Sunday 24 July 2011

Niat diHati

Niat dihati nak tutup saja akaun FB tapi banyak juga aktiviti yang aku boleh tau melalui FB. Adik beradik, kawan-kawan. Tapi selagi ada FB, selagi tu aku dok melangut tang tu tanpa peduli yang lain. Kawan-kawan adalah seciput cuma tapi update semua gempaq belaka. Meeting keluarga pun war-war kat FB. Lantas, aku cuba seimbangkan antara FB dan blog aku yang hidup segan mati tak mau ni. Haih...malaih sungguh aih.
Gambar diatas adalah stoberi yang dicelup dengan madu. Sedap oooo...Itu CCY punya idea. Selama ni orang makan dengan coklat, dia pulak bawa mai madu, makan dengan madu. Tapi memang not bad rasanya dan kadang-kadang rasa macam lebih sedap dengan madu dari coklat. Kami hentam makan dalam lab saja. Kalaulah masa tu Dr. J naik, mana kami nak hala madu dan stoberi tu.

Aku memang sangat hormat dan bangga dengan orang yang penuh dengan keyakinan diri tapi malangnya selalunya orang yang berkeyakinan diri tinggi ni akhirnya akan jadi riak la pula. Contohnya bila orang tu rasa dia la pandai, lepas tu mula la dia akan kata apa yang dia buat tu lah yang terbaik. Ok lagi. Lepas tu mula la dia merepek kata orang lain semua tak tau buat sebaik dia. Begitu juga kalau orang tu berkeyakinan yang dia cantik.Walaupun......Akhirnya akan jadi riak juga. Ada banyak contoh dikeliling hidup kita. Bila sampai bahagian tu, mula la aku jadi malas dah nak ambik bahagian dalam hidup dia. Aku mengundur diri perlahan-lahan. Babai.

Lagi satu bila orang tu perasan dia ada kelas tersendiri dalam hidup dia.Susah nak kawan dengan orang macam ni. Bagi aku la, bukannya orang lain. Aku ni susah sikit nak berkawan. Kalau aku babai pelan-pelan tu, ada lah yang tak serasi dengan aku tu. Tak semestinya bila depa tak serasi dengan aku, depa juga akan tak serasi dengan orang lain. Lain orang lain persepsinya terhadap orang.Jadi kesimpulannya jangan ikut aku.. Hahaha...

No comments: