Friday, 4 February 2011

Rajin sikit

Hari ni rasa rajin sikit nak update blog. Sebelum ni macam blur, tak ada idea apa yang nak ditulis. Banyak gambar disimpan tapi idea pula tak ada. Aku sungguh kagum dengan blogger yang rajin sangat update blog.
3/2 hari tu bersamaan raya cina, makbapa mertua dan adik ipar datang rumah makan tengahari. Bapa mertua teringin nak makan ikan segar yang baru naik dari laut. Bila dia datang, maka dia lah yang bakar membakar. layan gambar ya...



Hidangan tengahari ringkas yang disediakan sebab tujuan utamanya cuma nak makan ikan bakar. Aku tambahkan air asam tomato, tomyam dan mentarang goreng kunyit.
Tengah sedap-sedap membakar dan memasak, tiba-tiba blackout la pulak. Nasib baik pekerja TNB ni cepat dan cekap. Dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Sudah la panas hari tu.

No comments: