Saturday 26 February 2011

Bila cuti

Aku geram betul dengan budak bertuah sorang ni. Bila masa ada aktiviti sekolah hari cuti saja, dia mesti cakap, mula pukul 7 pagi. Biasanya aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga fizikal yang banyak seperti gotong royong, merentas desa, sukan dan aktiviti senaman yang lain. Tentu lah sebagai ibu yang prihatin, aku nak anak makan makanan yang boleh memberi tenaga hingga tengahari. Takut pula nanti pengsan ke apa ke sebab tahap kesihatannya bukannya menentu. Elok-elok pagi ok, tengahari dah batuk-batuk, demam dan kadang-kadang penat tanpa sebab. Dia memang ada penyakiit asthma yang kronik. Tak boleh tersilap. Makan ke, persekitaran ke, semua memberi kesan yang tak baik kat dia.

Sebagaimana biasa, tentu lah aku nak kena bangun awal sikit, nak masak sarapan berat. Dah berapa kali dah aku terkena dengan situasi ni. Hari biasa, aku bangun awal jadi besarla harapan aku bangun agak lambat sikit bila hari cuti. Bukan la lambat mana pun, masih sempat solat Suboh dan masih panjang lagi masa sebelum syuruk.

Bangun, masak, tunggu punya tunggu, minta babah kejutkan dia, kadang-kadang dia bangun  lagi lambat dan kadang-kadang dengan babah sekali tidur dengan dia. Bila aku bangun awal,siapkan sarapan awal supaya dia dapat makan dengan senang hati tapi sebenarnya dia ambik masa untuk lebih tidur dan aktiviti mula lambat, itu yang aku geram sangat.

Pagi ni dia buat lagi. Dia kata aktiviti mula jam 7 pagi. Aku pun dengan gigihnya bangun masak dulu sebab sekarang ni Suboh agak lambat. Siap semua, dia belum bangun. Minta babah kejutkan dia. Babah dah turun bawah, dia masih belum bangun. Kawan dia dah datang tunggu, dia baru terhegeh-hegeh nak mandi. Makan pun tak nak dah. Aku paksa suruh dia makan juga tapi dah tak sempat dah sebab dah terlambat. Tak masak, kesian pula anak tak makan. Aduh, anak bertuah ni la.

No comments: