Thursday 30 May 2013

Khamis dah...

Minggu depan nak cuti seminggu. Berat hati nak tinggalkan rumah sebab ingatkan nak bercuti nak mengemas sikit rumah yang mula semak banyak ni. Dapur pun dah berminyak. Tak lama lagi kabinet baru nak masuk tapi dapur masih berkecah. Tapi kalau tak ambil peluang ni, bila lagi aku nak pi jalan-jalan. menumpang babah. Babah ada meeting kat Putrajaya Selasa nanti. hari perjalanan babah, hari Isnin. Ini bermakna kami kena bertolak juga hari Isnin tu.

Selepas babah habis meeting, kami akan terus ke Melaka ketempat abang. Tak tau macam mana keadaan Melaka tu sebab kali terakhir kami pergi, langsung tak boleh masuk ke bandar Melaka. Jem sangat. Tengok lah nanti.

Pagi tadi aku cuma buat sarapan roti bakar dengan keju serta baki inti spaggheti meatball semalam. Boleh la daripada tak ada langsung. Babah suka dan anak-anak pun suka. Aku makan lontong. Suka sangat. Mana boleh tekakku dipisahkan dengan makanan timur. Nahi nahi nahi...

Hari ni balik awal sebab nak pergi ambik kereta yang diservis tapi masalah bunyi tu belum selesai. Kata mekanik tu, kena tukar tayar dulu baru boleh dia tukar bering. Apa kebendanya pun aku tak tau. Rasanya baru lagi tukar tayar. Kesian babah sebab kalau tukar 4 tayar tu, banyak juga kena keluar. Bah kata tak yah dulu sebab kat pusat servis tu, tayar dia lebih mahal dari tukar dikedai tayar. Aku ingat tadi kalau babah yang pergi ambil kereta tu, mesti dia dah pergi tukar tayar sekali. Mungkin esok lusa babah kena tukar tayar juga sebab nanti nak bawa lagi beratus kilometer.



No comments: