Tuesday 2 August 2011

Hari kedua ramadan 1432

Semalam berbuka dengan keropok kering dan kurma sahaja. Tak ada selera nak makan benda lain.Aiman makan nasi goreng. Sahur baru makan sedikit nasi. Tak lalu. Macam nak termuntah.

Pagi tadi ketempat kerja macam biasa. Jam 10 pagi Aiman called bagitau dia sakit perut dan muntah. Dah...budak ni dah kena food poisoning lagi sekali. Bergegas balik sebab dengar suara dia macam tak bermaya. Bawa dia jumpa doktor dan kena jab sekali, terus hilang sakit sebab dia memang sakit sangat, memulas mulas tadi.



Buka puasa dengan kopi dan keropok saja tadi. Buat sup untuk Aiman makan dengan kue teow. Alhamdulillah. Cukuplah dengan apa yang dimakan tadi.

No comments: