Sunday, 1 February 2009

Pantai Merdeka

Pagi tadi saja-saja jalan ke Pantai Merdeka. Ingat nak pergi berkelah tapi malangnya perancangan dibuat dalam kereta. Nak pi mana? Babah tanya, lepas tu dia sendiri jawab, kita pi Pantai Merdeka. Kita makan kat sana.

Sampai saja kat sana,buka aja pintu kereta, mmmm harum semerbak bau entah dari longkang atau apa. Terus kami gelak sebab ingatkan nak berkelah. Nak makan pun hilang mood. Kotor dan semak. Sayang, tempatnya cantik tapi tak terjaga.



Kotor sangat tempatnya. Sampah merata-rata.
Ini ialah lokan. Gambar kat bawah menunjukkan ramai orang dalam laut cari lokan. Ini diberi oleh salah sorang orang yang aku kenal kat situ. Penat-penat dia masuk laut cari lokan, senang-senang aku ambik. Nak bagi duit, dia tak hendak. Banyak juga tu. sekilo lebih rasanya.

Dalam perjalanan nak balik. Singgah sekejab saja sebab memang tak ada apa benda nak buat pun. Tunggu dulu renovation kat situ semua selesai, kami akan datang lagi nanti
Gambar diambil dari dalam kereta dalam perjalanan nak balik resort yang sedang diperbaiki. Itulah, kami mungkin akan datang lagi nanti.
Balik, semua nak pergi TESCO. aku pun nak beli barang dapur sikit. Petang ni ingat nak masak tomyam sebab esok aku nak mula berdiet sebab banyak dah berat naik ni. Baju pun banyak yang tak muat. Macam nak menangis rasanya bila pakai baju tu ketat, baju ni ketat, so esok aku nak start diet.
Sebab aku memang gila majalah, novel suratkabar dan apa-apa saja yang sewaktu dengannya, hari ni aku beli lagi dua majalah. Ini majalah routine setiap bulan.








1 comment:

yanti isa said...

kami pernah nginap di salah sebuah chalet kat situ 3 tahun lepas...memang betul kata kak yanti..tempat cantik tapi tak terjaga..sayang kan..