Thursday 4 August 2011

Hari ke4 Ramadan 1432H

Hari ni Aiman tak minta apa-apa. Agaknya dia pun dah tak tau nak minta apa. Aku pun dah bengong tak tau nak masak apa. Bulan puasa ni, aku dan Aiman amat-amat berjimat. Sehari masak cuma satu menu saja. Petang ni aku cuma masak nasi goreng pattaya sebab Aiman memang suka nasi goreng tu. Aku? tak kisah sangat. Makan saja apa yang sempat. Berbuka dah 4 hari aku tak makan nasi. Cuma makan yang ringan saja. Sahur saja yang aku paksa telan nasi takut hipo.Kalau sebab tak makan ubat, mungkin sahur pun aku tak makan.
                                                              (gambar dari en google)
Semalam dengar berita gembira. Hari ni pergi kerja dengan penuh semangat. Sampai saja terus tanya surat. Kadang-kadang kat office aku ni, mereka boleh main-main. Minta surat semua kata tak tau.Aku dah cuak. Betul ke berita ni. Sekejab kemudian kak Nani tanya bahagian pentadbiran. Memang ada surat untuk aku. Alhamdulillah. Dapat surat, cepat-cepat cabut takut Dr. J ubah fikiran tak bagi aku transfer pula.

Sekejab saja urusan pendaftaran. Masih awal. Aku pergi ke KK Butterworth untuk jumpa kak Habsah, incharge kat situ sebab dia kata dia nak aku kat situ selama 2 minggu sebelum aku balik ke KK Kepala Batas.Belajar. Hari ni aku cuma lapur diri saja.Selepas 2 minggu baru aku akan balik ke mainland. Alhamdulillah, tuhan makbulkan permintaanku. Ada hikmahnya apa yang tuhan dah tetapkan. Hadiah Ramadan dan Syawal tahun ini. Hadiah tahun 2009 ialah aku ditukarkan ke HPP. Hadiah tahun 2010 ialah aku kemalangan dan hadiah tahun ini lebih besar ganjarannya berkat kesabaran. Amin....

No comments: