Monday, 7 February 2011

Syyyyy...


Tak tau nak letak tajuk apa tapi bukan cerita seronok sebab tadi aku ada appointment dengan klinik pakar perubatan. Dah niat dalam hati walau apa pun doktor tu marah kat aku berdasarkan keputusan makmal tu, aku nak tutup mulut.Aku tak nak cakap apa-apa sebab semua salah aku. Kebelakangan ni banyak kenduri dan aku tak dapat tahan nafsu makan. Makan macam orang tak ada penyakit. Kenduri yang salah, bukan aku yang salah.

Masuk saja dalam bilik doktor tu, pot pet pot pet la aku kena. Maka aku dengan jayanya mengdush kiri dush kanan. Hilang segala tekad aku tak mau menjawab. Tapi aku tau memang salah aku. Lepas saja tengok keputusan makmal tu aku bertekad dengan semangatnya nak berdiet. Dia dah tukar ubat kolestrol aku dengan ubat baru. TG dah ok sebab sebelum ni TG aku tak pernah normal. Kolestrol pula pi naik sebab aku tak makan lovastatin yang dia bagi tu sebab kalau makan, habis sakit satu badan. Hari ni dia potong lovastatin, potong ubat TG, dia pi bagi ubat HBP dengan dos yang kecik katanya sebab nak jaga my kidney.

Glucose pun boleh shoot naik juga sebab aku sakit jari kaki hari tu dan sampai hari ni tak normal lagi. Alasan lagi. Lepas tu aku pi makan puding Anis dengan jayanya sebab bila rasa, ( when I taste it)  macam sedap la pulak. Hari tu Aidah kata dia suka tapi aku tak suka. Lepas tu bila tengok terlentang saja kat fridge, try la rasa sebab tukang makan dah balik kolej maka dah jadi kesedapan la pula. Tarik balik kata aku tak makan hari tu. Memang sedap la puding Anis tu. maka bertambah lah kolestrol ku. hu hu hu...sendiri makan pengat, sendiri mau ingat. Aku dah start ubat baru dan akan jumpa doktor balik dalam masa dua minggu. Harap-harap segalanya akan ok nanti. Esok dan akhirnya nanti aku kena makan roti gandum penuh saja nanti. Uwek...bukan sedap pun...

No comments: