Wednesday 4 February 2009

Kelmarin, semalam, asyik nak tidur cepat saja. Bila tidur cepat, bangun pula, mestila awal. Ok juga .Hari ni 4.30 pagi dah terjaga.

Aku dah mula control sikit pemakanan. Dah beberapa hari tak ambil nasi. Tapi, kadang-kadang perasaan menguasai fikiran. Lapar, lapar, lapar, apatah lagi dok tengok blog pasal makanan. Tapi aku kena sabar sebab terlebih sudah...Aku pun start ambik JDM5 hari Sabtu tu tapi memanjang tak ikut aturan.

3 bulan lepas, masa aku buat blood test, resultnya taklah menggembirakan sangat. Semalam aku buat lagi. Ok jugalah dari hari tu. Cholestrol pun dah turun normal. Tapi aku akan check lagi next Saturday selepas aku jaga makan ni. Kalau yang ni lagi bagus, bermakna aku kena mulakan corak pemakanan baru yang lebih baik.

Babah dah start kerja kat pulau sejak Isnin lepas. Nampak ada perubahan lah sikit. Tak tension sangat sebab 7 tahun dia disana sebelum tukar ke Perai.Tempat lama. Tak ada lah lagi tugas-tugas shift. Balik pukul 7,11,12 malam. Sekarang sebelum 6.30 petang dah sampai rumah tapi pagi terpaksa keluar awal sebab nak kejar feri. Good luck babah.

Pagi ni sedang memikirkan apa aku nak buat sarapan sekejab lagi. Aiman tu mesti nak makan berat sebab dia tak makan kat sekolah. Nasi goreng la kot. Senang dan kenyang.

2 comments:

yantisa said...

Good luck on your diet kak yati...akak pasti boleh..

Hayati said...

besar harapan muga-muga kali ni berjaya hingga dapat berat ideal.TQ yan bagi semangat.