Tuesday, 29 January 2008

Tak sangka

Pagi, aku selesaikan kerja aku dulu baru pergi ganti Wong. Masa masuk dalam lab, Hj ada bagitau aku en. Nordin kritikal. Cuma ada harapan 20% saja. Macam tak percaya. Belum lama Hj cakap, ada kawan bagi tau , dia dah kembali kerahmatullah. Selesai kerja aku, terus naik ke CCU. Tak tau aku yang dia ni sakit tapi kak Miah kata dah lama dah dia sakit. Macam terkejut pun ada. Tapi aku tak lah rapat sangat dengan dia, kenal macam tu saja, kawan setugas. Semalam genap sebulan dia pencen wajib.

Yang meninggal selesai sudah hidupnya di dunia tapi yang hidup kena teruskan hidup dia. So, tengahari aku ingat nak balik tengok Aliah tapi Aliah balik pukul 1.40petang pulak. Tak sempat nak cakap dengan dia pun. Aku ambik keputusan tak balik. Dia called aku bagitau lapar tapi silapnya dia dah bagi tau Seha, dia dah makan kat cafe sekolah dia. Aku kata, jangan menyusahkan makcik Seha, makan siap-siap tapi hari ni dia tak sempat makan, takut tak sempat pergi mengaji. Aku kata sabar sebab pukul 5 petang aku balik dan bawa dia pergi makan.

Masa perjalanan balik, aku beli coklat dan jus manggo untuk dia. Bekal perut kosong. Tapi masa dia keluar dari rumah Seha, dia tak tahan, dah makan mi. Tak lapar lagi dah.

Balik rumah, Eman pula tak sihat. Masak sup dan buat ayam kicap untuk makan malam. Tapi malam tadi mengantuk awal lah pulak. Terus tidur entah pukul berapa. Sebab tu sekarang ada masa baru update blog aku ni. Dah ngantuk balik semula. Tidur dululah sekejab sementara nak bangun buat sarapan.

Sunday, 27 January 2008

Sepagi di rumah

Pagi-pagi tadi dah buat cream puff tapi macam lembik sangat lah pulak. Mungkin sebab terlebih telur. Tengok resepi, 6 biji telur tapi mungkin telur tu besar sikit dari tuan punya resepi. Walau macam mana pun, ianya menjadi juga.

Pagi-pagi juga dah mula berleter kat abang. Dia yang paling akhir keluar dari rumah,pinggan sebiji lepas breakfast pun tak boleh nak cuci, alasannya tak sempat. Masuk kerja pukul 9.40 pagi, bangun awal pagi, kenapa boleh tak sempat cuma nak cuci pinggan sebiji. Tak pandai urus masa.Aku cakap, kalau mama ni macam abang, semua tak boleh makan. Mama kerja, boleh siapkan breakfast, dinner dan apa saja yang abang nak makan selain nasi. Kenapa pinggan sebiji abang tak boleh cuci. Lepas tu untuk selamatkan keadaan kerana aku tau dia boring dengar aku berleter pagi-pagi, aku pun koner cakap benda lain. Aku harap besok dia akan berubah.

Keluar bawa Eman dan kakak makan kat luar.Mereka nak makan mi hot plate kat carrefour.Pagi ni parking ok saja tapi bila masuk dalam, carrefour dok buat renovation. Pintu masuk dah berubah tempat dan tukar lagi tempat letak barang. Aku beli barang-barang dapur dan lain2 barang. Aliah , Eman dan babah pergi makan dulu. Masa nak bayar barang, punyalah ramai umat.

Balik agak kelamkabut sebab Yazid janji nak datang pukul 5.30petang. Goreng bihun dan belum sempat habis, mereka dah sampai. Auni dah boleh jalan sikit-sikit dah. Mereka pun dah biasa dengan babah jadi tak ada masalah segan atau apalah sebab babah yang sambut mereka.

Malam ni ada anugerah JUara Lagu. So, babai, aku nak tengok sekejab. Besok, insyaAllah adamasa boleh sambung lagi. Fuhhh.... lega, dah beberapa hari boleh update blog ni...

Saturday, 26 January 2008

Lepas kerja malam

Pagi-pagi dah call driver van maid service minta dia hantar juga maid kat rumah aku pagi-pagi. Ini tak, sesuka hati dia saja nak hantar pukul berapa pun. Sekejab pukul 10, sekejab pukul 12 dan sekejab pukul 2 petang. Habis semua program kami lari. Nak kena tunggu maid habis kerja, baru la boleh nak pergi mana-mana. Kebetulan pula Aliah ada kelas ganti sekolah hari ni untuk cuti chinese new year, so kelas muzik kedua2nya beralih ke petang. Aku balik awal sikit sebab selalunya mereka masuk kelas muzik pukul 10 pagi dan aku kena tunggu sampai habis kelas mereka baru boleh balik.

Malam tadi memang hantu betul. Tak leh nak tidur. sample terlalu banyak, called pun banyak, kerja pun banyak. Hari ni punyalah ngantuk.Ingat nak buat cream puff tapi mungkin malam-malam lah sikit. Letih la, nak rehat dulu sekejab. Babah tu asyik tidur saja. aku memang selalu jealous kat dia. Sungguh senang dia tidur hingga mengundang kejelesan aku.

Pinggan bertindan kat dapur pun belum berkemas lagi. Nanti dah OK sikit, baru nak masuk dapur.

Friday, 25 January 2008

Tak sabar

Hari ni balik sedikit awal sebab aku lunch call. Tengahari ni, kerja tak la banyak sangat. Cepat saja masa berlalu.

Keluar dah dekat pukul 3 petang. Dalam perjalanan balik, aku mulanya diekori oleh lori INDAHwater di bawah ni. Kebetulan jalan lapang sebelah aku dan kereta aku berpelekat P ( sebenarnya anak punya P) maka diapun mula pasang lampu tinggi nak potong tapi tak boleh potong sebab jalan sebelah lagi, kenderaan tak putus. Sampai satu ketika, bila jalan sebelah kosong, dia terus potong sedangkan didepan aku ada sebiji lori pasir. Tapi malangnya sampai akhir ke traffic light, dia masih tak boleh potong lori tersebut.



Bila saja lepas dari traffic light tu, lori pasir membelok ke kanan dan dia terus kedepan seperti aku juga, tapi dia dah potong kereta kecik aku. Takut aku tengok caranya memandu. Semua kereta, semua lori dia nak potong. Aku pun tak tau apa yang dikejar. Selalunya dalam keadaan macam tu, suami aku selalu mengatakan, pemandu dia terdesak nak buang air besar tapi aku tak rasa macam tu sebab memang cara dia memandu amat bahaya untuk orang lain.Dia tak peduli orang-orang yang berjalan kaki dikaki lima jalan. Ada saja ruang, dia potong. Adanya orang-orang macam ni lah yang membahayakn pengguna jalanraya yang lain.

Malam ni kerja malam lagi. Ada dua kali lagi sebelum masuk bulan baru. Bulan depan ada lagi 5 kali. Setiapbulan tak pernah habis dengan on call. Kadang-kadang bosan juga tapi kerana tak cukup orang terpaksa la buat juga. Harap malam ni memberikan suasana yang cukup baik sebab kadang-kadang sampai tak boleh nak letak badan sekejab pun. Lama dah kami takpunya masa terluang bila on call sebab sample banyak sangat. 2 pages untuk satu malam, memang banyak untuk kami. Kerja pula sorang-sorang. Harap bagus semuanya malam nanti. Amin.

Thursday, 24 January 2008

Bubur Asyura

Dalam 2,3 hari ni, macam-macam pula berlaku. Aliah tukar sekolah. Dah mula hari ni. Tak sampai sebulan kat sekolah baru, dah tukar balik ke sekolah lama. Tak tahan. Tapi aku pun hairan dengan budak-budak sekolah sekarang, samseng tak hengat. Masa aku sekolah dulu,aman saja, tak ada kes buli membuli ni, tak ada komplen apa-apa langsung tapi masa tu tak ramai budak-budak yang terlebih pandai macam sekarang.

Masa tu sekolah kampung, kalau dapat masuk U tu dah kira amat pandai walaupun keputusan tak macam mana pun, tapi sekarang ni budak-budak dah makin pandai dan banyak pula benda tak baik berlaku. Takut aku mendengarnya. Sekarang ni tengok keputusan peperiksaan, macam tak ada pulak yang tak pandai tapi masalahnya, pandai yang merosakkan pun ya juga. Tak boleh lagi nak katakan, sekolah itu rekod tak baik, sekolah ini rekod tak baik sebab aku rasa, semua sekolah mengahadapi masalah displin.

Hari Rabu lepas, kat taman perumahan aku ni, ada gotong royong buat bubur Asyura. Aku baru lepas kerja malam. Pergi sat saja, lepas bancuh semua, aku balik. Mengantuk yang amat. Mandi dan selesaikan apa yang patut, terus tidur. Tapi tak nak pula tidur betul-betul. Babah ada dinner dengan Pengarah dan klik dari KL dan keluar pukul 5 petang dan kebetulan Aliah dan Eman nak ke carrefour, jadi kami keluar sama-sama. Singgah rumah Seha, tengok depa pun baru selesai mengacau bubur Asyura juga. Makan mi kat situ dan bawa budak berdua tu pergi beli barang-barang dapur sikit dan beli apa yang mereka nak.

Balik dah dekat pukul 9 malam. Masa ni baru terasa nak tidur sangat-sangat. Terus bum tanpa sempat bersalin pakaian tapi mata tak berapa nak tidur juga sebab abang belum balik lagi. Abang habis kerja pukul 9.30 malam tapi dekat pukul 11 belum sampai rumah. Nak tidur pun tak senang tapi mata dah tak terlarat nak celik. Sambil pejam mata, sambil aku bertanya samada abang dah balik ke belum.

Pukul 11, babah sampai rumah tapi abang belum sampai. 11 lebih baru abang sampai rumah dan barulah aku tidur dengan aman. Bila dah betul-betul sedar pukul 5 pagi tadi, baru aku perasan yang aku tak bersalin baju. Dan lagi entah siapa called aku malam tadi, tak boleh nak jawab tapi aku dengar Eman cakap, mama tidur.

Pagi adi buat roti john versi aku sendiri sebab Aliah nak sangat makan roti john. 2 biji bagi kat Ana. Pergi hantar Aliah ke sekolah dan terus ketempat kerja. Agak awal juga sampai. Masuk dalam, prepare untuk buat staining tapi bila nak pi buat,tengok ada 3 fluid untuk diproses. Alang-alang dah ada,proses dulu sebab boleh aku hantar esok sekali.

Tengah sebok tengahari, maha pula called nak NIA correlation pula. Aduh, bengang aku ngan dia ni. Kalau nak, dan-dan tu nak. Dah la tengahari nak pi lunch ngan kak ani. Kerah habis segala budak-budak pelatih, minta tolong. Nasib baik, depa OK. So esok akak belanja ya...

Tengahari pi lunch kat hotel UiTm. Ok la juga, tak la mahal bebenor. RM18 satu kepala. Lauk OK. Kak Zan buat jamuan persaraan dan birthday dia. Mewah akak aku sorang ni, hari-hari makan kat sini, Dari sarapan, makan lunch hingga ke makan malam.Dia pulak jenis peramah macam chefWan, senang la dapat rega murah kat sini. Seronok jadi dia, tuhan beri kelebihan itu. Yang aku ni makan kat kantin spital bertahun-tahun pun tak leh dapat rega murah sebab tak peramah. he he he.

Banyak pula menceceh malam ni. Esok kerja malam lagi. Oh ya, malam ni aku goreng bihun laksa. Sedap pulak. Nak makan banyak takut pula malam-malam ni tapi memang banyak aku makan tadi.

Sunday, 20 January 2008

Macam-macam

Memang hidup aku betul-betul sebok. Baru habis kerja malam lagi. Baru saja Jumaat hari tu kerja malam, hari ni kerja malam lagi. Esok kerja lagi macam biasa.

Malam ni mak dan bapa mertua nak datang rumah. Bermalam kat sini. Bukan apa, semalam aku called merungut depa tak nak datang rumah aku walaupun aku dah duduk bawah. Dulu aku dok rumah atas pun tak nak datang, dah turun bawah pun tak nak datang juga. Jadi mungkin takut aku kecik hati kot, sebab tu mereka datang juga walaupun matlamat utama depa nak ambik abang ipar aku balik dari Mekah. Sebenarnya aku tak kecik hati pun sebab aku faham keadaan.

Aku buat carrot cake tadi sebab aku tau mak mertua aku ni memang suka kek yang ada benda dalam dia. Kebetulan aku ni suka masak dan aku seronok kalau ada orang nak makan masakan aku. Cewah, perasan la tu tambah-tambah lagi kalau orang kata aku masak sedap. Makin kembang la aku. Depa juga nak makan bubur nasi sebab kedua-duanya demam. Alah, no problem, benda kecik saja. Pun aku dok masak juga tu.

Aliah pun satu hal juga. Duduk sini, rumah dekat-dekat, semua dia dengar. Orang kukur nyior, orang mesin nyior dan macam2 yang diadunya kat aku. Dulu walaupun dok rumah kerajaan tingkat-tingkat, tapi tak pernh dengar pun apa orang sebelah menyebelah buat, tu la bila datang duduk sini, dia rasa pelik sikit.

Wednesday, 16 January 2008

Azam

Azam yang tinggal azam. Kononnya 2008 nak update blog setiap hari namun kesibukan teramat-amat melekakan aku. Tapi aku cuba sekerap yang boleh. Cemburu dengan pnut(walaupun sesekali juga dia update blog), dengan chibi yang setiap hari ada cerita baru. Nanti ya, nak jahit seluar Aiman sekejab.