Sunday 15 November 2009

Setelah seminggu

Kat tempat baru,aku pun tak tau apa kerja aku sebenarnya. Dah seminggu dok baca SOP dan ada juga yang aku belum buat. Minggu depan ada lagi yang kena belajar dan aku diberi masa sebulan untuk habiskan SOP dan praktikal. Apakah aku boleh buat semua ni? Tapi untungnya kat tempat besar, ada banyak pegawai atasan yang selesaikan banyak kerja. Aku cuma membantu mana yang patut, mungkin? Tak tau bila sebenarnya aku akan buat kerja sebenar aku.

Hari ni dan semalam hujung minggu dan buat pertama kali sepanjang 10 tahun aku bercuti hujung minggu. Banyak lah kerja rumah yang aku boleh selesaikan. Hari ni masak makan tengahari selepas semalam makan kat kedai sebab operasi mengemas rumah berakhir hingga 2 petang. Anak-anak pula ambil tugas basuh kereta. Sorang sebiji, kereta mama dan babah. Babah kata tak mau bagi bergaduh, ambik sorang sebiji, basuh.

Abang dah balik semula ke kolej sebelum kami pergi ke sana minggu depan untuk ambik barang-barang dia. Aliah pun dah semakin baikperangai dan cuba menjadi anak yang baik, katanya. Harap tuhan lindungi keluarga aku dari hasad dengki orang.Amin.

No comments: