Friday 15 April 2011

Bosan

baby comel yang boring ke...? hehehe (gambar dari google)

Diam tak diam dah berapa lama dah aku tak update blog. Banyak cerita sebenarnya tapi tak ada idea nak tulis. Lagipun bila kesihatan tak berapa elok segala perasaan jadi terganggu. Nak buat apa pun tak ada mood. Kadang-kadang rasa bosan dengan rutin setiap hari. Urusan pindahan samada aku atau babah belum lagi membuahkan hasil. Bayang-bayang pun masih belum nampak. Sabar dulu dengan apa yang perlu dilalui. Kadang-kadang sangat-sangat bosan dengan rutin setiap hari. Rutin yang tak boleh ditukar. Ingin juga sebulan atau kalau tak pun setahun sekali nak tukar rutin kehidupan tapi masih belum berkesempatan. Ada hikmah disebalik semuanya itu.

Anak-anak pun dengan rutin mereka juga. Belajar belajar belajar. Ibunya juga belajar. Belajar bersabar.Setiap hari ibu belajar bersabar walaupun dah lama ibu belajar bersabar tapi bila tiba sesuatu hal, belajar lagi. Babah juga menyusahkan hati ibu tetapi babah nampak macam tak susah hati. Babah tak pernah bersungut walaupun terpaksa ulangalik setiap minggu beratus kilometer. Kalung juara tidak bersungut dihadiahkan pada babah. Ibu dan anak-anak tak boleh dapat kalung ni.

Hidup perlu diteruskan. InsyaAllah, keadaan akan jadi lebih baik selepas ini. InsyaAllah.

No comments: