Sunday 24 July 2011

Puasa

Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadan. Rindu teramat-amat dengan kehadiran Ramadan. Akhirnya cuma seminggu lagi ianya akan datang juga. Perasaan seronok kerana akhirnya akan bertemu Ramadan jika panjang umur dan sedih bila difikirkan cuma kami berdua saja akan bersama berbuka. Aku dan Aiman.

Sekarang ni Aiman pun dah tak berapa nak makan dah. Bila Aiman tak nak makan, aku pun malas nak masak kalau setakat mulut kami berdua saja.Tak tau lagi bagaimana suasananya bila tinggal kami berdua. Biasanya Aiman memang tak akan makan makanan pasar Ramadan. Mungkin setiap hari biasa, aku cuma akan goreng ayam, grill ayam, kukus ayam, masak satu mata lauk ayam saja untuk Aiman. Aku? Makan apa yang Aiman makan.

MUNGKIN akan meriah cuma dihujung minggu. Itupun kalau yang berdua lagi boleh balik. Babah sudah pasti akan balik setiap hujung minggu. Walau bagaimana pun, kita cuma merancang, tuhan yang menentukan. Doaku setiap hari agar babah dapat balik semula ke sini. Amin. Tuhan, perkenankanlah doaku ini.

No comments: