Saturday 26 February 2011

Sabtu

Sabtu yang biasa. Sebok sepanjang hari. Keluar tadi jam 11 pagi dan balik rumah 7 malam. Babah dengan aktivitinya selepas meninggalkan aku kat JJ, Prai. Aku pula ambik rawatan hari ni sampai dekat 4 jam. Dah la pagi tadi makan cucur udang 2 ketul kecik. Lapar, lapar, lapar.

Turun saja dari pusat tu, aku terus saja pi makan nasi ayam penyet lagi. Macam dah ketagih pula sebab minggu ni dah 3 kali makan. Babah juga masa tu dah habis urusan dia. Punyalah tamak sebab aku lapar, dia ajak kongsi nasi pun aku tak nak. Aku tolong dia order gado-gado versi Indonesia punya. Tapi ketamakan aku tu tak bawa kemana pun. Nasi dan lauk pun tak habis. Aku tolong habiskan gado-gado dia. Dah puas dah makan ayam penyet. Lama sikit la nanti baru nak makan balik. Sampai dah tak ada selera dah walaupun lapar.

Dah lama tak sembang panjang dengan dia. Hari ni sembang panjang sikit kat kedai makan tu. Kebetulan pula lambat pula nak makan kali ni. Mendengar masalah dia, cerita masalah aku yang bukan masalah pun. Peduli apa, janji aku juga ada cerita nak cerita kat dia dan dia pun layan. Ini yang sayang sangat kat babah ni. Dia layan aku macam budak kecik. Cerita bodoh pun dia dengar dengan penuh minat. Siap dengan jalan penyelesaian lagi. Tapi cerita dia, tak berani ooo aku nak bagi penyelesaian sebab cerita dia sangat serius. Aku tau, aku dengar pun dah cukup untuk menyenangkan hati dia. Sayang babah...

Hari ni selesaikan semua hutang Selesaikan yang bulanan saja la. Bulan depan ada lagi.  Macam tu la hidup. Dalam perjalanan balik, singgah beli durian sebab kata babah, abang ada bagitau nak makan durian. Tapi malam ni cuma beli ayam panggang kat depan kedai tu saja untuk budak-budak berdua tu makan malam. Durian? Esok sebab nanti nak masak pulut sekali. Habis la gula aku nanti. Kalau makan tak sedar diri, mesti naik ni. Jadi, wahai perut, wahai mulut, jangan mengada-ngada nak makan lebih-lebih esok ya.

No comments: