Tuesday 26 April 2011

Rangkuman cerita

Hari sabtu pagi. Aiman ke sekolah. Aku, babah dan abang sembang kat meja makan sambil ambik sarapan. Lepas tu Aiman called babah bagi tau basikal dia rosak dan minta babah bawa dia pergi kedai basikal. Babah tinggalkan kami berdua kat meja makan. Hari ni memang aku sembang panjang dengan abang. Benda yang dah lama kami tak buat bersama. Sembang panjang. Sebelum ni dia malas nak cakap dengan aku sebab dia selalu kata aku merapu. Bila dia taya soalan aku jawab merapu. Babah dia lebih serius. sebab tu dia tak suka tanya apa-apa soalan kat aku. Tapi aku sedar, dia dah besar. Sekarang aku layan lah dia sebagai orang besar. Alah, abang ni, macam lah tak kenal mama.

Kami sembang hampir dua jam. Macam-macam cerita hinggakan babah dah balik dari kedai basikal tu pun kami tak habis sembang lagi. Best juga sesekali boleh cerita kat dia dengan gelak ketawa sebab aku memang dilahirkan suka cerita merapu. Kadang-kadang aku cerita tipu saja kat dia, dia percaya habis. Sebab tu la dia tak suka cerita dengan aku sebab akhirnya dia akan tau aku merapu. Tapi mama akan buat juga sesekali. Mana boleh tinggal benda ni kan, abang.

Hari ni aku tak masak. Malas sebab pagi ni banyak kerja nak kena buat.Kami keluar makan kat kedai ikan bakar di Kepala Batas. Lepas tu meronda dengan abang dan Aiman. Bila dia free, memang dia akan ikut kami. Beli apa-apa yang patut, lepas tu balik rumah. Malam, aku goreng pisang saja.

Hari Ahad, pagi-pagi bangun kemas rumah dan siap untuk tengok Smurf jam 9 pagi. Habis Smurf, pergi pasar. Dah lambat dah masa tu tapi masih banyak lagi ikan yang nak dipilih. Balik rumah, mulanya ingat nak masak tapi ekin called bagitau nak pi makan kenduri rumah si nana la pula. Memang aku lupa habis ni.

Kami berempat pergi kenduri pulak. Dah sampai tempat kenduri, lauk dan nasi habis. Kena tunggu sekejab. Aku dah hilang mood dah sebab dengan panasnya, dengan nasi lauk habis lagi dengan tiada tempat duduk kosong. Aku sangat-sangat hilang mood. Minum air sampai 7 gelas dan bila nasi datang, aku dah tak leh makan dah. Makan sikit saja. Babah pula letak banyak nasi dan lauk kat pinggan aku sebab dari pagi kami cuma sarapan ringan jadi dia ingat aku sangatlah lapar tanpa menduga bahawa aku tersangatlah kenyang dengan minum 7 gelas air.Tak boleh dah nak tunggu budak-budak tempat kerja, nak sembang. Balik terus bila babah tengok aku dah kepanasan dan tempat nak tunggu pun tak ada. Babah cukup tau bahawa mood aku akan tidak baik bila aku dah mula berpeluh kepanasan.




Balik tapi kami ke Carrefour dulu beli sedikit barang dapur lagi dan abang nak beli sesuatu untuk dia. Balik rumah dah hampir jam 5 petang. Weekend maid ada kat rumah sedang iron baju. Kena pula aku fikirkan nak masak apa untuk dia bawa balik selepas selesai kerja dia nanti. Aku masak bihun goreng dan buah melaka atau onde-onde. Untuk kami juga sebagai makan malam.Habis juga la apa yang aku masak petang tu. Untuk maid tu satu tupperware bihun dan 20 biji buah melaka. Aku tau dia bukan makan sorang, sebab tu aku bagi banyak kat dia.

Isnin, pagi buat sarapan roti bakar dengan telur separuh masak, kacang panggang dan sosej. Malam semalam janji dengan abang nak buat strawberry smoothies tapi tak buat pun sebab malas. Pagi ni dah aku keluarkan ais untuk rendam telur rebus tu, aku terus saja buat smoothies tu. Sukanya dia sebab dapat minum apa yang aku janjikan malam tadi walaupun pagi-pagi dah minum ais.

Aku sebenarnya bercuti hari ni sebab nak ambil Aliah balik dari Arau. Begitu juga babah. Lepas makan dan berkemas, kami bertolak ke kilang untuk sain perjanjian sewa rumah aku tu. Tapi aku tak puas hati sebab tak dapat baca dengan sepenuhnya jadi bawa balik dan nak baca kat rumah. Balik dah lambat. Kami singgah makan kat kedai dulu dan balik . Aiman dah pergi sekolah. Kesian dia. mama dan babah cuti tapi masa dia pergi sekolah, dua-dua tak ada kat rumah.

Pukul 2 petang lebih, bertolak ke rumah babah di kampung sebab mak mertua pesan nak dapur untuk grill. Singgah beli kuih kat Gunung Keriang dan balik. sembang-sembang sekejab dengan mak pak mertua, bertolak ambik Aliah.

Sampai sana, dia dah sedia nak balik. Angkat barang-barang masuk kereta, dan terus balik. Dalam perjalanan balik, singgah rumah adik sekejab ambik bawang goreng yang aku pesan tu. Adik aku ni rajin sikit. Selalu jadi pembekal bawang goreng kat aku sebab aku tak cukup masa nak buat bawang goreng ni buat sementara waktu ni. Ni Aliah dah balik, nanti tak lah sebok lagi sebab hari sabtu pasti lah kami tak ke Arau lagi untuk 2 bulan ni. Jadi boleh la buat apa yang aku nak nanti.

Esok, jadual hari cuti akan bersambung lagi. Bila cuti macam ni, jadual jadi agak berbeza dan bukan rutin untuk hujung minggu lagi dah. Pastinya, pagi-pagi esok kena lagi pergi kilang hantar surat perjanjian.

No comments: