Monday, 1 August 2011

Hari pertama Ramadan

Tinggal kami berdua. Aku dan Aiman. Senang sebab Aiman bukan pemakan macam-macam. Balik kerja, lepak-lepak sekejab, solat Asar, baru mula pi dapur dalam 6.30 petang. Pong pang pong pang, siaplah nasi goreng, keropok goreng, sayur sawi jepun goreng cili udang kering . Cukuplah sebab Aiman cuma nak makan nasi goreng. Aku makan kurma dan keropok, cukup lah dan sahur nanti baru makan nasi.





Aku suka kopi dan tak lupa satu kole kopi untukku. Hmmm...puas hati. Puasa sebenarnya bukanlah lapar sangat. Letih bukan sebab lapar tapi sebab tak cukup tidur. Walau apa pun, tak kisah lah, cuma sebulan sahaja yang diwajibkan. makan tak perlu berlebih-lebih sebab semuanya hanya nafsu mata.

No comments: