Sunday, 28 September 2008

sup tulang rusuk

Sedap pula tengok sup tulang rusuk Juliza kat Tv tadi. Sebelum terlupa, baik catit resepi.

Tulang rusuk
bawang merah-mayang
bawang putih+bawang merah+akar ketumbar+halia-blend
halia
tomato puree
ketumbar+jintan manis-2 sudu besar-sangai dan tumbuk
lada hitam
kentang, carrot,batang seleri

Cara-cara
Tumis bawang merah ,bunga lawang, bunga cengkih,buah pelaga sehingga wangi. Masukkan bahan yang dimesin,wangi, masukkan tomato puree +air dan masukkan tulang rusuk. Biar lembut tulang tu(masak dalam pressure cooker)

Kemudian masukkan carrot, kentang dan seleri. Maukkan garam dan biar masak.
Walla, nampak macam sedap. esok, kita masak. Hari ni dah tak sempat.

Tuesday, 16 September 2008

Ramadan ke 13

Pagi-pagi, bangun siapkan akanan untuk sahur. Kejutkan adik dalam pukul 4.45pagi, makan ramai-ramai. Best juga sebab beramai. Lepas makan, tunggu subuh untuk solat dan pukul 7.30 pagi adik dah gerak balik sebab ada hal. Aku tak tau asna tak mau balik sebab tunggu gift dari aku. Alahai asna, mana lah mama tau asna nak gift.

Petang, masak untuk semua sebab malam ni aku masuk kerja pukul 7 malam, lepas wong. Ok lah, bawa nasi dan aku bawa daging masak pesamah yang wangi sangat tu. Lepas minum, aku solat maghrib dulu dan makan nasi. lepas tu teruskan kerja macam biasa. Ok lah juga malam ni

Ramadan ke14
Sahur aku cuma minum sebab aku tak bawa makanan untuk sahur. Nak balik rumah pun jauh. Harap sepanjang hari akan ok.

Alhamdulillah, ramadan 14 berlalu dengan ok. Tak ingat dan malas pula nak ingat masak apa hari tu. Babah hantar baju kat abang sebab dia dah balik hari sabtu malam.

Ramadan ke 15
Seperti biasa kerja tak banyak kalau hari Isnin. Idrus bawa Ikmal pergi jumpa doktor selepas terkena sawan. Buat blood test dan refer klinik Pakar. 9/10 nanti. Aku ambik result darah tu sebab takut hilang. Lupa pula ak bawa pi kedoktor. Bila aku tanya, depa kata dr.syahir kerja malam pula tapi nothing much abnormal result tu. Sikit-sikit saja.

Balik kerja agak kelamkabut sebab nak kena siang ikan 2 kg. Aiman nak makan pulut srimuka lagi. Frust betul, pulut dia termasin pula sedangkan kepala dah ok, cantik. Kesian aiman.

Ramadan ke16
Agaknya hari ni semua orang tertunggu peralihan kerajaan tapi ....Ya Allah ya tuhanku, amankanlah tanah airku ini,jauhkan dari golongan yag hanya mementingkan diri sendiri demi kuasa dan kepentingan peribadi. Selamatkanlah negara kami ya Allah.. Kesian aku dengan Pak Lah walaupun kepimpinannya adalah yang terlemah tapi demi perpaduan, kembalilah melayu semua bersatu. Jangan menang sorak negara tergadai.

Balik petang, relax sikit sebab hari ni masak simple. Ayam goreng dengan kentang, cendawan dengan udang, sambal udang dan jeruk ikan. Dah lama tak buat jeruk ikan. Allahyarhamah emak selalu buat ni semasa sahur sebab rasa masam-masam manis dia.

Lepas makan, terus masuk bilik. Solat maghrib dan malam ni solat Isyak awal sikit sebab 2 malam berturut aku solat Isyak waktu pagi. Mengantuk dan letih sangat sampaikan pukul 8.30 malam lagi dah tidur. Esok cuti nuzul Quran tapi aku kerja. 9pagi-2 petang.

Saturday, 13 September 2008

Ramadan ke12

Semalam agak lapang sebab lunch dari pukul 12.15tengahari-2.45petang. Balik rumah sekejab sediakan apa yang patut untuk masak petang. Babah call bagi tau kena ambik ambik pukul 5.30petang. Sebok sikit sebab lepas tu nak kena masak pula. Nasib baik dalam pukul 4 petang adik dah sampai dari kampung. Minta adik buat apa yang patut dulu dan aku pi ambik abang.

Balik rumah adik dah siap goreng ikan, papedom dan kupas bawang. Aku tinggal masak saja. Hari ni masak tomyam, ikan siakap sweet sour, kailan goreng ikan masin, telur dadar dan depa beli satu dua kuih. Ramai makan malam ni. 10 orang sebab slalunya kami berempat saja. Abang pun cuma hujung minggu saja bersama kami.

Macam-macam hal la pula, maklumlah lebih dari biasa.

Sahur pula makan saja lauk lebihan malam tadi dan tambah ikan pekasam goreng.

Hari ni aku masuk kerja pukul 7petang-8 esok pagi. Tak apa lah, tak perlu aku nak kelamkabut berebut nak buka puasa sebab nanti buka puasa terus kat tempat kerja. Babah pun tak berebut masa nak hantar aku. Belum plan nak masak apa. Mungkin buat daging goreng saja kot, mudah cepat dan boleh simpan hingga sahur esok pagi. Tengoklah dulu macam mana nanti.

Friday, 12 September 2008

Ramadan ke11

Pagi-pagi selepas hantar aliah dan along, aku terus ke HSJ dan tunggu babah kat sana. Babah datang ambik da terus ke HPP. Biasa la pagi, jeti sesak tetapi feri berjalan lancar jadi tak lah terpaksa tunggu lama-lama kat situ.

Selepas habis baca RCPA slides tu, aku terus balik dan singgah sekejab kat JUSCO beli perfume yang dah lama habis. Bukan saja perfume, compact powder, sunblock, lipstisk dan mascara(dalam kotak sekali). Habis hampir RM---. Bukannya selalu, 5,6 bulan sekali. Itu pun atas ihsan babah. Thank you babah sebab jadi suami mama yang very supportive.

Balik, singgah HSJ. Selesaikan FNAC slides yang nak dihantar ke HPP. Tak rehat lunch sebab aku dah rehat. Selesai semua, hantar ke HPP. Selesaikan kerja-kerja lain hingga 5 petang. Balik, agak relax sikit sebab memang awal-awal dah plan nak masak apa. Lagipun aku dah solat asar siap-sipa sebelum balik.Tak lah kelamkabut. Boleh masak sampai waktu berbuka pun.

Balik rumah, masak masak lemak telur (Aliah demand), asam pedas ikan terubuk (aku sendiri yang nak makan/, goreng ayam(aiman punya, setiap hari pun goreng ayam) dan lupa pula apa satu lagi yang aku masak.

Seperti biasa babah balik berbuka bersama kami sebelum dia pergi kerja semula. Aliah ditugaskan untuk mengemas setip hari selepas kami makan samada berbuka atau sahur jadi aku kuranglah tugas sedikit selepas itu. Cuma kadang-kadang aku ambil alih tugas bila tengok terlalu banyak yang nak dikemas sebab takut nanti aku sendiri yang tak puas hati pula.



Wednesday, 10 September 2008

Ramadan ke10

Seperti biasa kerja hari ni. 8-5. Babah tinggal kereta kat tempat kerja dia dan pagi ni dia hantar kami (aku, aliah dan along). So rasa lapang sikit sebab tak perlu memandu. Dah plan dalam kereta nak masak apa petang nanti. Lapang juga fikiran sebab bila dah rancang suasana tak kalut nanti.

Kerja macam biasa. Agak sebok sebab selesaikan slides semalam. Sampai petang, aku minta babah datang ambik pukul 5 petang. Mon pula called bagitau aku kena pi HPP esok untuk RCPA slides. Ni yang leceh sebab memang aku tak suka pi sana.

Babah ambik dan aku pi hantar dia ke NBCT dan terus balik ikut highway pantai. Cepat juga walaupun kena bayar RM1.20. Tapi kalau setiaphari parah lah juga. Balik terus masak ikan kerapu sweet sour, sup ayam, sayur campur dan goreng telur dadar. Cukup lah tu.

Masa buka puasa,babah balik makan sekali. Alhamdulillah, semuanya Ok

Ramadan ke9

Kerja macam biasa. seronok minggu ni sebab tak ada kerja malam. Sabtu nanti baru ada. Adik bagitau dia akan datang Jumaat nanti. Seronok juga tapi aku tak boleh ambil cuti sewenangnya kerana cuti aku tinggal 7 hari saja lagi.



Tak jadi pergi meeting hari ni sebab tiada sesiapa nak ganti FNAC aku. Suka juga. Pagi, klinik lembap saja. Cuma ada 7 orang pesakit. Petang, baru ramai sangat. Dah takut terlajak dari pukul 5, kelamkabut aku nanti. Nasib baik walaupun ramai, siap on time sebab dr. Suzan buat FNAc memang best. Cepat dan tepat.



Balik, kelamkabut masak sebab babah akan balik makan dan pergi kerja semula. Masak ikan terubuk goreng, taugeh goreng ikan masin, kerabu jantung pisang dengan kerang,ayam goreng untuk anak-anak dan sambal kicap untuk cecah dengan ikan goreng.



Hampir berbuka, babah called bagitau kereta tak boleh start la pulak. ala, tak seronoknya babah tak boleh berbuka bersama. Kami makan dahulu dan masa berbuka babah bagi tau dia makan nasi goreng paprik kat kedai.



Pukul 9 malam babah called lagi minta ambil dia pukul 11. Minyak kereta pula tak ada tapi tawakkal sajalah dengan harapan dapat juga sampai ke patrol station. Alhamdulillah, sampai, isi minyak dan terus ambik babah di NBCT.



Balik singgah kat Sha vistana, makan roti bakar dan minum kopi. Saja sesekali hilangkan ketagihan minum di kedai sebab dah lama tak makan di kedai. he he he

Monday, 8 September 2008

Malam Ramadan ketiga

Sesudah berbuka puasa, aku terpaksa telan lagi 2 biji ubat dan berehat. Alhamdulillah bila bangun sahur Ramadan keempat, kaki aku dah ok semula. Maka bermulalah hari-hari yang amat aku rindui. Dapat berjalan dengan normal semula. Kini baru ku sedar bahawasanya nikmat berjalan itu cuma akan benar-benar disyukuri bila kita tidak dapat berjalan dan kemudian dapat berjalan semula. Tuhan saja yang tau betapa bersyukurnya aku.

Hari tersebut aku kerja malam semula. Malam tu seperti biasa tersangatlah sebok. Hanya kami yang bekerja disitu saja yang tau betapa seboknya kami bila kerja malam. Tapi aku tak kisah sebab aku dah normal kembali.

Malam tu aku cuma sahur dengan twiggies gardenia tapi tak kisah sangat sebab memang aku tak lah pula rasa lapar walaupun tak makan sepanjang hari.Mungkin lemak dibadan ni dah cukup banyak kot untuk membekalkan tenaga dan barangkali sebulan tak makan pun aku masih boleh bertahan.he he he...

Paginya aku balik pukul 8 pagi dan mulalah pula kerja-kerja dirumah. Mengemas, memasak siap-siap untuk babah, Aliah dan Aiman berbuka petang tu. Abang juga mungkin akan balik. Aku masuk kerja semula pukul 2.30 petang.

Boleh tahan juga sample petang tu. Aku cuma berbekalkan air mineral saja dan tiba-tiba kak Ani bawa kanji untuk aku. Alhamdulillah. En Mohtar yang bagi. Terimakasih.

Masa berbuka, aku pun malas nak makan sebab macam masa teramat singkat. Pukul 9 dah nak balik dah. Balik baru aku makan. Abang tak jadi balik sebab Sabtu dia ada kelas.

Sabtu, aku kerja lagi. 8 pagi - 12 tengahari. Lepas balik dari kerja ajak babah, Aiman dan Aliah ke Jusco yang baru dibuka di bandar Perda. Setiap hari di Perai ni sejak permulaan puasa, asyik hujan saja. Hari tu juga hujan tapi orang tetap juga ramai disitu.Ingat nak beli perfume kesukaan aku tapi tiada pula kaunter tu kat situ.Kami beli barang-barang dapur saja. Beli juga bermacam-macam jenis cendawan sebab Aiman sangat suka makan cendawan. Balik dalam pukul 3 petang lebih sementara babah bersiap-siap untuk ambil abang pukul 4.30 petang. Aku mula masak untuk berbuka.

Ramadan ketujuh
Aku kerja lagi. Kali ni 9pagi-2 petang. Abang akan balik kehostel dia semula petang ni Cadang nak masak apa yang dia suka. Tapi kesian dia, bawa balik cendol tawar. Tak apa aku dah nekad akan buat cendol sendiri bila dia balik nanti

Ramadan kelapan
Hari ini adalah Ramadan kelapan. Tadi selepas sahur mengantuk yang amat tapi kerja tetap kena pergi juga. Kebetulan kerja tak banyak. aku masih susah hati kerana terpaksa meeting di HPP esok. Aku tak suka pergi HPP. En Subki minta aku ganti dia sebab ini kerja aku. Walaupun kerja tak banyak, aku tetap tak seronok.
Pagi-pagi dah masuk bilik dia inta excuse tak mau ke HPP tapi dia tetap dengan keputusan aku kena pergi juga. Tak apa lah, aku reda saja.

Petang, surat arahan meeting dari Penang sampai dan aku dikehendaki hadir. Dah berpakat dengan Su sebab Su yang akan ganti aku tapi keadaan tak seperti yang disangka. Nik bercuti dan Wong tak boleh buat. Su tak berani sebab dah lama dia tak ganti aku. Maka berlaku lah perdebatan mengenai siapa yang akan ganti aku dan wajarkah aku pergi meeting tersebut. Akhirnya keputusan diamabil yang Wong yang akan pergi meeting dan aku teruskan tugas seperti biasa.

Baru lega aku rasa dan lapang fikiran. Balik jem sepanjang jalan kerana terpaksa melalui pasar Ramadan dan sampai rumah dah pukul 6 petang lebih dah. Hari ni aku masak kurma daging, goreng cili asparagus dan telur mata kerbau. Babah kerja 2 petang- 11 malam tapi balik berbuka bersama kami. Terima kasih babah sebab menjadi bapa dan suami yang amat bertanggungjawab. Slepas berbuka dan solat, babah ketempat kerjanya semula.

Sunday, 7 September 2008

Masih cerita Ramadan

Ramadan ketiga



Aku dah tak tahan lagi dengan kaki ni. Tak boleh jalan dah. Cramp teruk. Nak ke klinik pun tak boleh jalan lagi. Aku tunggu saja babah balik lepas dia ada meeting pagi ni untuk bawa aku ke klinik.



Sampai klinik ada 3 orang makcik yang juga nak jumpa doktor. Salah sorang makcik tu sakit lutut. Dia jalan sebijik macam aku jalan. Babah dah gelakkan aku sebab makcik tu jalan macam tu memang patutla sebab dia dah berumur sedangkan aku yang masih pangkat anak kat makcik tu pun jalan serupa dia. Apa nak buat, memang aku sakit. Tak kisah lah, nak gelak pun gelak lah



Balik rehat sekejab tapi masak tetap masak. Hari ni pun aku dah blur apa yang aku masak hari tu. Aku tak sempat nak catit dan tak seronok buat kerja sebab sakit. Doktor bagi ubat urat dengan ubat tahan sakit tapi kata dia kalau sekali aku makan dah tak sakit lagi, aku tak payah makan lagi.



Lepas saja makan nasi, aku terus telan ubat tu dan akhirnya masa sahur kaki aku dah ok sikit. Dah boleh jalan dah. Maka dengan bangganya aku pun tak ambik ubat dah.



Pagi masa turun dari kereta baru aku sedar yang sebenarnya kaki aku masih sakit sebab aku tak boleh luruskan kaki. Berjalan dengan membengkokkan kaki memang sungguh tak selesa tapi aku terpaksa juga berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku kuat dan sihat walaupun hakikatnya bukan begitu.

Kerja berjalan macam biasa. Sehingga 5 petang aku masih mampu bertahan dan balik masih memasak lagi. Biasa la aku.

Catatan Ramadan

Sehari sebelum Ramadan
Ahad
Sepatutnya hari ni kerja pagi tapi disebabkan jadual on call menunjukkan aku terpaksa kerja esok pagi sehari suntuk ( permulaan puasa pula tu ) maka dengan muka tak malunya aku minta untuk off hari ni dan Pak Id ganti. Nasib baik Pak Id setuju. Kalau tak, terpaksa la aku buat juga dan esok lagi kena kerja. Penat weh. Tak pernah lagi aku aman damai bila cuti hujung minggu. Kalau tak kerja Jumaat malam, Sabtu, pagi atau Sabtu malam atau Ahad pagi.

Jadi dengan selamba badaknya hari Ahad aku pi beli barang-barang kering sebab biasa pun aku selalu beli barang-barang kering time tu untuk stock sebulan. Barang-barang basah pula untuk stock seminggu dan kebetulan pula esok permulaan puasa.

Maka keluarla aku dengan babah, Aliah dan Aiman. Dalam perjalanan tu dah nampak dah, ramainya umat keluar shopping. Untuk mengelakkan kesesakan, kami kononnya pi la kat Giant Prai sebab kat situ selalunya memang aman damai walaupun hujung minggu kat tempat lain penuh sesak especiallynya carrefour. Jeng jeng jeng, walla, hampir penuh carparknya la. Ini sudah hebat. Masuk dalam, cari beras, telur dan sedikit barang-barang dapur yang dah habis kat dapur aku tu dan kebetulan pula kain tudung meja pun koyak, maka beli lah sekali. Malu pula aku sebab takut nanti orang kata nak sambut Ramadan, beli kain tudung meja baru pula. Pedulikanlah dan apa salahnya juga kan, meraikan Ramadan dengan kain tudung meja baru. kan kan kan...

Malam sahur pertama
Abang pula ajak kawan datang bersahur sekali. Tak apalah, makan sajalah apa yang ada. Dah hari ni tak ingat pula apa yang aku masak pagi tu. Tapi nampaknya Alhamdulillah, semua boleh makan.

Hari pertama Ramadan
Aku kerja pagi hari ni. Sepatutnya 8pagi-8malam tapi sebab hari ni hari pertama puasa dan lagi aku nak balik masak untuk keluarga kat rumah dan abang pula ajak lagi sorang kawan dia datang berbuka kat rumah, aku terpaksa balik pukul 5 petang. Tapi Razak tak boleh pula datang pukul 5. Pukul 6 boleh katanya. Hati dah tak sedap rasa. Buat kerja pun tak seronok sebab dok ingat sempat ke aku masak nanti. Sebelum tu dah plan nak masak daging masak kicap, ikan sumbat cili dan ada lagi lah yang aku nak masak.

Pukul 6 petang, Razak masih lagi belum nampak bayang. 6.15 petang, aku call dia. Alamak, masih lagi diatas highway. Jauh lagi beb. Tapi aku terpaksa balik juga. Tinggal lab macam tu saja. Bukan salah aku dan bukan juga salah Razak sebab Razak tersekat dalam jam dan aku pula terpaksa balik masak.

Dalam perjalanan, tersekat-sekat dalam jam sebab masa tu orang ramai bersesak-sesak di pasar Ramadan sebab dah pukul 6.30. Aku terpaksa menempuh 2 pasar Ramadan sebelum sampai rumah. Dalam hati tuhan saja yang tau sebab aku mengejar masa. Sampai rumah hampir 7 malam. Nasib baik babah dengn Aliah banyak membantu. Walau dengan terkocoh-coh dan kelamkabut siap juga aku masak walau tak sepertinya, maklumlah dalam keadaan macam tu.

Abang balik hostel malam tu juga dengan 2 orang kawan dia. Tak sempat nal bekalkan dia dengan masakan aku sebab aku sendiri pun tak puas hati. Rasa macam ada kekurangan dan kurang sedap. Aku bekalkan dia dengan makanan dalam paket untuk sahur sebab buka puasa dia boleh beli saja kat cafeteria.

Ramadan kedua
Aku kerja macam biasa. Kaki dah mula rasa cramp dan sakit tapi aku terpaksa juga kerja sebab hari ni ada klinik FNAC. Tak ada orang yang boleh assist doktor sebab masing-masing sebok dengan kerja mereka. Sakit tuhan saja yang tau tapi aku cuba juga. Naik wad pun dengan lif. Bila wad bagi tau ada satu kes kat atas, aku dah susah hati sebab terpaksa jalan dengan doktor dengan keadan kaki yang sakit tapi untuk cover malu aku minta naik dulu kononnya nak prepared barang-barang FNAC.

Petang tu aku masih kelamkabut mengejar masa sebab FNAC clinic habis lambat. Masih lagi mengejar masa dan perjalanan masih tersekat dengan pasar Ramadan walaupun aku cuba ikut jalan lain. Ramai sungguh umat. Terfikir dalam hati, banyaknya duit mereka kalau setiap hari berbelanja di pasar Ramadan sebab barang makanan sekarang bukannya murah. Walau selambat mana pun aku balik, kalau masih sempat masak, aku akan cuba masak. Berjimat satu hal dan lagi aku kurang percaya dengan makanan kat pasar Ramadan ni sebab:
1. Aku pasti mereka masak awal pagi untuk jualan petang, sudah tentu tak segar makanan tersebut
2. Aku tak pasti apa bahan yang mereka gunakan sebab bila mereka nak makanan mereka sedap maka entah apa-apa yang mereka tambah.
3. Cara penyediaan, adakah bersih, segalanya mereka cuci dengan sempurna, cukup bismillah dan selawatnya.
4. Pasar Ramadan sendiri pun bersesak-sesak, aku rimas
5. kalau ke pasar Ramadan,bukan satu atau dua barang saja yang nak dibeli, anti itu nak ini nak, takut membazir.

Jadi dengan senang hatinya, biar aku masak sendiri.