Hari ni aku cuti lagi. aliah ambik lesen motor tapi failed pula budak tu. Tak apa lah,cuba lagi nanti
Singgah rumah Seha sekejab, hantar kuah spagheti yang dia suka tu. Tak sempat nak rebus spagheti sebab Aliah dah called pi ambik dia kat IDI tu. Balik singgah TESCO sebab dia suka sungguh makan makanan kuali tu , beli beg duit dia, singgah lagi beli nasi kat Aiman sebab dah tak sempat nak masak, pukul 1 tengahari lebih dah, singgah lagi beli laksa kat T. Air Tawar. Sedap laksa ni. Aku dah ketagih pulak. Singgah lagi kat Carnival belibelah kat Penaga, buat rantai ada nama kat dia lagi. Kemudian baru balik rumah.
Babah kerja sebelah Prai. Meeting pukul 10, lepas tu aku dengar dia balik awal. Buru-buru keluar dari kereta, terkam bilik air. Sakit perut. Makan grill salmon katanya kat V. station. Entah perut tak tahan atau makanan tu tak serasi dengan dia. Takkan la pula tempat macam tu nak hidangkan makanan basi lak, lagipun grill salmon mesti dibuat fresh. Entah lah.
Wednesday, 25 February 2009
Sunday, 22 February 2009
Ulangtahun perkahwinan ke 20
Gambar 20 tahun lepas. Hari pernikahan. Macam bodoh-bodoh saja time tu. Esok ulangtahun perkahwinan aku yang ke 20. Menyelusuri perjalanan kehidupan bersama selama 20 tahun, terasa bagaikan baru semalam masa berlalu. Babah setakat ini tak pernah berubah. Alhamdulillah. Sebagaimana aku kenal dia sejak berumur 14 tahun, begitu lah dia.Bersama membina kehidupan yang sukar diawal perkahwinan, mengeratkan lagi kasih sayang kami. Sebab itu aku amat memahami kesusahan orang lain. Berbagai dugaan yang tak pernah diketahui ibu bapa kami. Kami bina hidup sendiri. Kenal sejak tingkatan dua,kampung berhampiran, saudara lagi tu, mana berani bercinta. Kata babah, ikut takdir, kalau ada jodoh, ada lah, kalau tak ada, tak adalah. sehingga babah di sem 2 ITM, baru berani berterus terang. Bertahun menyimpan perasaan.
Aku pun dah lupa macam mana rupa dia sebab dia bukan kategori terkenal kat sekolah dan lagi kalau ada yang aku minat pun, aku simpan saja dihati. Mana boleh cerita kat orang. Nanti kalau ayah atau mak tau, sakit aku kena pelangkung. Lain sangat cara kami berkawan banding dengan budak-budak sekarang.
Menjelang umur 21, aku tak mau berkawan lama-lama tanpa ikatan, takut akan dua perkara:
1) Mak aku tak kira, siapa masuk meminang dulu, dia akan terima. Dia tak kisah hati dan perasaan anak-anak dan dia dah warning aku awal-awal.
2) Aku takut nak berkawan tanpa ikatan sebab longgar sangat ikatannya. orang kampung mula bercakap sebab ayah buat syarat, nak jumpa, boleh, tapi kena datang rumah. Tak boleh dating kat luar.
Jadi, aku pula buat syarat kat babah, kalau betul-betul nakkan aku, minta mak abah dia datang meminang. So, apa yang aku ingat, semasa umur kami 21 tahun, hari konvokesyen babah kat ITM, kami bertunang. Masa tu aku sedang tunggu result STPM yang elok sikit buat kali kedua. Dok rumah dulu. Ayah punya kontrol, kerja tak boleh, pi mana pun tak boleh. Kena duduk rumah saja. Tapi tak ada pun nak curi-curi keluar ke nak lari dari rumah ke macam budak-budak sekarang.
4 tahun kami bertunang hingga babah final year UUM, parents dia nak ke Mekah. Belum sempat habis study kami kena nikah sebab babah ada sorang adik angkat perempuan darjah enam masa tu. Mak dia nak aku duduk sekali dengan dia sebab adik dia tak ada teman. Takkan nak duduk dengan abang dia pula.
Selepas kawin, sementara aku tunggu posting kerja, babah masih sebok dengan study dia, thesis dia. Kesian babah. Dia terpaksa tanggung aku lagi tanpa sebarang kerja sampai aku dapat posting ke HK.
Aku di HK, tapi babah still kat UUM, habiskan study. Selepas 3 bulan baru dia habis study tapi thesis belum selesai. Masa ni lah yang kesian sangat. Masa tu gawat juga, susah nak dapat kerja. Dapatlah kerja kat kilang kertas di bandar K ni. Gaji RM160 saja. Tapi dia tak kisah sebab aku kata kami perlu tambah Rm 100 saja lagi untuk rasa lapang sikit.
Masa ni banyak kerja dia minta, tapi susah sangat nak dapat. Kemudian dia dapat kerja kat Maica... Gaji Rm 5oo. Cukuplah untuk kami berdua. Masa tu belum ada anak. Tengah mengandung anak sulung.
3 tahun dia kerja kat situ hingga akhirnya dia dapat kerja sekarang. Itu pun dia tak nak minta. Aku yang isi borang, sahkan sijil-sijil dia,jumpa MO yang menjaga kat HK tu, terima lagi penghinaan dari MO tu, beli baju untuk dia pergi temuduga dan doakan yang terbaik untuk dia dan untuk kami juga.
Perjalanan kehidupan kami selama 20 tahun bersama banyak suka dukanya. Betapa kadang-kadang aku menangis tanpa seringgit pun duit dipurse. Dihina orang kerana pergi kenduri tak pernah beri duit. Macam mana aku nak bagi sedangkan seringgit tu besar nilainya bagi aku.
Tapi Alhamdulillah, tuhan maha pengasih dan penyayang, diberinya kami kesusahan untuk kami harungi, diberi kami kesenangan sebagai dugaan juga pada kami. Diuji setakat mana kasih sayang kami masa susah dan senang.
Besar sangat harapan aku semuga kasih sayang kami tetap kekal selamanya dan kasih sayang kami tetap begini selamanya.
Ya Allah Ya tuhanku, kau peliharailah lah kasih sayang kami, kehidupan kami dari dunia hingga akhirat. Amin Ya Robbala'lamin.
Makan-makan
Sepanjang minggu lepas, asyik ambik gambar makanan. Since diet sikit ni, bukan banyak pun, cuma tak makan nasi saja dan makan yang lain sikit-sikit (kononnya), masak tetap kena masak. So,inilah sebahagiannya sepanjang minggu lepas. Ada lagi tapi selalunya terlupa nak ambik gambar.
Cucur jagung yang huh... menipiskan iman nak diet. Makan juga. Musnah dietku.
Ni makan kat luar. Yong taufu. Sedap la kot. Kononnya nak kurangkan minyak.
Cucur jagung yang huh... menipiskan iman nak diet. Makan juga. Musnah dietku.
Ni makan kat luar. Yong taufu. Sedap la kot. Kononnya nak kurangkan minyak.Saturday, 14 February 2009
13/2/2009
Hari ni hari terakhir budak-budak trainees PTPL kat tempat aku. Sedih juga selepas beberapa lama bersama mereka. Pelatih datang dan pergi tapi budak-budak ni banyak menguji kesabaran aku. Masuk dengan berlagaknya, dengan sombongnya dan fisrt day dengan aku dah kena lecture habis-habisan. Tapi sebenarnya mereka bukan macam tu.Mereka tak biasa dan takut. Apa-apa pun all the best untuk Farhana, Yan, Venu, Liza dan Faizal. Lepas ni terus sambung belajar.

Hari ni confirmed dengar cerita nama-nama untuk kenaikan pangkat. En Subki ada tanya aku adakah aku pun dapat kenaikan tu. Mana ada. Tak tau pun masa mana mereka isi borang untuk kenaikan tu. Macam anak tiri pula. Tapi tiap apa yang tuhan tetapkan ada hikmahnya. Hanya DIA yang maha mengetahui.

Tuesday, 10 February 2009
Cuti sehari
Hari ni cuti. Ingatkan Aliah nak ambik lesen motor tapi lesen L tak cukup tempoh la pulak. Alang-alang dah bercuti, apa lagi kerja. Kemas rumah, masak dan ambik hantar dia pergi dan balik sekolah.
Ingatkan tadi lepas hantar dia, nak pergi tempat kerja sekejab tapi on the way ke sana rasa malas pula sebab budak-budak trainee masih ramai lagi. Mereka boleh tolong buat kerja. Aku called saja Farhana tadi. Dia pun boleh buat semua tu. Farhana ni boleh diharap. Kalau salah sikit-sikit tu tak kisah la sebab dia pun masih belajar lagi.
Tadi masak kungpao chicken. Aiman suka ni terutamanya part gajus tu. Aku masak juga sup ayam. Tak kisah lah, alang-alang dah bercuti, apa salahnya aku masak apa yang budak-budak ni suka. Petang pula babah buat permintaan nak makan cucur udang. Sebenarnya malas juga aku nak masak ni tapi demi orang-orang kesayangan aku, aku buat lah juga.
Petang ni juga, kemas tong-tong yang berisi acuan, tepung segala jenis, gula dan semua yang lama-lama tu, aku buang. Rupanya banyak yang aku tak guna. Membazir betul. Acuan pula ada tu sampai 2/3 jenis yang sama. Ni bukan kes apa,kes cari tak jumpa, beli. Tepung yang banyak aku buang. Tepung kastad la, kanji la, pau la, tepung jagung la. Semuanya dah expired sejak tahun lepas lagi. Entah bila tahun aku beli pun tak tau.
Lepas ni nak guna, baru beli. Selalunya aku suka beli buat stock. Kalau nak saja, benda dah ada. Tapi sekarang ni sebab setiap Sabtu Ahad aku selalu kerja, banyak projek masak yang anak-anak suka aku terpaksa tangguhkan. Tadi Aliah minta aku buat nasi impit goreng. Cari nasi impit nak rebus, tak ada lah pula. Mungkin Khamis ni aku masak kot.
Ingatkan tadi lepas hantar dia, nak pergi tempat kerja sekejab tapi on the way ke sana rasa malas pula sebab budak-budak trainee masih ramai lagi. Mereka boleh tolong buat kerja. Aku called saja Farhana tadi. Dia pun boleh buat semua tu. Farhana ni boleh diharap. Kalau salah sikit-sikit tu tak kisah la sebab dia pun masih belajar lagi.
Petang ni juga, kemas tong-tong yang berisi acuan, tepung segala jenis, gula dan semua yang lama-lama tu, aku buang. Rupanya banyak yang aku tak guna. Membazir betul. Acuan pula ada tu sampai 2/3 jenis yang sama. Ni bukan kes apa,kes cari tak jumpa, beli. Tepung yang banyak aku buang. Tepung kastad la, kanji la, pau la, tepung jagung la. Semuanya dah expired sejak tahun lepas lagi. Entah bila tahun aku beli pun tak tau.
Lepas ni nak guna, baru beli. Selalunya aku suka beli buat stock. Kalau nak saja, benda dah ada. Tapi sekarang ni sebab setiap Sabtu Ahad aku selalu kerja, banyak projek masak yang anak-anak suka aku terpaksa tangguhkan. Tadi Aliah minta aku buat nasi impit goreng. Cari nasi impit nak rebus, tak ada lah pula. Mungkin Khamis ni aku masak kot.
Saturday, 7 February 2009
Kerja lagi
Malam tadi kerja dari pukul 9 malam-8 pagi, lepas tu sambung terus hingga 12 tengahari. Mengantuk sesangat tapi banyak pula kerja nak buat. Teruskan saja dan ingat nak balik pukul 12 tengahari tepat tapi babah dengan Eman pi potong rambut pula. Nak tunggu 12.30 tengahari pun dah macam orang mabuk. Tapi Alhamdulillah, berjaya juga tunggu sampai 12.30tengahari.
Balik, macam biasa, singgah TESCO. Aku makan yong taufu.
Nampak macam sedap tapi aku makan separuh saja. Macam tak sedap sangat. Eman ngan kakak makan nasi stewed dan babah makan bihun goreng. Babah juga makan tak habis pun. Kata dia, kenyang sebab pagi tadi makan nasi lemak.
Ingat nak singgah honeyfood tapi rasa mengantuk sangat dan malas lagi dah nak pi. Balik rumah, sampai saat ni aku belum pun tidur lagi. Masih belum mengantuk pula walaupun dah lama balik rumah. Nasib baik esok kak Miah mau ambik balik assist call tu, kalau tak 3 hari berturut-turut aku kerja. Letih wooo... Tak apalah tak dapat duit banyak pun.
Balik, macam biasa, singgah TESCO. Aku makan yong taufu.
Nampak macam sedap tapi aku makan separuh saja. Macam tak sedap sangat. Eman ngan kakak makan nasi stewed dan babah makan bihun goreng. Babah juga makan tak habis pun. Kata dia, kenyang sebab pagi tadi makan nasi lemak.Ingat nak singgah honeyfood tapi rasa mengantuk sangat dan malas lagi dah nak pi. Balik rumah, sampai saat ni aku belum pun tidur lagi. Masih belum mengantuk pula walaupun dah lama balik rumah. Nasib baik esok kak Miah mau ambik balik assist call tu, kalau tak 3 hari berturut-turut aku kerja. Letih wooo... Tak apalah tak dapat duit banyak pun.
Wednesday, 4 February 2009
Kelmarin, semalam, asyik nak tidur cepat saja. Bila tidur cepat, bangun pula, mestila awal. Ok juga .Hari ni 4.30 pagi dah terjaga.
Aku dah mula control sikit pemakanan. Dah beberapa hari tak ambil nasi. Tapi, kadang-kadang perasaan menguasai fikiran. Lapar, lapar, lapar, apatah lagi dok tengok blog pasal makanan. Tapi aku kena sabar sebab terlebih sudah...Aku pun start ambik JDM5 hari Sabtu tu tapi memanjang tak ikut aturan.
3 bulan lepas, masa aku buat blood test, resultnya taklah menggembirakan sangat. Semalam aku buat lagi. Ok jugalah dari hari tu. Cholestrol pun dah turun normal. Tapi aku akan check lagi next Saturday selepas aku jaga makan ni. Kalau yang ni lagi bagus, bermakna aku kena mulakan corak pemakanan baru yang lebih baik.
Babah dah start kerja kat pulau sejak Isnin lepas. Nampak ada perubahan lah sikit. Tak tension sangat sebab 7 tahun dia disana sebelum tukar ke Perai.Tempat lama. Tak ada lah lagi tugas-tugas shift. Balik pukul 7,11,12 malam. Sekarang sebelum 6.30 petang dah sampai rumah tapi pagi terpaksa keluar awal sebab nak kejar feri. Good luck babah.
Pagi ni sedang memikirkan apa aku nak buat sarapan sekejab lagi. Aiman tu mesti nak makan berat sebab dia tak makan kat sekolah. Nasi goreng la kot. Senang dan kenyang.

Sunday, 1 February 2009
Tag dari Yan
Akak terima tag dari Yan dan malam ni agak free dan tengah rajin, so inilah hasilnya.
2)Introduce the wallet brand,price and where you buy
i) Sudah pasti ada duit, tinggal yang ni saja.
2)Introduce the wallet brand,price and where you buy
Brand Bonia, price tak ingat sebab dapat hadiah birthday dari hubby tahun bila entah dan beli kat Pacific,Perai.
3)take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
Pantai Merdeka
Pagi tadi saja-saja jalan ke Pantai Merdeka. Ingat nak pergi berkelah tapi malangnya perancangan dibuat dalam kereta. Nak pi mana? Babah tanya, lepas tu dia sendiri jawab, kita pi Pantai Merdeka. Kita makan kat sana.
Sampai saja kat sana,buka aja pintu kereta, mmmm harum semerbak bau entah dari longkang atau apa. Terus kami gelak sebab ingatkan nak berkelah. Nak makan pun hilang mood. Kotor dan semak. Sayang, tempatnya cantik tapi tak terjaga.
Kotor sangat tempatnya. Sampah merata-rata.
Ini ialah lokan. Gambar kat bawah menunjukkan ramai orang dalam laut cari lokan. Ini diberi oleh salah sorang orang yang aku kenal kat situ. Penat-penat dia masuk laut cari lokan, senang-senang aku ambik. Nak bagi duit, dia tak hendak. Banyak juga tu. sekilo lebih rasanya.
Dalam perjalanan nak balik. Singgah sekejab saja sebab memang tak ada apa benda nak buat pun. Tunggu dulu renovation kat situ semua selesai, kami akan datang lagi nanti
Gambar diambil dari dalam kereta dalam perjalanan nak balik resort yang sedang diperbaiki. Itulah, kami mungkin akan datang lagi nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)