Wednesday 5 June 2013

Alhamdulillah...

Bermula 1 Jun hari Jumaat, aku dah seronok nak bercuti. Dah berencana untuk bercuti hala Selatan dan dengan angan-angan yang minggu ni takakan balik kampong.Kononnya nak mengemas sebab 2 hb aku bekerja lagi. Agak sebok sikit sebab awal bulan. Kena selesaikan reten yang berlambak dari awal bulan sebab kebanyakan masa walaupun kami berempat, selalunya tinggal kami bertiga. Tapi segala perlaksanaan adalah kuasa Allah Taala.

Rancangan untuk mengemas dan kemudian ketempat kerja terpaksa dibatalkan apabila anak saudara bagitau dia telah bawa ayahanda ke pusat perubatan sebab masalah keletihan. Ayahanda dah agak berumur tapi malangnya selalu beranggapan kesihatannya tiptop macam orang muda. Berulang-ulang semua orang bagitau yang ayahanda sudah berumur lebih 80 tahun, kesihatan dah tak macam orang muda walaupun sihat. Huhuhu...susah sangat dia nak terima. Dia masih ingat yang dia akan sihat dan kuat seperti apa yang dia nampak pada kami. Itu apa yang ayahanda nampak saja sedangkan hakikatnya kami juga sudah berumur, sakit sana sakit sini tapi sebab kami muda 30-40 tahun dari dia, mestilah lebih baik dari dia.

Bokhori ada bertanya samada nak masuk wad atau tidak, nak dia berehat. Apa saja yang terbaik untuk dia, aku setuju saja. Akhirnya ayahanda dimasukkan ke wad di Kedah Medical Centre. Ayahanda tida mempunyai masalah lain kecuali keletihan. Segala perancangan awal terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir. Pecut balik bersama babah.

Sampai di wad, tengok ayah ditempatkan dibilik berempat. Faham sangat sikap ayah, aku minta dia dipindahkan ke bilik seorang.


Tak apa lah, berkorban sedikit demi ayah tersayang. Asalkan ayah senang dan bahagia. Rupanya dah dia tak boleh tidur sebab ingat banyak yang nak kena bayar pula. Bagitau adik minta dia bagitau ayah jangan risau sebab duit boleh dicari, ayah seorang tak boleh dicari ganti.
 
Bila ayahanda sakit, barulah timbul macam-macam, itu ini. Hmmm...tak apalah,aku ikhlas atas apa saja.Hari ketiga terpaksa pula mengikut babah ke Putrajaya sebab hotel sudah ditempah. Terpaksa tinggalkan ayah dan cuma pesan saja kat adik kalau apa-apa berlaku, mereka kena uruskan.
 

No comments: