Saturday 9 February 2008

Jangan bersungut

Kek ni aku buat selepas teruja dengan kek susu che mat gebu.tapi aku punya tak secantik kek che mat. Mungkin ada salah kat mana-mana kot dan rasa dia memang kurang manis sangat. Budak-budak pun macam tak suka saja. Tak apa, nanti aku buat sekali lagi. Aku buat sebab aku nak tau tahap kesedapan kek ni dan memang sedap pun.

Kena belajar untuk tidak bersungut. Malam kelmarin aku balik kampung. Panjang masa dirumah ibubapa mertua dan dah pukul 9malam lebih baru ke rumah ayah. Ayah tak ada di rumahlah pulak. Masuk rumah abang, abang pun tak ada. Tengok kak ani sedang buat kuih untuk jualan. Kesian kak ani.Masa tu dah lewat. Kuih jualan dia banyak, bertalam-talam puding roti , bengkang dan entah apa lagi, aku pun tak perasan sebab berhenti sekejab sangat tapi yang pastinya memang banyak lah. Masa tu dia sedang letak inti dalam kulit karipap.


Masa tu dah lewat. Karipap dia banyak lagi yang belum siap. Aku terfikir, kenapa aku mesti bersungut dengan kerja aku. Aku kerja dalam bilik, ada aircond lagi, kerja pun bukannya penat, boleh juga sesekali tidur walaupun kebelakangan ni sample terlalu banyak, income pun bukan sedikit untuk satu malam saja, 12 jam menyamai apa yang dia dapat untuk kerja dia setengah bulan. Kesian kak ani, walaupun kuih dia laku tapi terlalu murah.Itu pun orang kampung kata dah mahal. Bayangkan sebiji kek pisang 1kg hanya RM10. Itu pun dah naik sikit, kalau tak dulu cuma RM 8. Setalam puding roti yang guna roti berjenama terkenal cuma RM6 saja. Rasa macam tak berbaloi dengan apa yang dia buat. Tapi aku cuba juga bantu dia setakat yang boleh. Masalahnya dia jauh dari aku, kalau dekat mau aku tolong dia jual semua kuih dia. Kat sini pasti harganya lebih mahal dari itu.


No comments: