Ingatkan tadi lepas hantar dia, nak pergi tempat kerja sekejab tapi on the way ke sana rasa malas pula sebab budak-budak trainee masih ramai lagi. Mereka boleh tolong buat kerja. Aku called saja Farhana tadi. Dia pun boleh buat semua tu. Farhana ni boleh diharap. Kalau salah sikit-sikit tu tak kisah la sebab dia pun masih belajar lagi.
Petang ni juga, kemas tong-tong yang berisi acuan, tepung segala jenis, gula dan semua yang lama-lama tu, aku buang. Rupanya banyak yang aku tak guna. Membazir betul. Acuan pula ada tu sampai 2/3 jenis yang sama. Ni bukan kes apa,kes cari tak jumpa, beli. Tepung yang banyak aku buang. Tepung kastad la, kanji la, pau la, tepung jagung la. Semuanya dah expired sejak tahun lepas lagi. Entah bila tahun aku beli pun tak tau.
Lepas ni nak guna, baru beli. Selalunya aku suka beli buat stock. Kalau nak saja, benda dah ada. Tapi sekarang ni sebab setiap Sabtu Ahad aku selalu kerja, banyak projek masak yang anak-anak suka aku terpaksa tangguhkan. Tadi Aliah minta aku buat nasi impit goreng. Cari nasi impit nak rebus, tak ada lah pula. Mungkin Khamis ni aku masak kot.
No comments:
Post a Comment