Wednesday, 27 April 2011

27/04/2011

Pagi ni masih lagi bercuti. Ingat nak batalkan cuti tapi semalam masih minum ubat batuk, rasa pening belum habis lagi. Terpaksa bercuti satu hari lagi. Seronok pula duduk rumah dan tak perlu pergi kerja ni tapi kalau berhenti kerja, sapa pula nak bagi gaji setiap bulan kan? sekejab saja bolehlah. Tak boleh manjakan diri lama-lama sangat sebab nanti belum sempat hujung tahun, cuti dah habis macam tahun-tahun sebelumnya.

Pagi ni bangun dan terpinga-pinga sebab masih pening kan? Nak masak apa untuk sarapan budak-budak ni. Ketiga-tiganya ada kat rumah sekarang. Teringat aku ada beli pasta. Aliah memang sangat suka pasta tapi aku nak goreng saja lah. Abang mesti nak makan awal sebab dia nak ketempat praktikalnya. Kadang-kadang aku bangga dengan anak-anak ni. Mereka mesti makan sarapan sebelum keluar rumah. Barulah mereka bertenaga. Biasanya kalau sarapan, aku selalu masak yang berat sebab makan tengahari, mereka jarag kisah sangat. Penting bagi aku, sarapan dan makan malam. Makan tengahari pula, kalau semua ada kat rumah, baru aku masak beria sikit. Selalunya kalau kami plan nak makan tengahari, sarapan aku masak yang ringan saja.

Jom tengok apa sarapan kami pagi ni.
Pasta goreng Pasta (rebus sehingga lembut)
bawang besar kuning (dipotong dadu)
daging cincang (aku guna jenama Ramli)
cili paste(aku guna sambal tumis kosong)
sos tiram
kicap
cili benggala (potong dadu)
carrot( Baby carrot, potong nipis)
cendawan butang

Cara-caranya
Tumis bawang besar yang dipotong dadu tadi hingga layu.
 Masukkan daging cincang.
 Tunggu sehingga masak dan masukkan cendawan butang.
 Letakkan sedikit cili paste(sambal tumis). Kalau cili paste kena masukkan sebelum masukkan daging dan tunggu sehingga naik minyak baru masukan daging
.Setelah daging masak dan nampak kering, masukkan pula sos tiram dan kicap serta pasta yang dah direbus tadi. Gaul sebati.
 Masukkan capsicum dan baby carrot.
 Kacau-kacau dan bila dah masak semuanya tutup api dan bolehlah dihidangkan.
 Aku tak guna garam sebab sos tiram dan kicap dah masin.
 Kalau tak cukup masin, bolehlah masukkan garam.

No comments: