Wednesday, 27 July 2011

Cibir

Alamak, bahasa manis untuk cirit birit. Malam tadi aku terbangun jam 2 pagi. Perut memulas-mulas. Aduh, sakit perut. Tak ingat langsung apa yang aku makan hingga sakit perut memulas macam tu. Jam 3 tak leh tidur lagi, jam 4 baru tidur balik. Dah tu 4.30 dah nak bangun semula.Perut sangat tidak ok tapi mengenangkan minggu lepas aku cuti 2 hari, aku tak nak la ambik cuti lagi.

Gagahkan diri, pandu kereta ke feri. Sakit perut memulas-mulas . Tahan lagi. masuk lab cadangnya nak rehat sekejab tapi perut tetap tak ok. Minta ubat kat sister, dia pun tak bawa. Tunggu doktor datang, minta ubat, minta mc sekali untuk rehat.

Dalam perjalanan balik, tak tahan dah, nasib baik ada TESCO kat situ. Berhenti kat TESCO, sambil tu sempat lagi beli sedikit barang. Kemudian balik rumah. Masih lagi tak ok. Rewind balik apa yang aku makan semalam. Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ni.
Cendawan tu dah macam berlendir sikit. Aku basuh dan ramas nak hilangkan lendir dia.Kemudian aku goreng dan ratah macam tu saja. Pasti inilah puncanya sebab malam tadi aku makan kream krackers saja. Mana ada biskut tu boleh sakit perut. Ok, selesai pencarian kenapa hari ni aku cibir.

No comments: