Wednesday, 3 August 2011

Hari ke3 Ramadan 1432 Hijrah

Semalam setelah balik untuk bawa Aiman jumpa doktor, hari ni pula aku MC lagi sebab ada temujanji. Alang-alang saja nak balik ke HPP semula setelah lebih 12 tengahari berada di HSJ;
Temujanji jam 9 pagi tapi jam 8 pagi aku dah ada disana. Jumpa kak zan dan kak roziah, ahli kelab gula juga disana tadi.Disebabkan aku bekas staf HSJ ulu, aku dapat layanan agak istimewa sikit la kononnya. sister nak tolong aku supaya cepat dapat jumpa doktor tapi dia cuma tukar nombor ditangan aku tanpa tukar di folder aku. Hahaha...akhirnya aku dapat lambat juga. Tak apa, bukannya aku nak pengsan pun. tunggu pun tunggu lah. Tiada masalah asalkan mereka tetap mesra dengan aku.

Masa tu juga ada seorang pakcik yang juga nak dapat rawatan disitu. Atas kerusi roda. Aduh, habis dimaki hamun isteri dia sebab dia lambat jumpa doktor. Aku tau dia sakit.Semua jururawat kat situ tau dia sakit tapi malangnya mungkin kad dia belum jumpa atau ada pesakit lain terlebih dahulu masuk sebelum dia sampai dan ambik banyak masa doktor. Akhirnya setelah bising-bising, dapat juga dia masuk. Setelah masuk jumpa doktor, masalah lagi nak tunggu temujanji berikutnya pula. Sekali lagi dia bising. Mencarut dan akhirnya aku dengar dia minta isterinya beli teh. Hehehe...dari sini pun boleh agak macam mana dia masa kuat dahulu.Ya Allah ya tuhanku, berilah sekuat-kuat kesabaran kepada pakcik tu atas segala kesakitannya dan kesabaran terhadap makcik tu atas segala susah payahnya menjaga pakcik itu.

Oleh sebab Aiman minta aku masak salmon sos oren, aku pun terus ke Carrefour beli salmon dan oren. Balik rehat sekejab, solat zohor an mula proses memerap. Alhamdulillah, aku start memasak jam 6.30 petang, siap dan Aiman suka sangat.
Resepi ambik dari buku kak liza, sehari satu resepi. Bukan nak cakap apa lah, buku kak liza ni memang sangat berguna. Mudah dan sedap. Sebagai panduan terutama di bulan puasa ni. Aku masih tak selera nak makan lagi. Cuma minum air dan makan kurma. tadi memang aku sangat-sangat nak makan macam-macam. Buat roti jala la, kari ayam la, akhirnya, entah bila nak makan. Harap-harap nanti berselera semula. Naik risau aku dengan selera aku dibulan puasa kali ni sebab memang tak ada selera sungguh-sungguh. Sahur aku paksa telan juga nasi walaupun nak termuntah sebab takut hilang tenaga disiang hari nanti.

No comments: