Saturday, 23 April 2011

Sabtu 23/4/2011


Malam tadi tak leh tidur. Asyik batuk Nasib baik babah ada. Minum ubat batuk yang tinggal sesudu tu, gosok Vick's belakang depan, hampir pagi baru boleh lelap mata.Bila batuk, memang tak selesa.


Malam tadi, aku laksanakan projek yang tertangguh bertahun rasanya. Memang teringin sangat nak buat puding raja tapi masalahnya ialah mana nak dapat jala emas kat Penang ni.Aku paksa pakcik Kelantan yang selalu dok ulangalik ni bawa juga-juga. Akhirnya, dapat.

Satu masalah lagi, mana nak dapat pisang lemak manis pulak. Pisang lemak manis tu pisang apa? Tanya penjual pisang goreng pun depa tak tau. Dey, mana mau cari ni? Aku pergi Carrefour, ambik saja apa pisang yang ada. Janji bukan pisang awak dan pisang emas. Itu aku tau. Balik, goreng dan atur dalam bekas. Letak jala mas, gajus, prun dan ceri. lepas tu buat sosnya. Walla, simpan dalam fridge. Anak-anak suka sangat. Aku? Tak makan la. Sebenarnya nak lepas hajat nak buat saja. Selera aku tak mari la kalau guna pisang macam tu saja. Sukar sikit anak tekakku nak terima benda berpisang ni.Ok, lepas satu cerita. Mesti kena buat lagi ni untuk famili mertuaku pula sebab kata babah, bapa mertuaku mesti suka puding ni. InsyaAllah, nanti aku akan buat lagi.

Hari sabtu ni akan mula kurang sebok dah sikit sebab anak dareku akan balik bercuti 3 bulan nanti. Hari ni pun tak ada pergi ambik dia sebab Isnin ni dia akan balik. Hari ni hari untuk aku sepenuhnya. Sekejab lagi nak keluar pergi LHDN. Nak selesaikan efiling. InsyaAllah.

No comments: