Saturday, 23 February 2008

Duit

Dah 2 hari babah ke Melaka. Aku susah hati sebab babah hanya tinggalkan seratus untuk aku. Aku pasti memang tahap kewangan babah kritikal, maklumlah baru lepas dari membuat pengubahsuaian rumah dan lagi bulan January banyak bil terpaksa dijelaskan. Aku bukannya tak ada duit tapi rasa macam tak cukup walaupun mungkin Isnin nanti dapat gaji. Aku rasa macam bila-bila masa aku akan perlukan RM 1000. Selalunya aku akan hanya simpan duit bila aku dah dapat pendapatan bulan depan tapi bulan ni aku risau sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri, aku akan simpan semua duit OT bermula dari Januari 2008 kerana duit yang selama ini aku simpan dah habis digunakan untuk membantu babah membuat pengubahsuaian rumah. Itu pun bukannya banyak sangat. Maklumlah, bukannya banyak pun yang aku simpan.Mungkin bantuan aku cuma 10% atau kurang tapi sekurang-kurangnya aku juga membantu. Ya Allah, janganlah hendaknya aku memerlukan banyak wang dalam sehari dua ni.

Tadi selepas hantar Aliah dan Aiman kekelas muzik, aku terus ke Honey Food untuk beli tepung high protein. Cadang nak buat mee nanti.Kalau tak jadi hari ni, mungkin esok lusa, janji aku dah ada tepung. Lepas tu jumpa pula cheese yang reganya 250gm rm6 seperti yang diwar-warkan dalam forum cari, jadi aku cekau 4 ketul.Kemudian tertengok pula pisau panjang untuk potong kek, sambar juga satu. Beli juga biji gajus dan papercup untuk buat cupcake.Habis juga hampir rm70 kat situ.

Kemudian dalam pukul sebelas pagi, pergi ambil mereka berdua dan terus ke carrefour. Cadangnya nak beli ring file saja dan anak-anak nak makan mee hotplate kat foodcourt disitu tapi tau saja la bila dah pergi tempat macam tu. Ambik itu ini, habis lagi rm200 lebih. Anak-anak nak makan nasi ayam kat ayamas. Habis lagi dekat rm50. Kemudian turun kat kedai majalah, beli majalah itu ini, habis lagi rm60 lebih. Wah, ini dah lebih ni. Aku cakap ngan anak-anak, cepat nanti duit mama habis. Masih ada baki lagi seratus dua tapi aku macam susah hati sebab
babah tak ada. Kalau babah ada, aku tak kisah punya berbelanja walaupun tinggal sepuluh ringgit.

Tak apalah, ini catitan kenangan aku, tetap shopping walaupun dompet hampir kempis. Aku cadang nak buat salad petang nanti sebab tadi dah beli semua bahan-bahan dia dah. Tunggu permintaan saja dari hero dan heroin aku tu. Tadi nak beli anggur, diaorang tak nak, sekarang dah teringat-ingat pula kat anggur seedless tu. Tak apa, tak beli anggur tu duit masih ada lebih sikit la....

Tak sunyi

Adik datang semalam tapi dah balik sebab Asna tak nak tinggal lama. Maklumlah, kat rumah aku bukannya macam penempatan rumah mak dia. Tinggal dalam pagar, tak berdunia dengan orang bagi budak-budak kecik amat merimaskan. Aku pun lupa nak bagitau mak dia supaya bawa dia keluar dihalaman rumah walaupun laman rumah tak seluas mana sekurang-kurangnya dia masih rasa bebas. Tapi pagar pula tinggi sedangkan rumah dia pagar pun tak ada dan jiran-jiran ramai dan dia bebas keluar masuk rumah.

Tengahari tadi masak daging masak hitam. Sebiji rasa macam mamak punya. Wah,bangga aku sebab dah lama nak masak daging ni tapi malas. Hari ni baru jadi. Semua kata sedap. Dua tiga kali bawa keluar cheese nak buat cheese cake tapi malas punya pasal, bawa masuk peti ais semula. Ingatkan adik tak nak balik lagi. Aku pun sebenarnya nak buat untuk dia.

Call babah tapi babah ada bengkel sampai malam. Tunggu juga dia call aku balik tapi tak ada pun. Pukul 3 pagi aku terjaga dan terus mengadap PC ni. Tak tau apa sebenarnya yang aku fikirkan tapi fikiran aku sarat dengan isi. Bila fikir balik apa yang aku fikirkan aku sendiri pun tak tau. He he he...

Saturday, 9 February 2008

Jangan bersungut

Kek ni aku buat selepas teruja dengan kek susu che mat gebu.tapi aku punya tak secantik kek che mat. Mungkin ada salah kat mana-mana kot dan rasa dia memang kurang manis sangat. Budak-budak pun macam tak suka saja. Tak apa, nanti aku buat sekali lagi. Aku buat sebab aku nak tau tahap kesedapan kek ni dan memang sedap pun.

Kena belajar untuk tidak bersungut. Malam kelmarin aku balik kampung. Panjang masa dirumah ibubapa mertua dan dah pukul 9malam lebih baru ke rumah ayah. Ayah tak ada di rumahlah pulak. Masuk rumah abang, abang pun tak ada. Tengok kak ani sedang buat kuih untuk jualan. Kesian kak ani.Masa tu dah lewat. Kuih jualan dia banyak, bertalam-talam puding roti , bengkang dan entah apa lagi, aku pun tak perasan sebab berhenti sekejab sangat tapi yang pastinya memang banyak lah. Masa tu dia sedang letak inti dalam kulit karipap.


Masa tu dah lewat. Karipap dia banyak lagi yang belum siap. Aku terfikir, kenapa aku mesti bersungut dengan kerja aku. Aku kerja dalam bilik, ada aircond lagi, kerja pun bukannya penat, boleh juga sesekali tidur walaupun kebelakangan ni sample terlalu banyak, income pun bukan sedikit untuk satu malam saja, 12 jam menyamai apa yang dia dapat untuk kerja dia setengah bulan. Kesian kak ani, walaupun kuih dia laku tapi terlalu murah.Itu pun orang kampung kata dah mahal. Bayangkan sebiji kek pisang 1kg hanya RM10. Itu pun dah naik sikit, kalau tak dulu cuma RM 8. Setalam puding roti yang guna roti berjenama terkenal cuma RM6 saja. Rasa macam tak berbaloi dengan apa yang dia buat. Tapi aku cuba juga bantu dia setakat yang boleh. Masalahnya dia jauh dari aku, kalau dekat mau aku tolong dia jual semua kuih dia. Kat sini pasti harganya lebih mahal dari itu.


Friday, 8 February 2008

Masih cuti

Pagi ni aku panaskan saja bihun semalam dan buat sedikit cucur udang untuk sarapan. Abang dah berhenti kerja, tak larat sebab kerja berat, gaji seciput. Cukuplah untuk dia mencari pengalaman, sebelum dia pergi sambung belajar dan lagi baru dia tahu bukan senang nak cari wang jika setakat itu saja kerja yang dia boleh buat. Muga ianya menjadi dorongan untuk dia lebih berusaha.

Aliah pula dapat tawaran sekolah teknik tapi macam tak berminat saja. Aku nak dia tinggal di asrama dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Tahun hadapan SPM dan aku tak mau dia lalai. Di rumah terlalu banyak godaan hinggakan masa untuk belajar banyak dihabiskan dengan TV, music. internet dan games. Aku nak dia tumpukan pada pelajaran dan cuba capai yang terbaik untuk SPM tahun depan.

Aiman seperti biasa, bukannya belajar sangat. Main saja. Susah hati dengan anak sorang ni. Kalau cakap apa-apa, ada saja alasan dia. Fikiran lebih advance dari umur tapi pelajaran hari-hari, ketinggalan. Suka benar dengan aktiviti dan benda-benda yang tak termasuk dalam pelajaran sekolah. Outer space la, kuman dan virus la sedangkan benda tu bukannya ada sampai advance dalam pelajaran dia. Semua tentang benda tu dia tahu. Anak, anak.

Aku sendiri, malam ni kerja, sampai pukul 8 pagi esok, lepas tu sambung lagi sampai pukul 2 petang, lusa kerja lagi, 8 pagi - 8 malam. Aduh, penat la sebab sekarang ni kerja terlampau banyak. Tak tahu bila lagi aku akan dapat rehat 2 hari penuh. Orang lain seronok cuti CNY 4 hari boleh jalan-jalan makan angin, tapi aku terus kat tempat kerja.

Sunday, 3 February 2008

PTK

Apa sudah jadi dengan keputusan aku dan Nik? Orang lain semua dah dapat keputusan, kami berdua, belum. Masa exam tu memang kami duduk berdekatan. Masa rehat sejam, sempat lagi ke rumah Nik dan masa balik, orang dah jawab soalan, aku siap ajak Nik pi makan lagi sebab tak tau rupanya masa rehat disingkatkan. Akhirnya orang lain semua dah dapat keputusan, kami...?
Kenapa ya? Tak lah mau aku dok ulang-ulang ambik exam ni. Bosan dok jawab benda yang sama tapi tak betul juga.Harap kami berdua dapat ARAS 4 atas kelalaian kami bersembang hingga melebihi waktu.

Pagi ni balik dari kerja malam, letih sangat. Alangkah seronoknya kalau waktu ni aku ada pembantu rumah. Bolehlah berehat. Tapi terpaksa juga masak untuk makan tengahari.Hari ni oleh sebab anak-anak dan suami dah makan nasi yang digoreng oleh suamiku pagi tadi, aku terasa macam nak buat mi sup. Home made mee.

Friday, 1 February 2008

Ning kahwin

Menyaksikan perkahwinanNing Baizura macam sempurna. ya lah kedua pengantin adalah pengantin matang. Barangkali kalau di kampung, umur macam Ning dan Omar sudah punya anak yang hampir sekolah menengah tapi mereka baru nak kawin walaupun Omar sudah punya dua anak. Membaca komen di CARI, alahai macam semuanya sempurna dipihak mereka. Itulah dalam keadan macam mana pun, bagaimana sekalipun, kalau dah suka semuanya cantik dan elok belaka dan kalau tak suka semuanya serba tak kena. Pengantin macam bidadari di mata orang lain pun kalau dimata orang yang membenci tetap tidak sempurna. Kalau dah suka, biar bagaimanapun semuanya indah belaka walaupun logiknya tak seindah yang dipuji.

Lupakan kisah Ning. Biarkan dia berbahagia dengan alam perkahwinan yang baru dijejak. Alam baru yang serba indah sebelum berhadapan dengan cubaan berumahtangga. Semuga Ning berbahagia selamanya.

Baru habis kerja malam. Semalam kerja macam orang gila. Terlalu banyak sample sampai aku dah naik pening. Bila banyak sangat aku akan kata kerja macam orang gila. Takut pula aku nanti kalau kerja terlampau banyak sampai betul-betul gila. Pukul 8 pagi nak balik, kena selesaikan dulu kerja untuk hantar sample ke HPP. Selesai semua baru boleh balik.

Terimakasih my luv sebab sabar dengan apa saja kerja isteri dia. Aku selalu bayangkan kalau orang lain suamiku, adakah dia akan sesabar my luv dan akan lakukan apa yang my luv selalu buat. Tak nak aku berangan begitu dan aku sama sekali tidak akan mau bersuamikan orang lain walaupu aku mati dan hidup seribu kali sekalipun. Terimakasih babah, segala pengorbanan, kefahaman, tanggungjawab dan doronganmu begitu bermakna untuk mama. I love u very much.