Sunday, 17 April 2011

Aku Berjaya


Yes, hari ni tersangat bangga setelah bertahun-tahun sakit hati kat ejen maid tu, hari ni aku berjaya menegaskan diri menghantar balik maid yang mereka hantar kat aku. Yes, yes, aku suka, suka sangat.

Company maid tu selalu menganggap rumah kami ni tempat meletakkan maid dia yang tak bagus. Mana-mana yang bagus, hantar kat rumah orang lain dulu dan yang tak bagus baru hantar kat kami. Dah berpuluh kali terkena. Hati ni lembut sangat, tak sampai hati nak hantar maid tu balik sebab maid tu tak salah apa-apa. Jadi sebanyak kali tu juga dok bayar upah tapi hati didalam merungut sebab tak puas hati dengan kerja mereka. Buang duit tapi kerja terpaksa buat balik semula.

Hari ni dah tak tahan, tengok saja maid lain yang datang, aku minta dia called driver tu ambik dia balik. walaupun aku rasa aku kejam tapi aku bangga sebab hari ni lah buat pertama kalinya aku rasa aku sangat tegas dan aku terpaksa iron baju sendiri. Penat tapi tak kisah, janji hati aku puas dengan kerja sendiri.

Dah lama tak iron baju keluarga dan hari ni aku puas hati sangat sebab dapat buat sediri. rasa macam buat sementara ni kalau maid lama tu tak dapat datang, nak saja aku buat sendiri. InsyaAllah.

No comments: