Saturday 6 August 2011

Hari ke5 Ramadan 1432

Setelah semalam aku report duty, hari ni aku kembali ketempat kerja dengan membawa surat penangguhan selama 2 minggu saja. Tak apa, aku tak kisah berapa lama pun penangguhan tu asalkan pasti aku dapat balik mainland.

Masalah lagi sebab minggu ni jadual aku tak menentu.Kerja pun tak sebanyak mana. Sekejab EL sekejab MC. Dah 4 hari macam tu. Hari kelima ni nak ambik time off petang pula sebab nak ambik Aliah balik dari Arau.Nak buat macam mana. Harapnya minggu depan tiada masalah lagi

Selepas ambik Aliah, kami singgah ke rumah adik di Alor Setar. Dah pesan dengan adik, minta dia buat laksa. Dia bagi laksa, ayam berempah dan buah melaka. Hmmm, cukuplah untuk kami bertiga. aiman nak makan roti john. Mudah kerja aku hari ni.



Balik rumah sebelum jam 6 petang. Sempat solat Asar dan masak roti John untuk Aiman. Kemudian panaskan sup alphabet yang aku buat semalam. Sayang sebab benda tu bukan rosak pun lagipun Aliah suka pasta tu.


Malam meriah sikit sebab abang dan babah pun dah sampai. Malangnya kami semua tak terjaga untk bersahur kecuali Aiman. Itu pun dah jam 5.22  pagi. Kelamkabut goreng telur mata saja sebab itu yang sempat pun. Nasib baik dah minta Aliah masak nasi sebelum dia tidur. Sempat juga makan sahur. Alhamdulillah.

No comments: