Sunday 7 September 2008

Catatan Ramadan

Sehari sebelum Ramadan
Ahad
Sepatutnya hari ni kerja pagi tapi disebabkan jadual on call menunjukkan aku terpaksa kerja esok pagi sehari suntuk ( permulaan puasa pula tu ) maka dengan muka tak malunya aku minta untuk off hari ni dan Pak Id ganti. Nasib baik Pak Id setuju. Kalau tak, terpaksa la aku buat juga dan esok lagi kena kerja. Penat weh. Tak pernah lagi aku aman damai bila cuti hujung minggu. Kalau tak kerja Jumaat malam, Sabtu, pagi atau Sabtu malam atau Ahad pagi.

Jadi dengan selamba badaknya hari Ahad aku pi beli barang-barang kering sebab biasa pun aku selalu beli barang-barang kering time tu untuk stock sebulan. Barang-barang basah pula untuk stock seminggu dan kebetulan pula esok permulaan puasa.

Maka keluarla aku dengan babah, Aliah dan Aiman. Dalam perjalanan tu dah nampak dah, ramainya umat keluar shopping. Untuk mengelakkan kesesakan, kami kononnya pi la kat Giant Prai sebab kat situ selalunya memang aman damai walaupun hujung minggu kat tempat lain penuh sesak especiallynya carrefour. Jeng jeng jeng, walla, hampir penuh carparknya la. Ini sudah hebat. Masuk dalam, cari beras, telur dan sedikit barang-barang dapur yang dah habis kat dapur aku tu dan kebetulan pula kain tudung meja pun koyak, maka beli lah sekali. Malu pula aku sebab takut nanti orang kata nak sambut Ramadan, beli kain tudung meja baru pula. Pedulikanlah dan apa salahnya juga kan, meraikan Ramadan dengan kain tudung meja baru. kan kan kan...

Malam sahur pertama
Abang pula ajak kawan datang bersahur sekali. Tak apalah, makan sajalah apa yang ada. Dah hari ni tak ingat pula apa yang aku masak pagi tu. Tapi nampaknya Alhamdulillah, semua boleh makan.

Hari pertama Ramadan
Aku kerja pagi hari ni. Sepatutnya 8pagi-8malam tapi sebab hari ni hari pertama puasa dan lagi aku nak balik masak untuk keluarga kat rumah dan abang pula ajak lagi sorang kawan dia datang berbuka kat rumah, aku terpaksa balik pukul 5 petang. Tapi Razak tak boleh pula datang pukul 5. Pukul 6 boleh katanya. Hati dah tak sedap rasa. Buat kerja pun tak seronok sebab dok ingat sempat ke aku masak nanti. Sebelum tu dah plan nak masak daging masak kicap, ikan sumbat cili dan ada lagi lah yang aku nak masak.

Pukul 6 petang, Razak masih lagi belum nampak bayang. 6.15 petang, aku call dia. Alamak, masih lagi diatas highway. Jauh lagi beb. Tapi aku terpaksa balik juga. Tinggal lab macam tu saja. Bukan salah aku dan bukan juga salah Razak sebab Razak tersekat dalam jam dan aku pula terpaksa balik masak.

Dalam perjalanan, tersekat-sekat dalam jam sebab masa tu orang ramai bersesak-sesak di pasar Ramadan sebab dah pukul 6.30. Aku terpaksa menempuh 2 pasar Ramadan sebelum sampai rumah. Dalam hati tuhan saja yang tau sebab aku mengejar masa. Sampai rumah hampir 7 malam. Nasib baik babah dengn Aliah banyak membantu. Walau dengan terkocoh-coh dan kelamkabut siap juga aku masak walau tak sepertinya, maklumlah dalam keadaan macam tu.

Abang balik hostel malam tu juga dengan 2 orang kawan dia. Tak sempat nal bekalkan dia dengan masakan aku sebab aku sendiri pun tak puas hati. Rasa macam ada kekurangan dan kurang sedap. Aku bekalkan dia dengan makanan dalam paket untuk sahur sebab buka puasa dia boleh beli saja kat cafeteria.

Ramadan kedua
Aku kerja macam biasa. Kaki dah mula rasa cramp dan sakit tapi aku terpaksa juga kerja sebab hari ni ada klinik FNAC. Tak ada orang yang boleh assist doktor sebab masing-masing sebok dengan kerja mereka. Sakit tuhan saja yang tau tapi aku cuba juga. Naik wad pun dengan lif. Bila wad bagi tau ada satu kes kat atas, aku dah susah hati sebab terpaksa jalan dengan doktor dengan keadan kaki yang sakit tapi untuk cover malu aku minta naik dulu kononnya nak prepared barang-barang FNAC.

Petang tu aku masih kelamkabut mengejar masa sebab FNAC clinic habis lambat. Masih lagi mengejar masa dan perjalanan masih tersekat dengan pasar Ramadan walaupun aku cuba ikut jalan lain. Ramai sungguh umat. Terfikir dalam hati, banyaknya duit mereka kalau setiap hari berbelanja di pasar Ramadan sebab barang makanan sekarang bukannya murah. Walau selambat mana pun aku balik, kalau masih sempat masak, aku akan cuba masak. Berjimat satu hal dan lagi aku kurang percaya dengan makanan kat pasar Ramadan ni sebab:
1. Aku pasti mereka masak awal pagi untuk jualan petang, sudah tentu tak segar makanan tersebut
2. Aku tak pasti apa bahan yang mereka gunakan sebab bila mereka nak makanan mereka sedap maka entah apa-apa yang mereka tambah.
3. Cara penyediaan, adakah bersih, segalanya mereka cuci dengan sempurna, cukup bismillah dan selawatnya.
4. Pasar Ramadan sendiri pun bersesak-sesak, aku rimas
5. kalau ke pasar Ramadan,bukan satu atau dua barang saja yang nak dibeli, anti itu nak ini nak, takut membazir.

Jadi dengan senang hatinya, biar aku masak sendiri.




No comments: