Saturday, 31 January 2009

Bibik Babah






Babah mengamuk, pot pet pot pet kat Indonesian maid minggu lepas. Hari ni babah jadi bibik. Iron baju semua sebab tak puas hati dengan kerja bibik tu. Terimakasih babah. Aku pula tak buat apa-apa kecuali goreng sedikit laksa untuk makan tengahari ni. Aku kerja malam dan baru balik selepas melilau sana-sini cari novel, majalah buat teman untuk tidur satgi. Entah boleh tidur atau tidak. Tapi ok juga sebab esok cuti. Khamis ni pula baru kerja malam.


Sekarang ni rumah sunyi. Tinggal aku sendiri sebab babah, kakak dan aiman dah keluar. Babah hantar kakak pergi belajar motor, aiman ikut sebab lepas hantar kakak babah akan ke office, kemas barang. Babah pindah balik ke pulau bermula Isnin nanti. Dah seronok kerja sebelah sini, macam lah tak ada orang lain yang boleh buat kerja tu. Kadang-kadang kesian kat babah bila duduk bahagian pengurusan sebab selalu jadi mangsa kemarahan pekerja apabila berkait dengan dasar. Tapi aku percaya babah boleh atasi semua tu sebab dia seorang pekerja yang berwibawa. Aku harus bangga dengan suami sendiri. Selama ni pun banyak masalah yang boleh diselesaikan takkan dengan sedikit masalah yang kawan babah tinggalkan, babah tak boleh selesaikan, kan? Babah boleh dan aku yakin dia boleh.



Malam tadi mulanya aku ingatkan baik-baik saja sebab awalnya tak banyak sample tapi menjelang dinihari hingga kepagi, tak berhenti pula sample dari wad dan casualty. Aduh, nampaknya tak seindah yang aku sangkakan pada awalnya tapi Alhamdulillah menjelang 7 pagi semua clear dan aku boleh tidurkan HITACHI B aku tu dengan aman hingga Razak datang. Ooops... tak adalah relax, tegang juga tapi malam tadi hingga kepagi. Aku ingat nak sambung hingga 12 tengahari tapi rasa tak berdayalah pula. Cukuplah sampai pukul 8.30 pagi saja.

Wednesday, 21 January 2009

Hari Sebuk.

Hari Selasa dan hari-hari yang seterusnya memang hari yang agak sebuk. Aku cuma free hari Isnin sahaja, itupun kalau report dari HPP tak balik hari tu. Kalau report balik, hari-hari aku sebuk. Kerja sorang, susah sikit sebab semua kena buat sendiri, from A-Z. Sekarang ada budak-budak trainees tu, lega la sikit. Diana sendiri pun dah boleh tolong buat staining dan proses sample cuma masalahnya Diana jarang nak pi jenguk kat haema, tempat sample diletak.

Semalam, sebagaimana biasa, masuk saja ke bilik FNAC, doktor tu terus mengadu kat aku masalah dia dengan staff dan surgeon kat situ. Aku cuma mampu mendengar dari kedua pihak tapi aku tak mampu beri idea atau komen sebab takut tersilap cakap. Dua-dua pihak kawan aku dan dua-dua pihak dok mengadu pasal masing-masing. Aku takut nanti menjadi batu api pulak. Dah la kat situ doktor tu bagi tau ada mami jarum, nanti aku pun dikategori macam tu juga.Maaf, aku hanya mampu mendengar dan aku tiada komen.

Pagi, ramai sungguh pesakit hinggakan bila mula pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengahari, tak berhenti rehat langsung sampaikan doktor tu sendiri terpaksa skip breakfast dia. Nasib baik aku dah makan cucur udang sebelum datang tadi. Biasanya hari Selasa banyak perkara yang tak dijangka akan berlaku, jadi aku kena makan siap-siap supaya perut tak lapar. Macam-macam kes dan macam-macam orang, setiap minggu, begitu lah.

Petang pula ada breast clinic. Hanya untuk breast saja. Sekarang kami dah mula awal sikit dari dulu. 2.45 petang. Hari ni cuma ada 5 patient saja. Ada sorang budak umur 5 tahun nak buat FNAC lymph node tapi tak dapat sebab dia menggelupur tak mau buat. Jadi kami tunggu sebab wad kata akan bagi ubat tidur sebelum doktor boleh cucuk. Tunggu punya tunggu, sampai dekat pukul 5 petang, budak tu tak tidur-tidur juga jadi doktor tu kata, kami buat hari ni saja. Ini bermakna aku ada lagi satu kes FNAC hari ni.

Selepas selesai kat Pakar 2, aku masuk lab untuk proses cell block. Su bagitau dalam fridge banyak sample. Aku ingat boleh la balik awal hari ni sebab setiap hari Selasa aku tak pernah balik lebih awal dari 5.30 petang. Frust betul la dengan Diana ni. Langsung dia tak check ada sample ke tak, nak proses. Jadi aku proses sample dulu sampai pukul 6 petang. Budak-budak trainess tu pun belum balik lagi, jadi depa tolong aku juga lah.

Masuk lab, call abang. Tak habis-habis dengan cerita susah dia nak study. Nak oii, mana ada benda senang dalam dunia ni. Kena belajar la, baru benda tu jadi senang. Mama dulu pun belajar juga, baru boleh buat kerja. Bila lah budak ni nak relax dari perkataan susah dia tu. Hari mula-mula masuk kolej tu, dia salahkan aku sebab aku yang minta dia pilih kursus tu tapi semalam dia dah tak salahkan aku cuma dia asyik cakap, susah, susah, susah. Itu baru sikit pelajarannya. Nanti banyak lagi abang akan tempuh. Mama harap, abang boleh ikut dengan tenang dan jadi pelajar dan anak mama yang baik. janji dengan mama, tiap sem,abang akan dapat markah yang baik. Benda tu akan jadi mudah kalau kita dah minat dan mama harap abang akan dapat meminati pelajaran tu akhirnya.

Petang, sampai rumah, Aiman tak mengaji petang ni sebab ustazah dia cuti. Dapatlah dia buat kerja sekolah awal sikit. Malam ni dia tak ada tuition. Aliah pula tak jadi tinggal di asrama. Ok lah, mana-mana saja dan aku pun lebih suka dia tinggal di rumah cuma kesian dia tak ada kawan saja. Tak masak apa-apa pun sebab budak-budak ni makan tengahari lambat tadi. Depa pun tak lapar dah malam cuma aku makan nasi lebihan tengahari tadi.

Malam, macam biasa, tengok cerita KU MILIKMU. Best pula cerita ni walaupun bodoh-bodoh juga cerita dia sebab takkan lah sorang budak muda yang membesar di NY, berpelajaran, hidup dengan orang kaya berpakaian dan berkelakuan macam tu. Aku tunggu saja bila dia nak cantik.
Belum sempat habis cerita tu aku dah terlelap. Jaga-jaga tengok babah dah balik kerja. Dekat pukul 12 dah. Tidu teruslah dan pagi ni terjaga awal pula. So ada hati lah pula nak update blog aku ni. Tak sabar nak masuk blog Yan. Cepat invite akak ya, yan.

Sunday, 18 January 2009

Dah beberapa hari

Semalam, sepatutnya kerja, 8pagi-8 malam. Tapi bila bangun saja, kaki pula buat hal. Ankle aku jadi cramp pula. Tak boleh jalan, sakit sangat. Tak leh buat apa-apa dah. Terus sms kak miah. Nasib baik la kakmiah tak ada apa-apa rancangan. Dia boleh ganti. Satu hari, langsung tak leh berjalan. Buat apa pun tidak. Adik pula nak datang, kesian dia, aku tak leh nak masak. Dia buat sendiri semuanya kat rumah aku.

Babah beli ubat tapi sampai pagi ni masih sakit lagi. Nak cari orang mengurut pun, tak tau kat mana. Esok pergi kerja kalau masih macam ni, terhencut-hencut la aku. Segan juga sebab dengan nak bawa badan yang berat ni pun satu hal. Masa ni baru la teringat, kalau lah aku slim, tak lah jadi macam ni. Bila la nak kurus pun tak tau. Azam bertahun-tahun yang tak jadi.

Aliah minta kebenaran nak tinggal di asrama. OK saja kut sebab kat rumah pun kesian kat dia sebab macam ayam berak kapur saja. Tak happy sebab terkurung. Whatever lah sayang, asalkan pandai jaga diri, jaga maruah keluarga, mama ok saja. Pilih kawan yang baik, jangan silap sebab kawan boleh mengubah diri kita kalau kita tak pandai control diri kita.

Pagi ni pun tak masak apa-apa. Makan bihun yang babah beli tu saja. Cadang nak masak macam-macam untuk adik tapi dah macam ni,nak buat apa. Agaknya betul kata farmacist tu, aku ni mungkin asyik dok dalam aircond saja, sebab tu mudah cramp.Kat rumah kalau aku ada dirumah, setiap masa aku on aircond. Kat office pun memang 24 hours aircond berjalan. Sejuk gila pula tu. Kat rumah takapa, boleh control sendiri tapi kat office, centralised punya.

Banyak benda yang dah lepas nak tulis, tapi tunggulah mood baik dulu. Masa pun banyak nanti.

Friday, 9 January 2009

Atas Permintaan

OK yang, mama update ni.

Setelah 9 hari tahun baru 2009 dan selepas berapa hari ya ,maal hijrah dan selepas beberapa hari sayang mama minta mama update blog, sekarang baru mama ada mood nak update.Ok.

Setelah bercuti kerja malam yang panjang, esok aku akan mula semula bekerja malam. Rasa malas juga sebab dah seronok bercuti panjang dari kerja malam. Bulan lepas OT pula masuk awal. Aik, nanti habis cepat la pula. Tak apa, sekurang-kurangnya azam mama tahun lepas nak simpan duit sekian-sekian sebulan dah tercapai. Dah lebih dah dan mama akan teruskan lagi. Kalau banyak nanti, kita pergi Mekah anak beranak sebab mama rasa risau nak tinggalkan anak-anak mama kat rumah ni sendiri. Doakan supaya rezeki mama semakin murah lepas ni. Jadi mama cuba simpan sebanyak yang boleh, mengikut pendapatan mama. Mama simpan untuk semua orang dalam rumah kita.

Dah seminggu ni agak sebok. Nasib baik ada budak-budak terainees tolong kerja aku dan tadi baru ada peluang nak ajar mereka secara betul. Tapi aku memang pantang sungguh kalau tak mengikut masa ni. Janji pukul 3 petang, kelamkabut aku sampai sebelum 2.45 petang tapi aku tunggu sampai pukul 3.15 petang , mereka baru masuk. hangin betul aku dengan sikap macam ni. Aku memang sangat pantang kalau orang tak menepati masa tanpa alasan kukuh. Maunya aku jegil biji mata dan sorang-sorang aku telan budak-budak ni. Tapi aku cepat pula sejuk. Ini memang kelemahan aku, lemah sangat-sangat nak menangani kemarahan ni. Tiap-tiap hari berazam tapi bila ada saja sebab yang menimbulkan kemarahan, segala azam aku lebur. Laju saja aku naik hangin. Tapi tak dinafikan hati aku lembut tapi bila aku marah semua orang takut.

Petang, balik kerja pergi carrefour dengan babah, beli barang dapur sikit. Aliah pula suka minum susu HL, jadi aku juga sebenarnya beli susu tu sebab stock kat rumah dah tinggal sikit. Tapi betul ke carrefour tu yahudi punya?

Singgah makan laksa kat foodcourt dia. Pedas hingga keluar hingus. aku paling lemah dengan pedas ni, susah tekak nak terima. Kata orang makan pedas boleh kurangkan terkena selsema, betul ke sebab aku memang selalu selsema, senang sangat terkena jangkitan.

OK lah, satgi nanti nak pi buat kek coklat untuk Seha. Lama dah tak jumpa Seha dengan anak-anak dia. Teringat pula kat budak-budak tu.