Sunday 1 November 2009

On call terakhir kat HSJ sebelum berpindah balik ke sini.

Dah habis dah kerja malam untuk kali terakhir sebelum melangkah ke HPP 16/11 nanti. Aku kena fikirkan bahawa apa bahagian yang tuhan beri padaku adalah yang terbaik dan mungkin ini masa terbaik aku untuk berhijrah dari tempat lama ke tempat baru yang juga bekas tempat lama aku juga.

Alhamdulillah kerana tuhan sentiasa berikan yang terbaik untuk hambanya dan aku harap aku akan tinggalkan HSJ dengan kenangan yang baik-baik. Aku dah banyak melawan bos sejak akhir-akhir ini dan paling aku tak suka aku akan dicop tak kenang budi. Minta dijauhkan tuhan walaupun apa yang aku nyatakan cuma mencari kebenaran dan menyatakan apa yang betul pada pihak aku. Aku tak perlu fikir untuk jabatan kerana aku bukan ketua jabatan dan aku tak dibenarkan berfikir untuk unit aku pun sebab kata mereka itu kerja orang atasan. Ok, itu bukan masalah aku lagi. Sesungguhnya diam itu lebih baik dari berkata-kata.

Malam tadi on call agak ok juga. Aku masih boleh lagi meletak badan biarpun hanya diatas kerusi dan memang adatlah sebab itu masa kerja, bukan masa tidur. Aku jadi begitu seronok selepas habis on call tadi sebab lepas ni aku tak ada lagi kerja malam. Yahooo.....

Ok, aku nak rehat sekejab sebelum lepas ni on line lagi sebab aku dah ada kat rumah selalu dah selepas esok.

Sekian entri on call terakhir sebelum berpindah balik kesini.

No comments: