Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadan Kembali

Salam Ramadan untuk semua kawan-kawan. Ramadan kali ni diharapkan membawa lebih keberkatan. Hanya kami berdua, aku dan Aiman. Makan saja yang mudah-mudah. Aiman pun bukan pemakan sangat orangnya. Cukup lauk ayam,, telur atau ikan. Sehari satu lauk saja. Aku ikut saja apa yang Aiman makan. Mungkin seminggu sekali baru nak terasa kemeriahannya. Bila semua berkumpul. Tuhan, tolonglah bawa balik babah ke Penang. Sedihnya cuma tinggal kami berdua. Namun aku sedar diri sebab ada orang lain yang dah tak boleh lagi berbuka puasa dengan suami dan yang berbulan-bulan tak balik. Aku beruntung sebab dia boleh balik setiap minggu. Alhamdulillah.
Semuga amal ibadat dibulan puasa ini bertambah dan diterima tuhan.Amin.

No comments: