Sunday, 22 February 2009

Ulangtahun perkahwinan ke 20

Gambar 20 tahun lepas. Hari pernikahan. Macam bodoh-bodoh saja time tu. Esok ulangtahun perkahwinan aku yang ke 20. Menyelusuri perjalanan kehidupan bersama selama 20 tahun, terasa bagaikan baru semalam masa berlalu. Babah setakat ini tak pernah berubah. Alhamdulillah. Sebagaimana aku kenal dia sejak berumur 14 tahun, begitu lah dia.

Bersama membina kehidupan yang sukar diawal perkahwinan, mengeratkan lagi kasih sayang kami. Sebab itu aku amat memahami kesusahan orang lain. Berbagai dugaan yang tak pernah diketahui ibu bapa kami. Kami bina hidup sendiri. Kenal sejak tingkatan dua,kampung berhampiran, saudara lagi tu, mana berani bercinta. Kata babah, ikut takdir, kalau ada jodoh, ada lah, kalau tak ada, tak adalah. sehingga babah di sem 2 ITM, baru berani berterus terang. Bertahun menyimpan perasaan.

Aku pun dah lupa macam mana rupa dia sebab dia bukan kategori terkenal kat sekolah dan lagi kalau ada yang aku minat pun, aku simpan saja dihati. Mana boleh cerita kat orang. Nanti kalau ayah atau mak tau, sakit aku kena pelangkung. Lain sangat cara kami berkawan banding dengan budak-budak sekarang.

Menjelang umur 21, aku tak mau berkawan lama-lama tanpa ikatan, takut akan dua perkara:

1) Mak aku tak kira, siapa masuk meminang dulu, dia akan terima. Dia tak kisah hati dan perasaan anak-anak dan dia dah warning aku awal-awal.

2) Aku takut nak berkawan tanpa ikatan sebab longgar sangat ikatannya. orang kampung mula bercakap sebab ayah buat syarat, nak jumpa, boleh, tapi kena datang rumah. Tak boleh dating kat luar.

Jadi, aku pula buat syarat kat babah, kalau betul-betul nakkan aku, minta mak abah dia datang meminang. So, apa yang aku ingat, semasa umur kami 21 tahun, hari konvokesyen babah kat ITM, kami bertunang. Masa tu aku sedang tunggu result STPM yang elok sikit buat kali kedua. Dok rumah dulu. Ayah punya kontrol, kerja tak boleh, pi mana pun tak boleh. Kena duduk rumah saja. Tapi tak ada pun nak curi-curi keluar ke nak lari dari rumah ke macam budak-budak sekarang.

4 tahun kami bertunang hingga babah final year UUM, parents dia nak ke Mekah. Belum sempat habis study kami kena nikah sebab babah ada sorang adik angkat perempuan darjah enam masa tu. Mak dia nak aku duduk sekali dengan dia sebab adik dia tak ada teman. Takkan nak duduk dengan abang dia pula.

Selepas kawin, sementara aku tunggu posting kerja, babah masih sebok dengan study dia, thesis dia. Kesian babah. Dia terpaksa tanggung aku lagi tanpa sebarang kerja sampai aku dapat posting ke HK.

Aku di HK, tapi babah still kat UUM, habiskan study. Selepas 3 bulan baru dia habis study tapi thesis belum selesai. Masa ni lah yang kesian sangat. Masa tu gawat juga, susah nak dapat kerja. Dapatlah kerja kat kilang kertas di bandar K ni. Gaji RM160 saja. Tapi dia tak kisah sebab aku kata kami perlu tambah Rm 100 saja lagi untuk rasa lapang sikit.

Masa ni banyak kerja dia minta, tapi susah sangat nak dapat. Kemudian dia dapat kerja kat Maica... Gaji Rm 5oo. Cukuplah untuk kami berdua. Masa tu belum ada anak. Tengah mengandung anak sulung.

3 tahun dia kerja kat situ hingga akhirnya dia dapat kerja sekarang. Itu pun dia tak nak minta. Aku yang isi borang, sahkan sijil-sijil dia,jumpa MO yang menjaga kat HK tu, terima lagi penghinaan dari MO tu, beli baju untuk dia pergi temuduga dan doakan yang terbaik untuk dia dan untuk kami juga.

Perjalanan kehidupan kami selama 20 tahun bersama banyak suka dukanya. Betapa kadang-kadang aku menangis tanpa seringgit pun duit dipurse. Dihina orang kerana pergi kenduri tak pernah beri duit. Macam mana aku nak bagi sedangkan seringgit tu besar nilainya bagi aku.

Tapi Alhamdulillah, tuhan maha pengasih dan penyayang, diberinya kami kesusahan untuk kami harungi, diberi kami kesenangan sebagai dugaan juga pada kami. Diuji setakat mana kasih sayang kami masa susah dan senang.

Besar sangat harapan aku semuga kasih sayang kami tetap kekal selamanya dan kasih sayang kami tetap begini selamanya.

Ya Allah Ya tuhanku, kau peliharailah lah kasih sayang kami, kehidupan kami dari dunia hingga akhirat. Amin Ya Robbala'lamin.

4 comments:

yanti isa said...

happy anniversary kak yati..semoga kebagiaan kekal ke akhir hayat

Hayati said...

Terimakasih Yan. Semuga jodoh dan kasih sayang kami berkekalan selamanya.

MrsNor said...

Mungkin terlambat utk wish.Tapi nak juga wish.Moga kekal bahagia hingga akhir hayat. Salam mesra.

Hayati said...

Terimakasih moknik. Jumpa juga blog akak ya.