Friday 31 May 2013

Nak bercuti, InsyaAllah...

Hari Jumaat seperti biasa, pesakit agak kurang dari hari-hari lain. Pagi cuma tinggal aku dan Ta saja. Hari ni Ta sambung mesin semalam. Aku buat kerja-kerja klinikal. tidak menjadi masalah sebab tidak ramai cuma terpaksa mengakui 2, 3 hari ni aku agak garang sedikit. Darah mudah saja dok naik dengan kerenah pesakit. Duduk depan kaunter, depan mata, aku panggil, tak dengar lepas tu boleh pula kata aku garang. Aku bukan garang atau nak naik angin cuma bila panggil nama pelan, tak dengar jadi terpaksa naikkan sedikit volume. masalahnya setiap hari dok cakap kuat macam tu hinggakan kat rumah pun terbawa-bawa tone yang sama. Malu dengan babah dan anak-anak yang bila bercakap pun tak dengar suara. Agaknya dalam rumah ni kalau aku tak bercakap, tak adalah makhluk yang bercakap. Semua bisu dan buat kerja masing-masing. Aiman tak suka cakap, babah cakap perlahan dan Aliah pun kadang-kadang tak nak cakap kecuali kalau nak mengadu Aiman komplen dia itu ini. Mereka tak suka bercerita dan mereka juga tak suka mendengar cerita. Aku cuma banyak bercakap di tempat kerja saja. Tak apa lah, sekurang-kurangnya boleh juga simpan suara untuk kerja. Hahaha....

Hotel dah booking untuk sehari di Putrajaya dan 2 hari di Melaka. Sekarang ni kalau bercuti, asyik ke Melaka. Abang ada di sana, jadi kalau ada masa terluang sudah tentu kami akan kesana. Mulanya ingat selepas saja bermalam di Putrajaya, nak berpatah balik semula ke Penang tapi semua nak jumpa abang kat sana dan babah pun ingat nak makan dengan anak dia, walau jem macam mana pun, kami kena rempuh juga. Kalau kami bercuti tanpa abang pun tak seronok juga. Jadi sambil kami bercuti dapat juga bersama abang. InsyaAllah.


No comments: