Friday 27 November 2009

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga.

Setiap hari berulang alik ke HPP, sekarang dah jadi macambiasa. Pagi pergi kerja, petang balik kerja. Sama saja rutinnya cuma masa pergi terpaksa awal sikit dan balik pula perjalanannya jauh sedikit. Lain-lainnya macam biasa saja.

Berada di sana dengan tempat dan keadaan yang masih baru, tak terasa kehangatan Aidil Adha. kalau kat kampung sendiri, Aidil Adha disambut meriah, lebih meriah dari Aidil Fitri sebab setiap hari ada saja korban dilakukan. Kalau hari raya puasa, masuk saja hari raya kedua, dah ramai yang berpuasa enam dan kemeriahan hanya akan terasa kembali apabila habis aja puasa enam. semalam juga hari sunat puasa Arafah tapi kuasa tuhan tak mengizinkan aku berpuasa cuma aku igatkan Aliah untuk cuba berpuasa pada hari semalam.

Semalam, selepas saja balik kerja, terus aku buat rendang dan bakar 3 bji kek.itu saja yang aku dapat buat untuk Aidil Adha ni.Mungkin tahun depan boleh aku membuat persediaan awal kerana memang aku sangat tak bersedia sebab baru berulangalik dengan jarak yang lebih jauh membuatkan aku tak bersedia dengan masa.

Walaubagaimana pun aku anggap ianya sebagai juga satu pengorbanan. InsyaAllah.

No comments: