Thursday 5 November 2009

Sehari bersama Sya

Hari ni aku dapat tau bahawa 9/11 bersamaan Isnin ni aku dikehendaki berada di HPP bermakna hari ni hari terakhir aku berada diHSJ sebagai salah seorang staffnya. Hari ni juga kelamkabut aku mengajar semua perkara kepada Sya sebab esok aku nak ambik day off sebab nak habiskan claim time off yang aku tak ambil duit tu. Ada 8 jam semuanya, bermakna aku kena ambik juga esok. Kalau tidak, burn macam tu saja.

Teruk juga Sya nak terima semua ajaran hari ni. Aku pun tak tau apa yang akan timbul nanti, masalah, pertanyaan atau apa sebab benda ni akan datang bila kita dah buat kerja tu. selagi kita belum buat, kita rasa semua kita boleh selesai tapi bila masalah timbul, baru kita tau yang kita belum belajar tentang itu. Aku harap Sya dapat melaluinya dengan baik. Tak apa, kalau tak dapat Sya can call kak Yati, anytime.

Hari ni juga senior man aku berkecil hati dengan aku sebab aku a bit rude kot tanpa disedari tapi aku dah minta maaf. Susah. Nasib baik aku dah last day hari ni. Tak payah lagi nak menatap wajah mereka. Ada 3 orang saja yang aku tak berapa nak berkenan sikit tu. Agaknya depa pun tak berkenan juga kat aku. Tak kisahla, esok aku nak mulakan hari baru. Mulakan kerja di tempat baru dengan cara baru. Lupakan cerita lama dan perasaan kecik hati aku tu. Manusia memang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Aku harap aku dimaafkan sebagaimana aku sedia memaafkan orang.

10 tahun aku kerja seorang diri. Dari A-Z, semua kerja aku buat. Isnin nanti akan bermula cerita baru. Aku dah kerja dengan ramai orang. Harap aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Nanti jadi macam kera sumbang pula sebab dah lama kerja sorang, tak tau pula nak bawa diri bila kerja ramai-ramai. Harap tuhan permudahkanlah kerja aku nanti. InsyaAllah.

No comments: