Wednesday 21 January 2009

Hari Sebuk.

Hari Selasa dan hari-hari yang seterusnya memang hari yang agak sebuk. Aku cuma free hari Isnin sahaja, itupun kalau report dari HPP tak balik hari tu. Kalau report balik, hari-hari aku sebuk. Kerja sorang, susah sikit sebab semua kena buat sendiri, from A-Z. Sekarang ada budak-budak trainees tu, lega la sikit. Diana sendiri pun dah boleh tolong buat staining dan proses sample cuma masalahnya Diana jarang nak pi jenguk kat haema, tempat sample diletak.

Semalam, sebagaimana biasa, masuk saja ke bilik FNAC, doktor tu terus mengadu kat aku masalah dia dengan staff dan surgeon kat situ. Aku cuma mampu mendengar dari kedua pihak tapi aku tak mampu beri idea atau komen sebab takut tersilap cakap. Dua-dua pihak kawan aku dan dua-dua pihak dok mengadu pasal masing-masing. Aku takut nanti menjadi batu api pulak. Dah la kat situ doktor tu bagi tau ada mami jarum, nanti aku pun dikategori macam tu juga.Maaf, aku hanya mampu mendengar dan aku tiada komen.

Pagi, ramai sungguh pesakit hinggakan bila mula pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengahari, tak berhenti rehat langsung sampaikan doktor tu sendiri terpaksa skip breakfast dia. Nasib baik aku dah makan cucur udang sebelum datang tadi. Biasanya hari Selasa banyak perkara yang tak dijangka akan berlaku, jadi aku kena makan siap-siap supaya perut tak lapar. Macam-macam kes dan macam-macam orang, setiap minggu, begitu lah.

Petang pula ada breast clinic. Hanya untuk breast saja. Sekarang kami dah mula awal sikit dari dulu. 2.45 petang. Hari ni cuma ada 5 patient saja. Ada sorang budak umur 5 tahun nak buat FNAC lymph node tapi tak dapat sebab dia menggelupur tak mau buat. Jadi kami tunggu sebab wad kata akan bagi ubat tidur sebelum doktor boleh cucuk. Tunggu punya tunggu, sampai dekat pukul 5 petang, budak tu tak tidur-tidur juga jadi doktor tu kata, kami buat hari ni saja. Ini bermakna aku ada lagi satu kes FNAC hari ni.

Selepas selesai kat Pakar 2, aku masuk lab untuk proses cell block. Su bagitau dalam fridge banyak sample. Aku ingat boleh la balik awal hari ni sebab setiap hari Selasa aku tak pernah balik lebih awal dari 5.30 petang. Frust betul la dengan Diana ni. Langsung dia tak check ada sample ke tak, nak proses. Jadi aku proses sample dulu sampai pukul 6 petang. Budak-budak trainess tu pun belum balik lagi, jadi depa tolong aku juga lah.

Masuk lab, call abang. Tak habis-habis dengan cerita susah dia nak study. Nak oii, mana ada benda senang dalam dunia ni. Kena belajar la, baru benda tu jadi senang. Mama dulu pun belajar juga, baru boleh buat kerja. Bila lah budak ni nak relax dari perkataan susah dia tu. Hari mula-mula masuk kolej tu, dia salahkan aku sebab aku yang minta dia pilih kursus tu tapi semalam dia dah tak salahkan aku cuma dia asyik cakap, susah, susah, susah. Itu baru sikit pelajarannya. Nanti banyak lagi abang akan tempuh. Mama harap, abang boleh ikut dengan tenang dan jadi pelajar dan anak mama yang baik. janji dengan mama, tiap sem,abang akan dapat markah yang baik. Benda tu akan jadi mudah kalau kita dah minat dan mama harap abang akan dapat meminati pelajaran tu akhirnya.

Petang, sampai rumah, Aiman tak mengaji petang ni sebab ustazah dia cuti. Dapatlah dia buat kerja sekolah awal sikit. Malam ni dia tak ada tuition. Aliah pula tak jadi tinggal di asrama. Ok lah, mana-mana saja dan aku pun lebih suka dia tinggal di rumah cuma kesian dia tak ada kawan saja. Tak masak apa-apa pun sebab budak-budak ni makan tengahari lambat tadi. Depa pun tak lapar dah malam cuma aku makan nasi lebihan tengahari tadi.

Malam, macam biasa, tengok cerita KU MILIKMU. Best pula cerita ni walaupun bodoh-bodoh juga cerita dia sebab takkan lah sorang budak muda yang membesar di NY, berpelajaran, hidup dengan orang kaya berpakaian dan berkelakuan macam tu. Aku tunggu saja bila dia nak cantik.
Belum sempat habis cerita tu aku dah terlelap. Jaga-jaga tengok babah dah balik kerja. Dekat pukul 12 dah. Tidu teruslah dan pagi ni terjaga awal pula. So ada hati lah pula nak update blog aku ni. Tak sabar nak masuk blog Yan. Cepat invite akak ya, yan.

No comments: