Tuesday, 8 February 2011

Jadi ke tak?

Ha, ni dia diet aku pagi tadi. Wholemeal bread campur macam-macam kacang tapi gambar ni ambik dari pakcik google, bukan aku punya. Potong dua keping, sumbat juga dalam mulut. tak la sedap tapi boleh tahan sampai tengahari.

Tengahari makan nasi sikit campur kerabu kacang kelisa kosong, maksudnya tak campur kerang ke, udang ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Lepas tu letak tauhu sambal dan ikan bawal goreng sekeping. RM 4. Esok ingat nak bawa bekal la, senang sikit nak kontrol bahan.

Petang pula singgah kat Tesco Extra, ingatkan nak beli sabun basuh kain saja tapi pi beli itu ini, habis juga 100 lebih. Fuh...ni dah lebih budget sebab aku dah janji tak nak ambik dah duit bulan ni. Tunggu gaji bulan depan pula. Harap-harap la Aliah tak minta nak makan apa-apa yang mahal nanti. Cukup la duit aku sampai bulan depan. Kalau tak, nanti kena tekan lagi.

Petang kat Tesco tadi makan pula yong taufu. Beli nasi ayam untuk anak-anak. Malam pula makan oat sebab takut nanti tengah malam terketar-ketar pula sebab gula tak cukup. Hari ni minum air agaknya lebih dari 3 liter sampai kembung perut. Berdentum dentum bila diketuk. Air kosong tak apa. Aku harap diet macam ni akan berpanjangan. Esok tak tau nak makan apa pula. Tak pa, hidup bukan untuk makan tapi makan untuk hidup.Esok cerita lain pula.

Semalam MC sehari. Maksudnya aku cuti 5 hari la. Dah lebih dari orang yang beraya. Hari ni pi kerja rasa macam pelik saja sebab semalam cuti tak plan. Tapi kerja berjalan lancar macam biasa. Seronok dengar cerita bulan 3 nanti ada kekosongan jawatan kat Seberang Perai. Harap-harap dapat kembali kepangkuan tanah besar tercinta.

No comments: