Petang ni tak ramai sangat pesakit. Aku ingat boleh habis cepat. Elok saja aku balik dan buka notebook nak buat reten, dia orang dah call aku balik semula sebab ada lagi 2 patient yang tertinggal. Macam mana ni, Aliah dah menanti, aku takut terlambat nak ambik dia, nanti kesian sebab tertunggu-tunggu dan yang paling aku takutkan ialah bila aku sampai, dia pula tak ada. Semuanya sebab aku yang terlewat. Tapi tuhan masih sayangkan aku. Patient terakhir tu habis on time. So, boleh lah aku balik juga on time.
Sampai kat kedai yang biasa Aliah dok tunggu tu, Alhamdulillah aku dah nampak dia. Kata dia dalam 30 minit juga selepas dia keluar tadi. Apa-apa pun aku senang hati bila nampak dia disitu. tau sajalah, dengan keadaan sekarang yang serba tak selamat, aku sangat teruja bila tengok anak-anak kesayangan aku berada ditempat yang sepatutnya mereka berada.
Selepas Syah pergi latihan ke HPP, aku tak tau apa hasilnya sebab aku masih berada disini. Tunggula sampai aku dah pergi esok. Lepas ni Tara pula akan kesana. Aku harap dapat input yang baik nanti.
No comments:
Post a Comment