Sunday, 27 February 2011

Nak buat apa ya?

Aku ni dah jadi tabiat, kalau nak buat sesuatu tu becinta la sangat. Kalau nak masak tu, bukan dan-dan tu nak buat. Tangguh dari satu hari ke satu hari. Study resepi lepas study, study lagi macam nak ambik periksa dan aku akan buat bila aku bersedia sangat-sangat.

Mula-mula, beli barang dulu. Kadang-kadang sekali beli, tak sempurna lagi sebab aku akan beli barang pun bila aku ada mood nak singgah. Tau-tau saja la masa balik pejabat, aduh, jem sana sini. Balik study resepi lagi. Cukup ke tak barang. Lepas tu baru tanya ahli keluarga ni, nak makan ke tak? Kalau nak makan, ok, cepat sikit aku buat. Kalau teragak-agak, lagi la lambat nak masak. Aku sebenarnya nak masak dan aku akan tunggu sampai masa aku balik kampung. Aku jamin adik dengan anak-anak dia mesti suka apa saja yang aku masak. Tak pernah lagi tak suka. Jadi, sabar sampai nak balik kampung.

Kalau pula ahli keluarga aku suka, kalau barang cukup, aku siapkan dulu selonggok bahan-bahan semua tu. Tangguh lagi nak buat. Lepas tu, kalau aku free, baru aku buat. Aku nak buat tanpa halangan, lancar perjalanan. Contohnya kalau nak buat kek coklat, aku akan masak coklat, gula, susu dan butter dulu. Lepas tu aku tinggal dan kemudian baru sambung. Macam tu lah dengan benda-benda lain. Yang mana patut buat dulu, aku sediakan dulu.Kadang-kadang buat hari ni, esok sambung. Punyalah pemalas.

Petang ni cadang nak buat mertabak krakers. Dah lama plan ni. Berbulan juga.Siap inti, dah pemalas pula. Korner baring, pi buat roti john versi aku. Abang pi makan inti dia pulak dah. Nampaknya mertabak krakers tak jadi lagi la hari ni sebab inti tinggal sikit. Abang ngan Aiman nak suruh buat roti john lagi esok pagi. Orait la tu, dah pemalas, anak-anak sokong, esok roti john lagi. Tadi bagitau abang, kalau macam ni (dia dok makan inti aku)..aku nak buat banyak inti, simpan dalam fridge  macam normasri. Aku ambik kat blog dia tapi buat versi aku.

Banyak sangat benda dalam senarai menunggu ni. Abang minta buat brownies, ciskek. Aku nak buat red velvet pun dah makan tahun dah ni. tak sabar nak tunggu bah transfer balik sini. semangat sikit nak masak ni.

No comments: