Hari ni hari terakhir budak-budak trainees PTPL kat tempat aku. Sedih juga selepas beberapa lama bersama mereka. Pelatih datang dan pergi tapi budak-budak ni banyak menguji kesabaran aku. Masuk dengan berlagaknya, dengan sombongnya dan fisrt day dengan aku dah kena lecture habis-habisan. Tapi sebenarnya mereka bukan macam tu.Mereka tak biasa dan takut. Apa-apa pun all the best untuk Farhana, Yan, Venu, Liza dan Faizal. Lepas ni terus sambung belajar.
Hari ni confirmed dengar cerita nama-nama untuk kenaikan pangkat. En Subki ada tanya aku adakah aku pun dapat kenaikan tu. Mana ada. Tak tau pun masa mana mereka isi borang untuk kenaikan tu. Macam anak tiri pula. Tapi tiap apa yang tuhan tetapkan ada hikmahnya. Hanya DIA yang maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment