Saturday 19 March 2011

Rasa Hati

Tak senang, tak selesa dan tak segalanya. Esok babah dah nak balik selepas berada di rumah 5 hari. Tak ada perasaan lagi. Semuga selamat sampai. Hari ni menghabiskan sisa cuti 4 hari. nak mengemas lagi. Cuci apa yang patut, clear apa yang perlu. Esok nak berbelanja lagi beli barang dapur. Nak masak...Tunggu, belum ada perancangan. Babah dan anak-anak nak pergi repair rumah sewa. Mana tau ada rezeki, ada orang nak sewa lagi nanti. Selepas 5 tahun, baru kami kembali ke rumah tu semula. Tidak ada banyak kerosakan sangat kecuali macam rumah kita. Kena repair tandas, repair tangki air, cat semula dan cuci lantai. Itu saja. Terimakasih penyewa lepas.


Semalam, aku beli rebung jeruk. Mulanya ingat nak buat kari dengan daging tapi teringin pula nak makan kari ikan. Tak jadi lah nak buat kari daging. Teringat pula kalau goreng macam tu pun sedap. Tambah daging. Jadi lah resepi rebung goreng berdaging. Resepi turun temurun dari allahyarhamah bonda tercinta. Dah lama tak makan. Sedap la pula sebab kami suka rebung. Aku gunakan 1/2 kg rebung dan sedikit daging sebagai perencah. Boleh lah buat pilihan menu rebung selain acar dan kari.

Rebung Jeruk goreng berdaging
1/2 kg rebung jeruk (Dihiris nipis)
daging sebanyak mana yang mahu(kalau nak banyak letak la banyak)
boleh juga ganti dengan udang, sotong atau apa-apa saja yang disukai
3 biji cili besar
3ulas bawang putih
2 ulas bawang merah ( suka bawang putih lebih banyak dari bawang merah)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
Tumbuk cili, bawang, halia, lengkuas tidak terlalu halus.Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk tadi.Biarkan sedikit garing dan masukkan daging. Biar daging empuk. kalau tak empuk tambah air. Bila daging dah empuk, masukkan rebung yang telah dihiris nipis tadi dan masak hingga sedikit kering. Letakkan sedikit garam dan gula sebagai perasa. Siap. Boleh dimakan dengan nasi panas.
Sedap pada tekak aku.

Resepi ni untuk panduan saja. Anda boleh cipta resepi sesuka hati berdasarkan bahan asas. Sedap atau tidak makanan tu bergantung pada lidah orang yang merasa. Tidak ada makanan yang tidak sedap, begitu juga tidak ada orang yang tidak cantik.Cewah, masuk pula bab orang dalam ni. Cuma nak bagi tau bahawa sedap atau cantik bergantung pada citarasa masing-masing. Itu saja.

Masih ada rojek masakan yang tertangguh. InsyaAllah, hari ni atau esok, aku akan cuba selesaikan. Red velvet cake. Tak sabar nak cuba. Babah marah kalau aku masak macam-macam tapi kalau satu saja lauk kat meja boleh pula dia tanya, satu lauk saja. Ok faham, faham, lauk banyak tak apa tapi jangan masak mengarut-mengarut sampai tak ada orang nak habiskan. Sekejab apam la, sekejab kek la, sekejab muffin la. Memang nak kena marah sebab lepas tu aku yang penat. Bukannya dia tak bagi masak tapi dia tak mau aku penat. Terimakasih babah. Sayang babah.

No comments: