik, minta dia buat laksa. Dia bagi laksa, ayam berempah dan buah melaka. Hmmm, cukuplah untuk kami bertiga. aiman nak makan roti john. Mudah kerja aku hari ni.
Balik rumah sebelum jam 6 petang. Sempat solat Asar dan masak roti John untuk Aiman. Kemudian panaskan sup alphabet yang aku buat semalam. Sayang sebab benda tu bukan rosak pun lagipun Aliah suka pasta tu.
Malam meriah sikit sebab abang dan babah pun dah sampai. Malangnya kami semua tak terjaga untk bersahur kecuali Aiman. Itu pun dah jam 5.22 pagi. Kelamkabut goreng telur mata saja sebab itu yang sempat pun. Nasib baik dah minta Aliah masak nasi sebelum dia tidur. Sempat juga makan sahur. Alhamdulillah.

Subscribe to:
Posts (Atom)