Sunday 6 February 2011

Sakit hati, sakit hati, sakit hati.

Dah la kat luar panas, hati didalam pun amat panas. Sabar aja la sambil menahan nafas atau hembus nafas, tarik nafas. Tak boleh tahan betul. Sabar ya hati. Sebab tu tak tahan nak tulis kat blog ni.

Babah dan Aliah dah balik. Hari ni maid tu datang pukul 10 pagi yang selalunya dia datang petang. Hari ni ganti orang lain la pula. Datang dengan tersenyum simpul. Aku pula bila tengok muka maid yang datang kali ni sejak pagi lagi dah mendidih darah. Bukannya marah kat maid tu tapi marah kat tokeh dia yang tak reti-reti nak informed kata hari ni dia ganti maid lain. Tiap kali maid baru datang, aku nak kena mengajar macam mana nak iron baju. Tiap kali datang, itu lah kerja aku. Dah tak larat dah hari ni. Minta tolong Aliah saja bagi tau dia.

Aku guna iron macam ni jadi tiap kali ada orang baru datang tiap kali la nak kena ajar. Tak suka sebab bukan sekali dia dia tukar orang. Banyak kali dah, sangat banyak kali sejak aku guna service company dia sejak awal tahun 2000an dulu.
Sekarang ni hati dah macam lega sikit tapi nak cerita juga lah.

Nasib baik tadi dia datang jam 10 pagi. Aku pula ke pasar awal sikit sebab babah nak balik awal, takut tempuh jem. Tengah sebok kat dapur, nak masak, ting tong, loceng rumah berbunyi. Terkejutla kami semua sebab tak sangka maid tu nak datang awal. Ok la. Awal datang, awal la balik. Aku ambik 6 jam untuk iron baju saja tapi selalunya maid yang biasa datang tu, iron 5 jam dah selesai. Itupun kalau baju banyak.Kalau macam hari ni rasa aku 3 jam dah habis semua. Tapi minggu ni dengan cuti sekolah seminggu, babah pun dah iron baju dia siap-siap sebab dia nak balik awal dan tak jangka maid akan datang pagi, Aliah pun dah iron siap-siap baju dia, baju aku pun cuma pakai untuk 3 hari, bukanlah banyak mana pun yang tinggal. Cuma banyak dengan baju T dan baju-baju santai yang tak perlu di iron beria-ia sangat. Cuma iron sikit-sikit bagi licin saja. Tak yah tekan beria-ia.

Jam 3.30 petang, driver company maid tu datang ambik dia. Jadi kebiasaan aku sebab kalau maid tu datang pagi, aku akan siapkan nasi tengahari untuk bekalan dia makan. Kalau petang aku akan sediakan kuih untuk minum petang. Bekalan untuk maid dan driver sekali sebab sebagai orang yang punya hati dan perasaan, tak sampai hati aku nak lepaskan dia tanpa makan selepas beberapa jam berhadapan dengan keadaan panas.

Aku ingatkan dengan 5 jam dia iron baju tu, sekurang-kurangnya walaupun tak selesai semua, ada la baki 2, 3 helai saja lagi yang aku kena sambung. Sambil isi nasi dalam bekas, aku tanya dia, dah habis iron baju. Kata dia, banyak lagi. Ya Rabbi, mendidih darah aku bila aku tengok dia cuma iron beberapa pasang baju dengan 5 jam masa yang diberi dengan bayaran RM 60. Apa dia buat dalam bilik iron selama 5 jam. Ada 2 raga lagi yang aku nak kena selesaikan. Mula la aku bising dan terus sms company dia.

Lagi sakit hati, masa tu la juga, handphone aku buat hal. Bateri habis la pula dan nak on tak boleh. Terpaksa charge bateri dulu dan tunggu lagi tapi sampai akhir tak boleh on. Nak buka bateri tak boleh sebab handphone diletak dalam sarung yang kuat sebab hari tu screen dia dah pecah. Sakit hati punya pasal, aku koyak saja dan keluarkan bateri. Sampai sekarang pun masih tak boleh on. Aku tukar kad dan guna handphone satu lagi yang juga tak berapa elok nak hantar juga mesej kat taukeh dia. Puas hati aku, dah hantar dah tapi sampai sekarang pun tiada balasan. Nanti aku nak tanya alamat kat pakcik google dan aku nak cari juga. Tak puas hati sebab dah banyak kali dia buat kat aku macam ni. Hantar maid yang sangat-sangat hampeh.Service pula asyik naik harga. Sekarang ni 6 jam dah RM 70. Aku ambik maid kat dia sejak dari dia letak harga 6 jam RM 45.

Tapi maid yang dia hantar, banyak yang hampeh. Hampeh yang tahap tak boleh pakai dan aku kena buat balik semula. Bila dapat yang bagus pula, asyik lari saja dari company tu. setakat ni ada lah 3 orang maid yang sangat bagus yang pernah aku dapat tapi selalu lari. Bila ada orang baru datang, aku selalu tanya tentang orang lama sebab bila dapat yang bagus, memang kita rasa sayang kan.Sekarang ni yang selalu datang rumah aku ni bukan lah bagus sangat tapi boleh la. Walaupun iron baju tak lah licin sangat, janji dia ok, buat kerja dengan jujur, tak melawan cakap aku, tak menunjuk pandai bila aku minta dia buat sesuatu kerja tapi hasilnya hampeh, aku ok saja. Bukannya aku cerewet sangat. Aku bayar perkhidmatan dia tapi kalau pekerja dia buat kerja macam tu selalu, sapa boleh tahan. Aku bukannya banyak duit nak sedekah kat taukeh dia saja-saja untuk maid dia mai berehat rumah aku.

Ni hati dah sejuk sikit dah. Alhamdulillah.

No comments: