Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga.
Setiap hari berulang alik ke HPP, sekarang dah jadi macambiasa. Pagi pergi kerja, petang balik kerja. Sama saja rutinnya cuma masa pergi terpaksa awal sikit dan balik pula perjalanannya jauh sedikit. Lain-lainnya macam biasa saja.
Berada di sana dengan tempat dan keadaan yang masih baru, tak terasa kehangatan Aidil Adha. kalau kat kampung sendiri, Aidil Adha disambut meriah, lebih meriah dari Aidil Fitri sebab setiap hari ada saja korban dilakukan. Kalau hari raya puasa, masuk saja hari raya kedua, dah ramai yang berpuasa enam dan kemeriahan hanya akan terasa kembali apabila habis aja puasa enam. semalam juga hari sunat puasa Arafah tapi kuasa tuhan tak mengizinkan aku berpuasa cuma aku igatkan Aliah untuk cuba berpuasa pada hari semalam.
Semalam, selepas saja balik kerja, terus aku buat rendang dan bakar 3 bji kek.itu saja yang aku dapat buat untuk Aidil Adha ni.Mungkin tahun depan boleh aku membuat persediaan awal kerana memang aku sangat tak bersedia sebab baru berulangalik dengan jarak yang lebih jauh membuatkan aku tak bersedia dengan masa.
Walaubagaimana pun aku anggap ianya sebagai juga satu pengorbanan. InsyaAllah.
Friday, 27 November 2009
Sunday, 15 November 2009
Setelah seminggu
Kat tempat baru,aku pun tak tau apa kerja aku sebenarnya. Dah seminggu dok baca SOP dan ada juga yang aku belum buat. Minggu depan ada lagi yang kena belajar dan aku diberi masa sebulan untuk habiskan SOP dan praktikal. Apakah aku boleh buat semua ni? Tapi untungnya kat tempat besar, ada banyak pegawai atasan yang selesaikan banyak kerja. Aku cuma membantu mana yang patut, mungkin? Tak tau bila sebenarnya aku akan buat kerja sebenar aku.
Hari ni dan semalam hujung minggu dan buat pertama kali sepanjang 10 tahun aku bercuti hujung minggu. Banyak lah kerja rumah yang aku boleh selesaikan. Hari ni masak makan tengahari selepas semalam makan kat kedai sebab operasi mengemas rumah berakhir hingga 2 petang. Anak-anak pula ambil tugas basuh kereta. Sorang sebiji, kereta mama dan babah. Babah kata tak mau bagi bergaduh, ambik sorang sebiji, basuh.
Abang dah balik semula ke kolej sebelum kami pergi ke sana minggu depan untuk ambik barang-barang dia. Aliah pun dah semakin baikperangai dan cuba menjadi anak yang baik, katanya. Harap tuhan lindungi keluarga aku dari hasad dengki orang.Amin.

Sunday, 8 November 2009
Sukarnya menjadi seorang ibu yang baik
Tak tau apa yang nak dikatakan. Sedih, kecewa, terharu atau apa perasaan aku. Mempunyai anak remaja cukup mencabar didalam dunia yang mencabar seperti sekarang.
Sedih apabila macam-macam tuduhan untuk seorang ibu yang dengan penuh kasih sayang menjaga anaknya, mempertahankan anaknya dari unsur-unsur kurang baik, memberi sepenuh perhatian tetapi disalah ertikan. Anaknya nak kebebasan. Kebebasan apa lagi yang diperlukan? Biarlah aku bukan seorang ibu yang baik untuk anakku asalkan aku menunaikan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan untuk setiap ibu. Selagi anak dibawah tanggungjawabnya, selagi itu dia mesti menjaga. Ya tuhanku, restuilah perjalanan kehidupan keluarga kami. Sesungguhnya aku sayangkan keluargaku dan anak-anakku. Tunjukkanlah jalan yang benar untuk kami. Berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi ujianmu ini ya Allah.
Tadi aku balik kampung. Hantar kad perubatan ayah. Harap semuanya lancar esok. Kelakar betul sorang kurang pendengaran, sorang lagi kurang pemahaman. Macam manalah aku pula bila tua nanti?

Saturday, 7 November 2009
Selamat Tinggal
Hari ini aku pi mengemas bilik yang dah aku duduk selama 10 tahun kat HSJ ni. Sedih memang la sedih tapi demi masa depan, kehidupan baru, aku kena juga berkorban, berhijrah untuk mencari pengalaman baru di tempat baru( sebenarnya tempat lama yang aku pi semula). Sebgai kenangan terakhir bilik aku yang kabarnya akan dijadikan stor lepas ni. Sedih, sedih...

Friday, 6 November 2009
Air Mata
Dari blog http://calukiscencaluk.blogspot.com/
Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.*"Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."*
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar."*
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."*
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."*
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."*
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya .Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?"*
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."*
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Thursday, 5 November 2009
Sehari bersama Sya
Hari ni aku dapat tau bahawa 9/11 bersamaan Isnin ni aku dikehendaki berada di HPP bermakna hari ni hari terakhir aku berada diHSJ sebagai salah seorang staffnya. Hari ni juga kelamkabut aku mengajar semua perkara kepada Sya sebab esok aku nak ambik day off sebab nak habiskan claim time off yang aku tak ambil duit tu. Ada 8 jam semuanya, bermakna aku kena ambik juga esok. Kalau tidak, burn macam tu saja.
Teruk juga Sya nak terima semua ajaran hari ni. Aku pun tak tau apa yang akan timbul nanti, masalah, pertanyaan atau apa sebab benda ni akan datang bila kita dah buat kerja tu. selagi kita belum buat, kita rasa semua kita boleh selesai tapi bila masalah timbul, baru kita tau yang kita belum belajar tentang itu. Aku harap Sya dapat melaluinya dengan baik. Tak apa, kalau tak dapat Sya can call kak Yati, anytime.
Hari ni juga senior man aku berkecil hati dengan aku sebab aku a bit rude kot tanpa disedari tapi aku dah minta maaf. Susah. Nasib baik aku dah last day hari ni. Tak payah lagi nak menatap wajah mereka. Ada 3 orang saja yang aku tak berapa nak berkenan sikit tu. Agaknya depa pun tak berkenan juga kat aku. Tak kisahla, esok aku nak mulakan hari baru. Mulakan kerja di tempat baru dengan cara baru. Lupakan cerita lama dan perasaan kecik hati aku tu. Manusia memang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Aku harap aku dimaafkan sebagaimana aku sedia memaafkan orang.
10 tahun aku kerja seorang diri. Dari A-Z, semua kerja aku buat. Isnin nanti akan bermula cerita baru. Aku dah kerja dengan ramai orang. Harap aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Nanti jadi macam kera sumbang pula sebab dah lama kerja sorang, tak tau pula nak bawa diri bila kerja ramai-ramai. Harap tuhan permudahkanlah kerja aku nanti. InsyaAllah.

Tuesday, 3 November 2009
Selasa Yang biasa
Kenapa Selasa yang biasa? sebab setiap hari Selasa itu saja rutin aku. Klinik FNAC, ulangalik dari lab ke Surgical Clinic.Balik lambat. Awal bulan, siapkan reten unit, siapkan OT claim dan clearkan rekod bulan lepas. So, tidak ada yang luar biasa melainkan biasa saja.
Petang ni tak ramai sangat pesakit. Aku ingat boleh habis cepat. Elok saja aku balik dan buka notebook nak buat reten, dia orang dah call aku balik semula sebab ada lagi 2 patient yang tertinggal. Macam mana ni, Aliah dah menanti, aku takut terlambat nak ambik dia, nanti kesian sebab tertunggu-tunggu dan yang paling aku takutkan ialah bila aku sampai, dia pula tak ada. Semuanya sebab aku yang terlewat. Tapi tuhan masih sayangkan aku. Patient terakhir tu habis on time. So, boleh lah aku balik juga on time.
Sampai kat kedai yang biasa Aliah dok tunggu tu, Alhamdulillah aku dah nampak dia. Kata dia dalam 30 minit juga selepas dia keluar tadi. Apa-apa pun aku senang hati bila nampak dia disitu. tau sajalah, dengan keadaan sekarang yang serba tak selamat, aku sangat teruja bila tengok anak-anak kesayangan aku berada ditempat yang sepatutnya mereka berada.
Balik petang semalam agak terlambat sedikit. Bulan dah naik. Bulan penuh lagi. So sementara menanti traffic light bertukar warna, aku sempat lagi ambik gambar tu. Bulan penuh. Saja-saja.
Selepas Syah pergi latihan ke HPP, aku tak tau apa hasilnya sebab aku masih berada disini. Tunggula sampai aku dah pergi esok. Lepas ni Tara pula akan kesana. Aku harap dapat input yang baik nanti.
Petang ni tak ramai sangat pesakit. Aku ingat boleh habis cepat. Elok saja aku balik dan buka notebook nak buat reten, dia orang dah call aku balik semula sebab ada lagi 2 patient yang tertinggal. Macam mana ni, Aliah dah menanti, aku takut terlambat nak ambik dia, nanti kesian sebab tertunggu-tunggu dan yang paling aku takutkan ialah bila aku sampai, dia pula tak ada. Semuanya sebab aku yang terlewat. Tapi tuhan masih sayangkan aku. Patient terakhir tu habis on time. So, boleh lah aku balik juga on time.
Sampai kat kedai yang biasa Aliah dok tunggu tu, Alhamdulillah aku dah nampak dia. Kata dia dalam 30 minit juga selepas dia keluar tadi. Apa-apa pun aku senang hati bila nampak dia disitu. tau sajalah, dengan keadaan sekarang yang serba tak selamat, aku sangat teruja bila tengok anak-anak kesayangan aku berada ditempat yang sepatutnya mereka berada.
Selepas Syah pergi latihan ke HPP, aku tak tau apa hasilnya sebab aku masih berada disini. Tunggula sampai aku dah pergi esok. Lepas ni Tara pula akan kesana. Aku harap dapat input yang baik nanti.
Monday, 2 November 2009
Jalan-Jalan Cari Makan
Semalam, kami jalan-jalan ke sunway Carnival Mall. Yang syoknya nak beli benda lain, terbeli benda lain. Sebelum tu pi makan-makan dulu kat laksa shack. aliah dah ajak lama dah tapi aku tak ada masa. Jadi bila ada masa ni kami keluar lah. Babah bagi kami RM50 untuk makan berdua dengan Aliah. Apa yang kami makan dibawah ni.

Nasi ayam dengan setnya yang kata Aliah tak boleh lawan nasi ayam maksu dekat Carrefour Seberang Jaya. Kalau sapa nak makan nasi ayam sedap, jemputlah ke gerai nasi ayam maksu, seberang jaya, dijamin sedap. Nanti satu hari, aku ambik gambar dan letak kat blog ni or kat my facebook.
Roti jala otak-otak yang Aliah suka tapi sebab dia makan nasi ayam, jadi aku yang makan benda ni. Boleh lah dengan selera kami. Habis juga aku makan ni.
Roti Arab rendang tok. Tak juga kena dengan selera aku dan rendang tok pun tak macam rendang tok. Tapi aku suka sebab ada kerepek ubi kat situ. Makan tak habis pun.
Nasi ayam dengan setnya yang kata Aliah tak boleh lawan nasi ayam maksu dekat Carrefour Seberang Jaya. Kalau sapa nak makan nasi ayam sedap, jemputlah ke gerai nasi ayam maksu, seberang jaya, dijamin sedap. Nanti satu hari, aku ambik gambar dan letak kat blog ni or kat my facebook.
RM 50 dapat balik baki rm 1. He h eh he terkejut babah. Biasa la bah, tempat makan macam tu. Hubby aku memang berkira sikit dengan makanan yang boleh dimakan kat tempat lain dengan harga yang lebih murah dan lebih sedap daripada makan kat tempat macam ni yang makanannya...?
Sunday, 1 November 2009
On call terakhir kat HSJ sebelum berpindah balik ke sini.
Dah habis dah kerja malam untuk kali terakhir sebelum melangkah ke HPP 16/11 nanti. Aku kena fikirkan bahawa apa bahagian yang tuhan beri padaku adalah yang terbaik dan mungkin ini masa terbaik aku untuk berhijrah dari tempat lama ke tempat baru yang juga bekas tempat lama aku juga.
Alhamdulillah kerana tuhan sentiasa berikan yang terbaik untuk hambanya dan aku harap aku akan tinggalkan HSJ dengan kenangan yang baik-baik. Aku dah banyak melawan bos sejak akhir-akhir ini dan paling aku tak suka aku akan dicop tak kenang budi. Minta dijauhkan tuhan walaupun apa yang aku nyatakan cuma mencari kebenaran dan menyatakan apa yang betul pada pihak aku. Aku tak perlu fikir untuk jabatan kerana aku bukan ketua jabatan dan aku tak dibenarkan berfikir untuk unit aku pun sebab kata mereka itu kerja orang atasan. Ok, itu bukan masalah aku lagi. Sesungguhnya diam itu lebih baik dari berkata-kata.
Malam tadi on call agak ok juga. Aku masih boleh lagi meletak badan biarpun hanya diatas kerusi dan memang adatlah sebab itu masa kerja, bukan masa tidur. Aku jadi begitu seronok selepas habis on call tadi sebab lepas ni aku tak ada lagi kerja malam. Yahooo.....
Ok, aku nak rehat sekejab sebelum lepas ni on line lagi sebab aku dah ada kat rumah selalu dah selepas esok.
Sekian entri on call terakhir sebelum berpindah balik kesini.

Subscribe to:
Posts (Atom)