Monday 8 September 2008

Malam Ramadan ketiga

Sesudah berbuka puasa, aku terpaksa telan lagi 2 biji ubat dan berehat. Alhamdulillah bila bangun sahur Ramadan keempat, kaki aku dah ok semula. Maka bermulalah hari-hari yang amat aku rindui. Dapat berjalan dengan normal semula. Kini baru ku sedar bahawasanya nikmat berjalan itu cuma akan benar-benar disyukuri bila kita tidak dapat berjalan dan kemudian dapat berjalan semula. Tuhan saja yang tau betapa bersyukurnya aku.

Hari tersebut aku kerja malam semula. Malam tu seperti biasa tersangatlah sebok. Hanya kami yang bekerja disitu saja yang tau betapa seboknya kami bila kerja malam. Tapi aku tak kisah sebab aku dah normal kembali.

Malam tu aku cuma sahur dengan twiggies gardenia tapi tak kisah sangat sebab memang aku tak lah pula rasa lapar walaupun tak makan sepanjang hari.Mungkin lemak dibadan ni dah cukup banyak kot untuk membekalkan tenaga dan barangkali sebulan tak makan pun aku masih boleh bertahan.he he he...

Paginya aku balik pukul 8 pagi dan mulalah pula kerja-kerja dirumah. Mengemas, memasak siap-siap untuk babah, Aliah dan Aiman berbuka petang tu. Abang juga mungkin akan balik. Aku masuk kerja semula pukul 2.30 petang.

Boleh tahan juga sample petang tu. Aku cuma berbekalkan air mineral saja dan tiba-tiba kak Ani bawa kanji untuk aku. Alhamdulillah. En Mohtar yang bagi. Terimakasih.

Masa berbuka, aku pun malas nak makan sebab macam masa teramat singkat. Pukul 9 dah nak balik dah. Balik baru aku makan. Abang tak jadi balik sebab Sabtu dia ada kelas.

Sabtu, aku kerja lagi. 8 pagi - 12 tengahari. Lepas balik dari kerja ajak babah, Aiman dan Aliah ke Jusco yang baru dibuka di bandar Perda. Setiap hari di Perai ni sejak permulaan puasa, asyik hujan saja. Hari tu juga hujan tapi orang tetap juga ramai disitu.Ingat nak beli perfume kesukaan aku tapi tiada pula kaunter tu kat situ.Kami beli barang-barang dapur saja. Beli juga bermacam-macam jenis cendawan sebab Aiman sangat suka makan cendawan. Balik dalam pukul 3 petang lebih sementara babah bersiap-siap untuk ambil abang pukul 4.30 petang. Aku mula masak untuk berbuka.

Ramadan ketujuh
Aku kerja lagi. Kali ni 9pagi-2 petang. Abang akan balik kehostel dia semula petang ni Cadang nak masak apa yang dia suka. Tapi kesian dia, bawa balik cendol tawar. Tak apa aku dah nekad akan buat cendol sendiri bila dia balik nanti

Ramadan kelapan
Hari ini adalah Ramadan kelapan. Tadi selepas sahur mengantuk yang amat tapi kerja tetap kena pergi juga. Kebetulan kerja tak banyak. aku masih susah hati kerana terpaksa meeting di HPP esok. Aku tak suka pergi HPP. En Subki minta aku ganti dia sebab ini kerja aku. Walaupun kerja tak banyak, aku tetap tak seronok.
Pagi-pagi dah masuk bilik dia inta excuse tak mau ke HPP tapi dia tetap dengan keputusan aku kena pergi juga. Tak apa lah, aku reda saja.

Petang, surat arahan meeting dari Penang sampai dan aku dikehendaki hadir. Dah berpakat dengan Su sebab Su yang akan ganti aku tapi keadaan tak seperti yang disangka. Nik bercuti dan Wong tak boleh buat. Su tak berani sebab dah lama dia tak ganti aku. Maka berlaku lah perdebatan mengenai siapa yang akan ganti aku dan wajarkah aku pergi meeting tersebut. Akhirnya keputusan diamabil yang Wong yang akan pergi meeting dan aku teruskan tugas seperti biasa.

Baru lega aku rasa dan lapang fikiran. Balik jem sepanjang jalan kerana terpaksa melalui pasar Ramadan dan sampai rumah dah pukul 6 petang lebih dah. Hari ni aku masak kurma daging, goreng cili asparagus dan telur mata kerbau. Babah kerja 2 petang- 11 malam tapi balik berbuka bersama kami. Terima kasih babah sebab menjadi bapa dan suami yang amat bertanggungjawab. Slepas berbuka dan solat, babah ketempat kerjanya semula.

No comments: