Saturday, 31 January 2009

Bibik Babah






Babah mengamuk, pot pet pot pet kat Indonesian maid minggu lepas. Hari ni babah jadi bibik. Iron baju semua sebab tak puas hati dengan kerja bibik tu. Terimakasih babah. Aku pula tak buat apa-apa kecuali goreng sedikit laksa untuk makan tengahari ni. Aku kerja malam dan baru balik selepas melilau sana-sini cari novel, majalah buat teman untuk tidur satgi. Entah boleh tidur atau tidak. Tapi ok juga sebab esok cuti. Khamis ni pula baru kerja malam.


Sekarang ni rumah sunyi. Tinggal aku sendiri sebab babah, kakak dan aiman dah keluar. Babah hantar kakak pergi belajar motor, aiman ikut sebab lepas hantar kakak babah akan ke office, kemas barang. Babah pindah balik ke pulau bermula Isnin nanti. Dah seronok kerja sebelah sini, macam lah tak ada orang lain yang boleh buat kerja tu. Kadang-kadang kesian kat babah bila duduk bahagian pengurusan sebab selalu jadi mangsa kemarahan pekerja apabila berkait dengan dasar. Tapi aku percaya babah boleh atasi semua tu sebab dia seorang pekerja yang berwibawa. Aku harus bangga dengan suami sendiri. Selama ni pun banyak masalah yang boleh diselesaikan takkan dengan sedikit masalah yang kawan babah tinggalkan, babah tak boleh selesaikan, kan? Babah boleh dan aku yakin dia boleh.



Malam tadi mulanya aku ingatkan baik-baik saja sebab awalnya tak banyak sample tapi menjelang dinihari hingga kepagi, tak berhenti pula sample dari wad dan casualty. Aduh, nampaknya tak seindah yang aku sangkakan pada awalnya tapi Alhamdulillah menjelang 7 pagi semua clear dan aku boleh tidurkan HITACHI B aku tu dengan aman hingga Razak datang. Ooops... tak adalah relax, tegang juga tapi malam tadi hingga kepagi. Aku ingat nak sambung hingga 12 tengahari tapi rasa tak berdayalah pula. Cukuplah sampai pukul 8.30 pagi saja.

3 comments:

yanti isa said...

sedap nampaknya laksa goreng tu..tak penah yan buat..rasanya macam mana ya?

zettyhani said...

kak yati lebih suka laksa goreng ni dari bihun. Yan goreng macam goreng bihun tapi kena rebus dulu laksa tu bagi lembut.Lepas tu baru goreng.

yanti isa said...

nanti boleh la cuba ni..