Saturday 23 February 2008

Duit

Dah 2 hari babah ke Melaka. Aku susah hati sebab babah hanya tinggalkan seratus untuk aku. Aku pasti memang tahap kewangan babah kritikal, maklumlah baru lepas dari membuat pengubahsuaian rumah dan lagi bulan January banyak bil terpaksa dijelaskan. Aku bukannya tak ada duit tapi rasa macam tak cukup walaupun mungkin Isnin nanti dapat gaji. Aku rasa macam bila-bila masa aku akan perlukan RM 1000. Selalunya aku akan hanya simpan duit bila aku dah dapat pendapatan bulan depan tapi bulan ni aku risau sebab aku dah berjanji dengan diri sendiri, aku akan simpan semua duit OT bermula dari Januari 2008 kerana duit yang selama ini aku simpan dah habis digunakan untuk membantu babah membuat pengubahsuaian rumah. Itu pun bukannya banyak sangat. Maklumlah, bukannya banyak pun yang aku simpan.Mungkin bantuan aku cuma 10% atau kurang tapi sekurang-kurangnya aku juga membantu. Ya Allah, janganlah hendaknya aku memerlukan banyak wang dalam sehari dua ni.

Tadi selepas hantar Aliah dan Aiman kekelas muzik, aku terus ke Honey Food untuk beli tepung high protein. Cadang nak buat mee nanti.Kalau tak jadi hari ni, mungkin esok lusa, janji aku dah ada tepung. Lepas tu jumpa pula cheese yang reganya 250gm rm6 seperti yang diwar-warkan dalam forum cari, jadi aku cekau 4 ketul.Kemudian tertengok pula pisau panjang untuk potong kek, sambar juga satu. Beli juga biji gajus dan papercup untuk buat cupcake.Habis juga hampir rm70 kat situ.

Kemudian dalam pukul sebelas pagi, pergi ambil mereka berdua dan terus ke carrefour. Cadangnya nak beli ring file saja dan anak-anak nak makan mee hotplate kat foodcourt disitu tapi tau saja la bila dah pergi tempat macam tu. Ambik itu ini, habis lagi rm200 lebih. Anak-anak nak makan nasi ayam kat ayamas. Habis lagi dekat rm50. Kemudian turun kat kedai majalah, beli majalah itu ini, habis lagi rm60 lebih. Wah, ini dah lebih ni. Aku cakap ngan anak-anak, cepat nanti duit mama habis. Masih ada baki lagi seratus dua tapi aku macam susah hati sebab
babah tak ada. Kalau babah ada, aku tak kisah punya berbelanja walaupun tinggal sepuluh ringgit.

Tak apalah, ini catitan kenangan aku, tetap shopping walaupun dompet hampir kempis. Aku cadang nak buat salad petang nanti sebab tadi dah beli semua bahan-bahan dia dah. Tunggu permintaan saja dari hero dan heroin aku tu. Tadi nak beli anggur, diaorang tak nak, sekarang dah teringat-ingat pula kat anggur seedless tu. Tak apa, tak beli anggur tu duit masih ada lebih sikit la....

No comments: